CHAPTER 51

4.9K 132 0
                                    

Farhana yang semakin sedih. Sedih dengan hidupnya sendiri. Disebabkan sikap tidak sabarnya menjejaskan peluang hidupnya untuk bahagia. Layanan Tengku Irham sungguh baik. Solat berjemaah dan juga banyak melayan kerenahnya. Keluarga mertuanya juga melayan dia dengan baik.

"Abang, abang tak teringin ke nak jumpa anak abang?"tanya Farhana.

"Kenapa sayang? Sayang teringin ke nak jumpa? Nanti esok kita pergi ya ke majlis Isya dengan Ikram. Boleh jumpa sekali dekat sana."balas Tengku Irham.

Farhana cuma mengangguk. Dia berasa sedih dan gelisah. Sudah cukup baik Isya melayan dia. Dulu disebabkan Rayyan dan kini kerana Tengku Irham. Mampukah dia untuk berterus terang.

"Abang, petang ni Hana nak keluar jumpa Zarina tau. Dah janji dengan Zarina."beritahu Farhana kepada Tengku Irham. Tengku Irham mengizinkan Farhana keluar berjumpa dengan Zarina.

Petang itu Farhana bersiap-siap untuk pergi ke rumah Zarina. Dia sudah berjanji dengan Zarina. Kini dia hanya mempunyai Zarina. Bella pula sudah bekerja di luar negara bersama Datuk Razali.

Setelah sampai di rumah Zarina, Farhana mula meluahkan perasaannya. Dia tiada tempat untuk meluahkannya. Dia perlukan Zarina memandangkan hanya Zarina sahaja yang mengetahui kisah hidupnya.

"Ina, macam mana sekarang ni. Hana takutlah. Irham layan Hana baik sangat. Isya pun sama. Tapi Hana tak tahu nak buat macam mana sekarang ni. Kalau Hana berterus-terang, Hana takut Irham akan tinggalkan Hana. Tolong Hana please. Hana buntu sekarang ni."beritahu Farhana.

Zarina simpati dengan nasib Farhana. Dia tahu Farhana betul-betul sudah insaf.

"Hana, apa kata kita jumpa Isya. Mana tau Isya dapat tolong Hana. Hana mengaku dengan Isya dulu apa yang Hana dah buat. Kita tengok macam mana. Ina pasti Isya akan tolong kita."cadang Zarina.

"Kalau Isya tak boleh terima macam mana? Kesalahan Hana bukan kecil. Terlalu besar Ina. Hinggakan Hana sendiri sanggup untuk lukakan Isya. Bukan setakat lukakan tapi mungkin saja lebih kepada menarik nyawa Isya."Farhana yang mula tersedu-sedan.

Zarina menenangkan Farhana malah memberi cadangan berjumpa dengan Isya selepas majlis berlangsung.

Keesokann harinya di rumah Tengku Ibrahim.

Segala persiapan sudah tersedia. Pelamin juga sudah cantik. Tetamu mula membanjiri rumah Tengku Ibrahim. Sungguh meriah. Kalau dulu perkahwinan Isya lebih disambut di hotel dan kini majlis di sambut di rumah Tengku Ibrahim.

Tepat jam sebelas pagi pengantin sudah tiba. Majlis berbeza kali ini. Masa ketibaan pengantin di cepatkan. Majlis berakhir pada jam lima petang. Acara persandingan pula dari jam sebelas pagi hingga jam dua belas tengahari sahaja. Jam satu setengah pengantin akan masuk ke bilik untuk menunaikan solat zuhur dan kemudian turun semula berjumpa dengan para tetamu.

Isya kelihatan sungguh penat. Maklum saja baru keluar dari wad. Tengku Ikram pula kelihatan risau. Walaupun Isya sentiasa senyum tapi dia juga tahu keadaan Isya. Selepas habis acara makan berhidang Tengku Ikram membawa Isya ke bilik mereka untuk berehat. Dia memberitahu Ibunya bahawa dia akan turun agak lewat sedikit memandangkan kesihatan Isya.

"Sayang, sayang rehat dulu. Tidurlah sekejap. Nanti abang kejutkan sayang."beritahu Tengku Ikram.

Isya mengangguk dan sempat berpesan supaya memberikan Ishal susu. Semenjak Isya kena tembak hari itu, Ishal kini sudah kurang mahu menyusu. Datin Merry telah menggantikan susu ibu kepada susu kambing kepada Ishal. Ishal pula kini lebih gemar susu kambing. Tengku Ikram mengangguk dan dia juga tahu Isya risau akan keadaan Ishal.

Keluarga Tengku Raziff juga datang ke majlis Isya dan Ikram. Ishal pula dijaga rapi oleh Desmond dan Alvin. Ke mana sahaja Ishal pergi sudah tentu bertemankan Desmond dan Alvin. Farhana dan Tengku Irham sempat menjenguk Ishal. Kalau dulu Desmond atau Alvin tidak membenarkan Keluarga Tengku Raziff menghampiri Ishal tetapi kini tidak lagi. Mereka dibenarkan menjenguk Ishal oleh Isya tetapi Desmond dan Alvin akan sentiasa berada bersama Ishal.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now