Seminggu sudah berlalu semenjak peristiwa membeli-belah bersama Lisa. Tengku Rania sibuk menghadiri kelas bersama Irma dan Isya. Kalau nak tahu sudah semestinya kelas memakai shawl. Tengku Rania meminta Isya dan Irma mengajarnya untuk memakai shawl. Sebelum ini Isya banyak mencadangkan kepada Tengku Rania supaya memakai Instant Shawl. Mudah untuk dipakai dan Tengku Rania pula tidak memerlukan masa yang banyak.
"Kak Isya, Rania tak kira akak mesti ajar Rania belit tudung. Rania pun nak juga belajar macam-macam style. Ajarlah ya Kak Isya. Boleh la kak."rayu Tengku Rania.
"Rania belajarlah dengan Irma. Irma lagi pandai dari akak."jawab Isya.
Memang benar kalau dari segi style tudung ataupun berfesyen, Irma lagi pandai dari Isya cuma kelebihan Isya, Isya lebih pandai memberi pandangan dalam mempercepatkan pemilihan terutamanya dalam membeli belah untuk Irma dan Tengku Rania. Bila dua orang ini membeli belah alamatnya dua-dua duduk berfikir mana satu nak beli. Tengok ini tak kena tengok yang sana tak cantik. Bila Isya datang tolong pilih yang tadinya cakap tak cantik, boleh pula terus beli bila Isya cakap cantik.
"Ala, Rania nak belajar dengan akak juga. Akak bolehlah ya. Sabtu ni akak dengan Irma datanglah rumah Rania."Tengku Rania mencuba nasib lagi.
"Iyalah. Akak join sekali tapi yang ajar Rania nanti Irma. Akak bagi komen je. Sabtu ni akak tak boleh. Kita belajar lepas habis waktu kerja Ranialah ya. Minggu depan akak off 1 week."beritahu Isya lagi.
Sebenarnya tujuan Tengku Rania adalah untuk memberi ruang kepada Tengku Irham. Jadi setiap kali kelas dia akan mengambil peluang supaya abangnya dapat berjumpa dengan Isya.
..........................................................................Kini Tengku Rania sudah mula dengan imej barunya.
"Rania, akak nak tanyalah. Abang Rania dengan Lisa tu serius ke?"tanya Isya kepada Tengku Rania.
"Kenapa Kak Isya? Akak jelous ye dengan Kak Lisa?"provok Tengku Rania.
"Ish, Rania ni. Kalau akak minat abang Rania tu dah lama akak pikat dia tau. Tak payah susah-susah tunggu dia pikat akak."jawab Isya lagi.
"Maaflah Rania. Even akak minat pun akak masih tak berani nak move on lagi."bisik Isya dalam hati.
Isya bukan apa. Kebetulan semasa Isya shopping dengan Irma di Paradigm Mall Isya ada nampak Lisa berkepit dengan seorang lelaki tua. Kelmarin pula Alex ada memberitahu Isya melalui whatsapp gambar Lisa berkepit dengan seorang Datuk. Isya bukan nak mengeruhkan perhubungan Tengku Irham dengan Lisa tapi hanya disebabkan Tengku Rania. Isya tahu bagaimana rasanya dikhianati. Teringat Isya dengan perbualan bersama Irma kelmarin.
"Irma, akak nak tanyalah. Kalau Irma tahu kekasih kawan Irma keluar dengan perempuan atau lelaki lain, Irma nak beritahu tak kat kawan Irma?"tanya Isya kepada Irma kerana ingin mengetahui pendapat Irma.
"Kalau kawan rapat, Irma akan beritahu. Kenapa kak? Siapa yang curang tu? Abang Irham ke? Curang dengan akak?"sengaja Irma mengusik Isya.
"Ish Irma ni. Ke situ pula. Bila masa pula akak bercinta dengan abang Rania."Isya yang sedang baring di sofa membaling bantal ke arah Irma.
Irma mengelak dan tergelak.
"Kak, better beritahu. Kesian kawan akak tu. At least dia taklah rasa kecewa sangat. Kalau dia tak percaya akak suruh dia siasat. Jangan lupa beritahu tau!!"jerit Irma yang berlalu menuju ke biliknya.
Disebabkan kata-kata Irma menyebabkan Isya ingin menyuruh Tengku Rania menyiasat.
Isya termenung panjang.
"Akak, kenapa tanya pasal kak Lisa?"tanya Tengku Rania lagi.
Isya menunjukkan gambar yang Alex beri pada dia. Dia minta Tengku Rania menyiasat. Dia minta Tengku Rania merahsiakan mengenai hal ini dari pengetahuan Tengku Irham kerana bimbang Tengku Irham akan menganggap yang dia cemburukan Lisa. Tujuan dia hanyalah mahu menolong Tengku Irham. Dia tahu betapa sakitnya hati bila rasa dikhianati.
"Akak, sebenarnya Rania dah tahu lama. Cuma sekarang ni fikir macam mana nak kantoikan kelakuan dia depan abang je. Kak Lisa ni licik. Bila Rania cuba pasang perangkap dia pula ada hal masa tu. Memang asyik tak jadi je. Tak apa nanti Rania cuba lagi. Rania cuba tanya abang pula mengenai kak Lisa tu."
Nampaknya Tengku Rania juga mengetahui hal ini. Adakah Tengku Irham juga mengetahu hal ini.
Setelah memberitahu Tengku Rania mengenai Lisa, Isya menuju ke pejabat Tengku Razif. Hari ini Tengku Razif meminta pertolongan Isya. Di dalam perjalanannya menuju ke pejabat Tengku Razif, dia terserempak dengan Tengku Irham.
"Hai sweetheart. Datang sini rindu I ke?"usik Tengku Irham.
"Hai My Dear Tengku Irham. Adalah sikit rindu tu tapi sikit je la sebab saya datang sini rindu dekat Tengku Razif."sengaja Isya membalas kepada Tengku Irham.
"Tak apa. At least ada juga rindu untuk saya kan." Tengku Irham mengenyit mata. Sengaja mengusik Isya.
Isya berlalu menuju ke pejabat Tengku Razif dan sengaja dibalingkan flying kiss dekat Tengku Irham sebagai mengusik Tengku Irham. Nasiblah tiada orang ketika itu. Itu yang menyebabkan Isya berani mengusik Tengku Irham.
"Wah bagus ni. Satu perubahan yang bagus."desis hati Tengku Irham.
Sepanjang hari itu mood Tengku Irham sentiasa dalam keadaan bagus. Semua staff dihadiahkan senyuman. Jika tidak memang susah nak tengok Tengku Irham tu ramah dengan staffnya. Senyum apatah lagi. Memang kedekut senyuman.
Isya pula berubah kerana bagi dia tiada sebab untuk dia marah. Jika hanya disebabkan Lisa rasanya juga tidak patut. Selagi belum berkahwin memang bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Lagipun Isya bukan menggatal dengan Tengku Irham. Jadi tidak perlulah dia melampiaskan rasa marah itu kepada Tengku Irham.
Parents Tengku Rania juga Isya sudah kenal. Malah mereka tidak sesekali pun membandingkan taraf atau status hidup mereka dengan Isya. Untuk apa Isya marahkan Tengku Irham. Kini dia berazam untuk mengubah sikap dia kepada Tengku Irham. Dia melayan Tengku Irham sama seperti dia melayan orang lain.
Apa yang dia tahu juga dia sudah beritahu kepada Tengku Rania. Kini giliran Tengku Rania untuk memberitahu Tengku Irham mengenai Lisa.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...