CHAPTER 50 REV 1

3.2K 114 1
                                    

Marahnya Farhana tak terkira terhadap Isya. Lain yang dia harapkan lain pula yang jadi. Ingatkan nak takutkan Isya tapi dia pula yang terjelepok di atas lantai washroom. Habis kotot skirt putihnya.

"Eh kak Farhana dah kenapa? Kenapa dengan skirt kak Farhana?"tegur Tengku Rania yang baru mahu menuju ke washroom.

"Ada orang langgar tadi. Tak ada apa. Akak balik dululah. Nak tukar baju."balas Farhana. Dalam hati Farhana cukup marah dengan Isya.

Isya hanya memerhatikan Farhana dari jauh.

"Sorrylah Farhana. Aku bukan macam dulu lagi. Silaplah kau cari pasal dengan aku!"Isya hanya tersenyum sinis ke arah Farhana. Dia yakin Farhana dapat melihat senyumannya.

Tengku Irham dan Tengku Razieff bersiap sedia untuk bermesyuarat bersama Isya. Tepat jam sebelas pagi, Isya pergi berjumpa dengan Tengku Razieff dan Tengku Irham.

"Isya, Papa dengar Stephanie dah dekat deliver room?"Tengku Razieff tetap membahasakan dirinya dengan panggilan Papa.

"Haah. Tulah ni masih tunggu berita dari Alex dan Daddy. Lagipun dulu masa Isya dekat deliver room, Daddy tak pernah tinggalkan Isya. Jadi sekarang ni Isya bagi peluang pada Stephanie pula nak rasa kasih sayang mereka."balas Isya.

"Maafkan Papa ya Isya. Sepatutnya dulu Papa dan Irham yang berada di samping Isya."ucap Tengku Razieff yang rasa serba salah. Muka Tengku Irham juga berubah.

"Papa, maafkan Isya. Isya tak ada niat nak ungkit hal lama. Dahlah Papa. Isya tak salahkan Papa sikit pun. Dahlah Papa, jomlah kita meeting. Nanti lambat pula. Siapa lagi yang join kita meeting ni?"Isya tak sengaja membuat Tengku Razieff terasa. Dengan mudah dia mengalihkan topik perbualan.

"Isya, saya tunggu Isya dekat luar ya. Dengan Tengku Adam Ishal."beritahu Desmond.

"Desmond, you tunggu I dekat luar saja. Make sure jangan pergi jauh. Jaga Ishal!"arah Isya kepada Desmond sebelum sempat Tengku Razieff menjawab pertanyaan Isya.

"Isya, boleh saya tanya sikit pasal Desmond?"tanya Tengku Irham. Desmond dan Tengku Adam Ishal berada di luar. Tengku Razieff juga terpancing.

"Boleh. Tanyalah."jawab Isya.

"Sejak bila Desmond ada dengan Isya? Sebelum ni saya tak pernah nampak pun. Maaf. Kalau awak rasa tak nak jawab, then saya faham."tanya Tengku Irham.

"Desmond ada sejak kita kahwin dulu. Sejak hari persandingan kita dan sejak kehadiran Farhana. Daddy dan Alex yang lantik Desmond. Sejak kita bercerai, Desmond setia dengan saya."balas Isya.

Suasana senyap seketika.

"Papa, shall we start our meeting?"Isya cuba memecahkan sunyi. Tidak mahu dia mengungkit hal lama.

"Okay...can we start our meeting now?"Tengku Razieff memberikan senyuman.

Meeting mereka berjalan selama satu jam. Satu jam jugalah Tengku Adam Ishal bersama Desmond bermain di luar. Tidak pernah jemu Tengku Adam Ishal bersama Desmond.

Telefon Isya berdering ketika dalam bilik meeting bersama Tengku Razieff dan Tengku Irham.

"Sorry, sekejap ya Isya nak jawab panggilan telefon!"pinta Isya.

Tengku Razieff dan Tengku Irham mengangguk. Kelihatan gembira Isya menjawab panggilan telefon.

