Chapter 74

3K 127 5
                                    

Desmond segera mendapatkan Isya. Isya hanya tersenyum ke arah Desmond.

"Desmond, lepas ni make sure Alvin sentiasa ada bersama Ishal. Saya risau Ishal pula jadi sasaran Hana. Macam kita jangkakan, Hana baru saja serang saya. So lepas ni kita kena jaga Ishal lebih lagi."terang Isya.

"Baik Isya. Isya okay tak? Maaf saya tak dapat nak tolong tadi. Wash room girl."Desmond rasa bersalah kerana tidak dapat mempertahankan Isya tadi. Risau ada orang lain di dalam wash room tersebut dan ini akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Tak apalah Desmond. Saya faham dan bersyukur awak tak masuk tadi. Kalau awak masuk tadi saya risau si Hana akan buat huru-hara. Buatnya nanti dia cakap awak ni pervert ke, kan dah susah. Lagi-lagi baju saya ni koyak masa Hana tolak saya tadi. Mesti orang lain yang tak tau apa-apa akan anggap awak ni pervert. Lagi susah masa tu."ujar Isya sambil tersenyum walaupun bajunya koyak semasa ditolak oleh Farhana semasa di wash room.

Isya mengarahkan Desmond melihat gerak-geri Farhana sementara dia menukar pakaiannya. Mujur sahaja dia ada tertinggal pakaiannya di bilik khas di Hotel Wellington. Jika tidak dia tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah tersebut.

Daniel dan Tengku Irham sedang khusyuk berbincang dan lupa akan Farhana dan Isya. Dari jauh tiba-tiba Tengku Irham melihat kelibat Desmond dan ketika itu baru dia sedar bahawa Isya sudah tiada berdekatan dengannya. Secara tak langsung terus matanya melilau mencari kelibat isterinya dan juga Farhana. Risau jika Farhana mengapa-apakan isterinya itu.

Daniel yang terlihat perubahan Tengku Irham terus melakukan perkara yang sama. Mencari kelibat Farhana dan Isya. Dia tahu jika Farhana tiada berdekatannya dan Isya juga tiada ini bermakna Farhana cuba melakukan sesuatu ke atas Isya.

Selepas mata Daniel melilau mencari Farhana akhirnya dia ternampak Farhana berada berdekatan buffet makanan yang telah dihidangkan oleh pihak hotel. Farhana tersenyum ke arah Daniel dan mengangkat cawan kopinya menunjukkan ke arah Daniel menandakan dia mahu minum. Daniel pula membalas senyuman Farhana dan dia tahu makna di sebalik senyuman Farhana. Sudah tentu ada makna disebalik senyumannya.

"Hana, apalah yang kau dah lakukan ke atas Isya. Mesti ada something. Aku bukan kenal kau sehari dua."kata Daniel di dalam hati. Dia mengagak mesti ada kaitan dengan Isya. Dari tadi Isya tidak kelihatan.

"Daniel, I keluar sekejap cari wife I. Tadi ada dekat sini. Sekarang dah hilang pula. "Beritahu Tengku Irham.

Tengku Irham kini sudah mulai gelisah kerana isterinya tiada di sisinya. Dia menuju ke arah Desmond. Ingin mendapatkan kepastian mengenai isterinya.

"Desmond, Isya mana!"tanya Tengku Irham.

"Ada Tengku. Dia naik ke atas bilik sekejap. Tukar baju."beritahu Desmond.

"Kenapa you tak ikut dia? Pergi tunggu dia dekat luar bilik. Lagi satu saya nak tanya, kenapa dengan baju Isya? Rasanya tadi baju dia elok je."

"Maaf Tengku. Isya dah pesan suruh saya tengok-tengok Farhana. Tadi Farhana serang Isya di wash room. Baju dia koyak. Saya hanya mampu tunggu di luar wash room sahaja memandangkan itu wash room perempuan."Desmond menjawab dengan tenang.

Tengku Irham pula sudah tidak keruan. Baru rasa gembira dan sekarang hatinya mula dilanda risau. Dia segera mendapatkan Isya.

Pintu bilik diketuk dan Isya segera membuka pintu apabila mendengar suara Tengku Irham memanggilnya.

"Eh abang. Kenapa naik atas? Yang lain masih di bawahkan?"tanya Isya.

"Abang risau. Kenapa sayang tak cakap sayang pergi wash room. Lain kali beritahu abang. Tengok sekarang ni apa dah jadi. Maafkan abang sayang. Kalau abang tau begini akibatnya, abang rela perkahwinan kita dirahsiakan." Kini Tengku Irham sedar akan kesan pengumuman mengenai perkahwinannya. Dek kerana rasa cemburu dia kini membahayakan keselamatan Isya. Kenapalah dia begitu mementingkan diri.

"Abang ni dah kenapa? Sudahla abang. Sebelum ni kan Isya pernah janji nak rahsiakan dalam masa sebulan. Sekarang dah lebih pun. Biarlah. Buatnya kalau Isya tiba-tiba pregnant macam mana? Perut Isya bukan boleh nak sorokkan. Sama jugakan. Isya kena beritahu juga mengenai perkahwinan kita kan? Cuma cepat atau lambat je. Masih sama. Kita tak dapat nak elak pun." Isya cuba menenangkan diri suaminya. Dia sudah bersedia mental dan fizikal. Segala kemungkinan juga dia sudah bincang bersama Alex dan Desmond. Cuma Tengku Irham sahaja masih tidak mengetahui. Dia akan memberitahu secara perlahan-lahan kepada Tengku Irham.

"Sayang pregnant ke?"tiba-tiba mata Tengku Irham bersinar-sinar.

"Taklah abang. Isya cuma cakap je. Betulkan apa yang Isya cakap. Lepas ni tak adalah abang nak cemburu lebih pula tengok Isya bercakap dengan Daniel. Daniel pun dah tau kan yang abang ni suami Isya."tambah Isya lagi.

"Eh, mana ada abang cemburu. Isya je yang yang rasa macam tu."sedaya upaya Tengku Irham menafikannya. Hilang sebentar rasa risau Tengku Irham.

Malas Isya mahu melayan karenah Tengku Irham. Makin dilayan makin mengada-ngada. Entah sejak bila perangai Tengku Irham begitu. Tengku Adam Ishal juga pun sudah pandai mengusik Isya. Pening Isya dengan perangai dua orang lelaki dalam hidupnya itu.

Mereka turun semula. Perbincangan masih diteruskan sehingga jam tiga petang. Nampaknya semua berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Alex dalam masa yang sama memerhatikan gerak-geri Farhana. Dia tahu masih banyak lagi rancangan yang bakal dijalankan oleh Farhana. Dia sudah masak dengan perangai Farhana.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now