CHAPTER 30

6.5K 141 0
                                    

12 tahun yang lepas ketika Isya berumur 17 tahun...

Zarina, Nabila dan Farhana adalah rakan baik Isya. Segala rahsia mereka kongsi bersama. Suka duka mereka sentiasa bersama. Merek telah berkawan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Isya memang kurang akrab bersama keluarganya lebih-lebih lagi Irma dan Ilyana. Ilyana adalah adik bongsu Isya. Walaupun Isya seorang anak yang manja namun dia hanya rapat dan manja dengan Papanya. Segala apa yang diingini dia akan meminta kepada Papanya. Mama Isya melatih Isya menjadi seorang anak dan kakak yang bertanggungjawab sehinggakan dia merasa bahawa mamanya tidak sayangkan dia. Kasih sayang mamanya lebih kepada adik-adiknya.

Teringat Isya suatu ketika ketika dia demam dan tidak bersekolah.

"Kakak, bangun!!! Dah pukul berapa ni? Jangan malas. Pergi tolong mama letak nasi dan masak lauk dekat dapur. Mama nak siapkan Ilyana ni. Sekejap lagi Irma dengan Papa nak balik makan."suruh Puan Aini kepada Isya.

"Mama ni. Isya demamlah. Mana larat nak buat kerja."jawab Isya.

Puan Aini tetap berleter dengan Isya. Langsung tidak di beri peluang untuk Isya beristirehat walaupun dalam keadaan sakit malah dimarah dan dipaksa Isya untuk bangun membuat kerja rumah.

Isya berasa sedih. Tidak sedikit pun Mama mengambil berat mengenai kesihatannya. Jika Irma atau Ilyana yang sakit, Puan Aini tidak akan membenarkan Isya untuk mengganggu rehat mereka malahan diberi layanan istimewa kepada adik-adiknya.

"Bangun Isya!!! Makan sarapan dulu. Lepas tu makan ubat. Dah siap makan ubat nanti buat kerja. Masak. Mama tau mama siap uruskan Ilyana ni mama nak tengok Isya ada dekat dapur!!"jerit Puan Aini dari bilik Ilyana.

Sungguhpun Isya marah namun satu sikap yang bagus pada Isya ialah patuh. Dia tetap patuh pada arahan Mama dan papanya. Disebabkan sikap Puan Aini juga menyebabkan Isya semakin jauh dengan Puan Aini dan Daniel Wong. Isya lebih senang berkongsi rahsia dan luahan hati bersama Farhana, Zarina dan Nabila.

"Isya, tadi Ina nampak Alex lalu. Hensem hari ni dia tau. Dah potong rambut."bisik Zarina kepada Isya. Mereka sedia maklum yang Isya meminati Alex sejak mereka berumur 15 tahun lagi. Setiap kali ada perkembangan baru mengenai admire mereka, mereka mesti akan berkongsi cerita.

"Ye ke? Alah ruginya tadi tak tengok. Tak apalah sekejap lagi mesti dia lalu lagi. Lagipun kelas Alex cuma sebelah je."senyum Isya kepada Ina.

Zarina dan Isya ditempatkan dalam kelas yang sama. Farhana dan Nabila pula ditempatkan di kelas sebelah bersama Alex. Jadi setiap kali Isya berjumpa dengan Farhana dan Nabila dia mesti akan mengambil kesempatan untuk melihat Alex. Kata orang sambil menyelam kita minum air. Mereka berempat berada di dalam aliran yang sama iaitu aliran sains tulen.

Rayyan adalah seorang pelajar hot. Raja Rayyan Rayqal atau lebih dikenali sebagai Rayyan di sekolah malah dia bukan sahaja popular di kalangan pelajar malahan popular juga dikalangan guru-guru. Bapanya seorang yang berpengaruh dan juga keturunan raja. Walaupun Rayyan popular di sekolah, Rayyan tidak rapat dengan semua orang. Rayyan lebih suka mengganggu dan bersembang dengan Isya. Setiap kali kelasnya tiada guru, dia akan bertandang di kelas Isya dan bersembang dengan Isya. Asalnya Isya tidak rapat pun dengan Rayyan. Isya mengenali Rayyan melalui Farhana. Farhan sekelas dengan Rayyan. Malah setiap kali Farhana bercerita dia mesti akan selitkan mengenai Rayyan. Isya pula jenis yang pendiam di sekolah dan hanya akan bersembang dengan orang tertentu sahaja dan rapat dengan dia. Jika dia tidak kenal memang dia tidak akan tegur dan bersembang dengan orang.

Ketika pertama kali Rayyan bertegur sapa dengan Isya.

"Hana, siapa dekat sebelah tu? Senyap je. Tak nak kenalkan pun dekat kita."tegur Rayyan kepada Farhana. Hanya Rayyan sahaja yang memanggil Farhana dengan panggilan Hana. Isya ketika itu bersama Zarina. Mereka pada hari itu menghias kelas pada hari sabtu sempena pertandingan menghias kelas yang dijalankan oleh pihak sekolah. Maka setiap kelas mengambil langkah dengan menambah aktiviti pada hari sabtu untuk menghias kelas.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now