"Siapa Isya? Papa tengok Isya happy je jawab telefon tadi."tegur Tengku Razieff.

"Panggilan dari Alex dan Daddy. Stephanie dah selamat melahirkan baby girl. Tak sabar Isya nak pergi hospital. Nak jenguk baby mereka."jawab Isya dengan ceria dan teruja memikirkan untuk berjumpa dengan Stephanie dan baby mereka.

Tengku Irham tidak pernah melihat Isya yang segembira begini. Senyuman yang terlalu manis sehinggakan dia rasakan ini hari yang paling gembira yang pernah dia rasa bersama Isya walaupun dia dan Isya bukan lagi suami isteri.

"Isya nak tengok mereka bila? Boleh tak kalau saya nak ikut sekali? Tapi sebelum tu nak ajak awak pergi kedai baby dulu nak belikan baby hadiah."beritahu Tengku Irham.

"Jomlah. Papa nak ikut sekali? Isya pun dah lama tak shoping barang baby. Geram. Lagi-lagi barang baby girl. Banyak baju cantik-cantik."Isya seperti terlupa diri kerana begitu excited nak jumpa dengan Baby baru.

"Boleh juga. Papa teringin nak belikan baju Ishal juga."balas Tengku Razieff.

Selepas mesyuarat mereka terus pergi menuju ke kedai kelengkapan bayi. Isya memilih beberapa pasang gaun baby manakala Tengku Irham pula sibuk memilih barang kelengkapan bayi.

"Seronoknya dapat shoping barang baby. Aku dah terlepas peluang ni. Kalau dulu aku dengar cakap Isya, sudah tentu aku dapat merasa pengalaman ni."kata Tengku Irham di dalam hati sambil melihat Isya yang excited memilih barangan baby.

Tengku Razieff pula kini sibuk memilih pakaian Tengku Adam Ishal. Sempat juga dia membeli barang permainan cucunya itu.

"Papa, banyaknya barang Papa beli!"tegur Isya yang melihat penuh 1 troli yang ditolak Tengku Razieff.

"Papa beli untuk Alex dan untuk cucu Papa."jawab Tengku Razieff. Isya mahu menolak tetapi tidak berkesan.

Mereka tiba di hospital. Tengku Adam Ishal juga kelihatan ceria. Dia juga teruja melihat anak Stephanie.

"Umi, adik umi. Ishal nak tengok adik!"terjerit-jerit Tengku Adam Ishal.

"Sayang, jangan jerit-jerit. Nanti adik nangis. Sian Mummy Stephanie nanti."nasihat Isya kepada Tengku Adam Ishal.

"Sorry Umi. Mummy, boleh tak Ishal nak cium adik?"pinta Tengku Adam Ishal kepada Stephanie.

Alex dengan pantas mengangkat Tengku Adam Ishal di sisi Stephanie. Tersenyum Stephanie melihat sikap Tengku Adam Ishal. Sungguh prihatin terhadap anaknya. Tengku Adam Ishal menghadiahkan ciuman kepada anak Stephanie dan Alex.

"Mummy, nama adik apa Mummy? Ishal sayang adik!"cakap Tengku Adam Ishal lagi.

"Yang tu Ishal kena tanya Daddy. Nantu bolehlah Ishal tolong mummy jaga adikkan!"usik Stephanie lagi kepada Tengku Adam Ishal dan dengan cepat Tengku Adam Ishal mengangguk. Masing-masing ketawa melihat telatah Tengku Adam Ishal.

Isya berasa sungguh gembira. Dalam diam Tengku Irham memerhatikan segala tindak tanduk Isya. Senyuman yang tidak henti-henti. Jika orang lain yang melihat sekarang sudah tentu mereka akan ingat hidup Isya penuh dengan senyuman dan kegembiraan.

"Happy betul kau Isya. Dari tadi senyuman kau tak henti-henti."bisik Tengku Irham dalam hati.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now