Kelas Isya sentiasa senyap walaupun tiada guru. Masing-masing bersungguh-sungguh mengulangkaji mata pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah yang guru berikan kepada mereka. Itulah sikap Isya semasa di sekolah. Sentiasa menyiapkan kerja sekolah di sekolah dan menggunakan masa terluang dengan sebaik mungkin.
"Isya, dah siap ke karangan yang Cikgu Zuraidah bagi tadi?"tanya Zarina.
"Belum lagi. Nak siapkan nota sejarah ni dulu. Sikit lagi siaplah. Nak pinjam tak nota sejarah ni? Nanti Ina tak perlulah nak salin dari buku teks lagi. Senang je. Tiru je Isya punya nota ni. Lagipun sama je kan."balas Isya.
"Isya tak penat ke asyik study je. Stop la dulu. Kita sembang kejap."ajak Zarina.
Isya berhenti sekejap dan melayan Zarina. Zarina duduk bersebelahan dengan Isya. Mereka memang akrab. Bila Isya sudah mula seronok bersembang Zarina pula mempunyai mood belajar. Kelas Isya hanya mempunyai 25 orang pelajar. Mereka sungguh akrab.
"Isya, pinjam nota sejarah ye. Dah siap kan? Nak salin. At least siap yang ini. Tak banyak dah kerja yang perlu siapkan. Balik rumah dah boleh goyang kaki...hihihi..."buku nota sejarah Isya ditarik oleh Zarina.
"Okay. Salinlah dulu. Isya nak siapkan karanganlah. Lepas ni siap boleh hantar."balas Isya.
Waktu ini Cikgu Fatimah tidak dapat menghadirkan diri ke kelas kerana mesyuarat yang diadakan oleh pengetua sekolah. Semua guru-guru dikehendaki menghadiri mesyuarat dan kelas-kelas dikawal oleh pengawas sekolah. Rayyan adalah merupakan salah seorang daripada pengawas dan mengambil kesempatan ini dengan menjaga kelas Isya. Dua orang pengawas ditempatkan di setiap kelas. Brian dan Rayyan mengambil kesempatan ini dengan memilih kelas 5 Mawar iaitu kelas Isya.
Mereka juga tidak ketinggalan dengan membawa buku untuk belajar bersama. Kelas Isya memang senyap dan tidak seperti kelas yang lain. Sentiasa mengambil kesempatan apabila guru tiada. Berbeza dengan kelas Isya. Tidak perlu pengawalan dari pengawas sebenarnya. Cukup senyap seperti ada guru yang mengajar. Masing-masing sibuk dengan buku."Isya, ajar saya yang ini boleh tak?"tanya Brian. Brian mengambil kerusi dan duduk di sebelah Isya. Disuakan kertas soalan Bahasa Melayu.
"Boleh je Brian. Yang mana satu tak faham?"jawab Isya sambil senyum.
Rayyan hanya melihat Isya dan Brian dari jauh. Rayyan bersembang dengan Fikri dan Zahid. Fikri dan Zahid adalah rakan sekelas Isya. Zarina pula rancak berbual dengan Dahlia dan Sarah. Isya memang berbeza dari yang lain. Isya banyak mendiamkan diri. Hanya bersembang bila perlu dan mudah membantu orang lain. Kelihatan Isya tekun mengajar Brian. Sekali sekala terdengar gelak tawa Isya dan Brian. Walaupun tidak kuat tapi cukup jelas untuk Rayyan dengar. Timbul rasa cemburu di hati Rayyan.
"Isya ni takkan tak nak tegur aku. Kalau dalam telefon boleh pula dia dengar aku bercerita dan bercakap. Ni kat sekolah tak nak pula dia tegur aku. Isya!!!!"kata Rayyan di dalam hati.
Kemudian Rayyan mengambil keputusan duduk di sebelah Isya apabila Zarina keluar berjumpa Farhana di kelas sebelah. Zarina kini bergosip dengan Nabila dan Farhana.
"Alex, you tak nak belajar dengan Isya ke? Brian dekat sebelah siap bawa buku lagi tau. Study dengan Isya."usik Zarina.
"Ye ke? Brian ni tak share info pun. Okay. Thanks inform saya."Alex segera mengambil buku dan berjumpa Isya. Dari jauh kelihatan Isya bersama Brian dan Rayyan.
"Brian, sampai hati you study seorang diri. Kalau nak pandai jangan lupa ajak saya sama."tegur Alex.
"Come Alex. Study sama. Awak duduk depan saya."ajak Isya. Meja Isya di depan sekali. Jadi mudah untuk dia mengajak Alex duduk berhadapan dengannya. Bertambah happy Si Isya apabila jejaka idaman berada di hadapan.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...