Kini hidup Farhana bersama Tengku Irham sudah menyinarkan kebahagiaan. Farhana disahkan hamil dua bulan. Kandungan Stephanie juga kini sudah menjangkau tujuh bulan manakala Irma hanya menunggu hari.
Hari ini meriah di rumah Tengku Ibrahim. Mereka semua berkumpul do rumah mertua Isya. Sungguh meriah. Tengku Ibrahim mengadakan perjumpaan keluarga yang dihadiri oleh Keluarga Datuk Michael dan Keluarga Tengku Raziff. Tengku Adam Ishal juga kini sudah mulai rapat bersama dengan ayahnya. Ini adalah cadangan Isya.
Isya naik ke bilik sebentar dan melihat majlis yang diadakan di kolam renang dari biliknya. Senyuman kegembiraan terukir di wajah Isya. Sungguh dia merasa bahagia kerana memiliki keluarga yang sangat besar.
"Sayang, jauh termenung. Terima kasih sayang sebab sudi jadi isteri abang. Abang bangga dan bahagia dapat isteri macam sayang. Abang sayang Sayang."ucap Tengku Ikram.
"Isya pun nak ucap terima kasih juga sebab sudi terima Isya sebagai isteri abang. Selain tu juga terima kasih sebab faham sayang. Sayang pun sayang abang. I LOVE YOU abang."balas Isya lagi dan ciuman di dahi dihadiahkan oleh Tengku Ikram kepada Isya.
Sebuah kotak diberikan oleh Isya kepada Tengku Ikram sebagai hadiah daripadanya. Tengku Ikram membuka hadih tersebut dan terkedu apabila melihat pregnancy test dan juga sekeping gambar yang diterimanya. Tengku Ikram menangis dan bertanya kepada Isya untuk kepastian.
"Ya abang. Isya pregant tiga minggu. Semalam Isya jumpa dengan Rayyan. Mula-mula Isya nak minta ubat gastrik dan migrain tapi Rayyan pula minta Isya buat ujian pregnancy test. Sebab katanya dia tengok Isya macam bukan sakit. Tak sangka pula Isya pregnant."beritahu Isya lagi.
"Kalau macam tu sayang dilarang buat kerja berat. Abang nak sayang jaga kesihatan sayang."arah Tengku Ikram.
"Kalau Isya tau, lebih baik Isya beritahu lambat."rengek Isya.
Kali ini nasib Isya juga bagus kerana tidak ada alahan. Begitu juga dengan Tengku Ikram. Dia tidak terkena tempiasnya. Untuk kali ini Isya lebih gemar melakukan kerja-kerja di dapur. Dia sudah rajin semula untuk ke dapur.
Keluarganya telah diberitahu mengenai berita gembira ini semasa perjumpaan keluarga di rumah mertuanya.Tengku Mariam lebih excited ketika ini. Persediaan juga dilakukan awal.
Beberapa tahun kemudian.....
Alex dan Stephanie dikurniakan sepasang anak kembar yang dinamakan Nancy dan Nathew manakala Irma dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Ilyana Batrisya.
Tengku Ikram dan Isya pula dikurniakan seorang Puteri yang diberi nama Tengku Alisya Ilyana. Kini Ishal sudah mempunyai dua orang adik iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki. Adik lelaki adalah anak kepada Farhana dan Tengku Irham yang diberi nama Tengku Faiz Farish.
Pertemuan keluarga kali ini dibuat di rumah Datuk Michael pula. Riuh rendah rumah Datuk Michael dengan bunyi bising budak-budak. Semakin bertambah bilangan keluarga mereka.
Ishal bermain bersama adik dan sepupu-sepupunya. Tidak ketinggalan juga dengan kehadiran Desmond dan Alvin. Desmond dan Alvin sentiasa setia bersama Isya. Kini Desmond sudah membuka syarikat sendiri hasil perkongsian bersama Isya. Isya merupakan salah seorang shareholder dalam syarikat Desmond. Mereka menyediakan khidmat pengawal peribadi dan juga penyiasatan. Begitu juga dengan Alvin. Masing-masing kini sudah berkeluarga.
"Sayang, terima kasih sebab sentiasa bersama abang. Abang bahagia sangat. By the way, abang nak tanyalah, bila lagi sayang nak bagi abang baby lagi. Ilyana pun dah besar tu. Sayang merancang ke apa?"tanya Tengku Ikram.
"Abang ni. Dah sedap dengar ucapan abang tu tapi kat belakang tu boleh pula ada pesanan penaja ya."balas Isya.
"Ikram, turun cepat!!! Buat apa dalam bilik tu lama-lama. Ilyana ni nangis cari kamu. Penat dah ayah pujuk tapi tak mahu juga."marah Tengku Ibrahim
Kalau dulu Tengku Adam Ishal tidak banyak kerenah tapi berbeza dengan Tengku Alisya Ilyana. Cengeng bila tiada Papanya.
"Pergi pujuk puteri kesayangan abang tu. Ilyana ni ikut perangai abanglah tu. Kalau ikut Isya mesti dia baik macam Ishal."sempat Isya mengusik Tengku Ikram.
"Eh, itupun anak sayang juga tau."jawab Tengku Ikram.
"Abang, larat ke nak anak lagi. Kalau semua nanti manja cari papa dia."usik Isya lagi.
"Kalau sepuluh pun macam tu sayang abang terima je. Asalkan anak abang. Abang sanggup je."cepat-cepat Tengku Ikram turun mencari Ilyana.
Tengku Alisya Ilyana segera berlari mendapatkan Tengku Ikram. Masing-masing tergelak melihat telatah Tengku Alisya Ilyana. Tengku Adam Ishal pula lebih kepada Alvin dan Desmond. Isya turun ke bawah semula.
"Ishal, mari sini makan. Jangan nak berkepit je dengan Uncle Desmond dan Uncle Alvin dekat sana."ajak Isya.
"Umi, Ishal nak makan dengan Uncle Desmond dan Uncle Alvin. Umi makanlah dekat sana dengan Papa."tolak Tengku Adam Ishal.
"Desmond, Alvin, jagalah anak kamu seorang tu."usik Isya kepada Alvin dan Desmond.
Ahli keluarga yang lain tergelak melihat telatah Isya dan Tengku Adam Ishal.
Kini tiada apa yang perlu dirisaukan. Walaupun perhubungan Isya dan Tengku Irham sudah putus namun disebabkan Ishal keluarga mereka masih rapat malah seperti saudara rapat. Begitu juga Datuk Michael. Sungguhpun dia berlainan agama dan bangsa, Isya dan Irma masih dari keturunan mereka. Dia menerima Isya dan Irma dengan Ikhlas tanpa membezakan agama dan juga bangsa.
Bak kata Isya, "janganlah kita berhenti untuk berbuat baik walaupun terdapat segelintir manusia yang sentiasa mempertikaikannya. Teruskan berbuat baik kerana dibelakangnya nanti kita akan rasa kenikmatan hidup"
TAMAT....
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...