CHAPTER 34

5.2K 153 0
                                    

Tengku Irham awal pagi lagi sudah keluar manakala Isya pula menyambung tidurnya. Hari ini aktiviti mereka hanyalah bershoping. Tengku Irham telah mengubah aktivitinya hari ini disebabkan Isya yang kelihatan terlalu letih semalam akibat terlalu seronok bermain ski. Jadi aktiviti pagi di ubah dan di tunda kepada petang.

Tengku Irham bersiar-siar di sekitar hotel.

"Sayang, jom kita jalan-jalan area hotel ni nak tak?"ajak Tengku Irham.

"Abang, Isya letih la. Nak rest dekat bilik je. Nanti bila Isya dah Okay sikit Isya turun ya. Maaf ye. Isya betul-betul letih."Isya yang ketika itu baru balik dari bersarapan bersama Tengku Irham segera pergi menuju ke beg tangannya dan diambil beg ubatnya. Badannya terlalu letih jadi dia mahu mengambil ubat muscle relax.

"Eh sayang nak makan ubat apa tu? Sayang sakit ke?"tiba-tiba Tengku Irham kelihatan risau.

"Isya sihatlah abang. Cuma ambil ubat untuk relaxkan muscle je. Letih sangat."

Tengku Irham berasa lega dan dibiarkan Isya berehat. Selepas lima minit terdengar dengkuran halus yang menandakan Isya sudah pun terlena. Tengku Irham mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar hotel.

Setelah empat puluh minut Tengku Irham selesai meronda sekitar hotel. Dia naik dan menjenguk Isya. Kelihatan Isya masih lena tertidur. Tiba-tiba telefon Isya berbunyi dan menandakan notification whatsapp masuk. Direnung dan di angkat telefon Isya. Tengku Irham cuba ingin melihat namun gagal kerana Isya terlebih dahulu telah meletakkan security lock di telefonnya supaya orang lain tidak dapat membukanya.

"Kenapalah Isya lock phone dia. Hmmm....aku ni suami dia kot. Takkanlah nak berahsia lagi." Tengku Irham yang kelihatan kecewa.

Teringat dia semasa mereka belum berkahwin. Isya sudah memberitahu dia yang dia tidak suka orang lain mengusik telefonnya. Walaupun puas Tengku Irham memujuk namun masih gagal.

"Isya nak Irham janji dulu dengan Isya. Jangan usik telefon Isya even kita dah kahwin nanti. Isya juga takkan sesekali usik telefon Irham."beritahu Isya.

"Tapi kenapa? Ala Isya boleh je kalau nak check phone saya. Saya bagi je. Kalau Isya nak check sekarang pun boleh. Alah bolehlah. Kenapa nak rahsia sangat. Ataupun Isya ada orang lain?"tebak Tengku Irham.

Isya yang ketika itu kelihatan agak marah dan juga sempat mengugut Tengku Irham yang dia akan membatalkan perkahwinan mereka jika syaratnya tidak diikut. Tengku Irham hampa tetapi tetap akur kerana apa yang penting adalah memiliki Isya. Terlalu banyak rahsia yang Isya simpan. Kenapa telefon yang jadi pilihan Isya.

Telefon Isya diletakkan kembali ke tempatnya. Tengku Irham mengambil tempat di sebelah Isya dan ditarik Isya dalam pelukannya. Isya yang lena tertidur tanpa terjaga walaupun Tengku Irham menariknya ke dalam pelukannya. Betapa lena tidur Isya. Malah Isya juga membalas pelukan Tengku Irham. Kelihatan Isya selesa dalam pelukan Tengku Irham. Kali pertama Isya membalas pelukan Tengku Irham dalam keadaan tidak sedar. Pelukan yang amat bermakna bagi Tengku Irham dan kebahagian bertandang dalam hati Tengku Irham. Jika tadi dia kecewa bila dia tidak dapat membuka pesanan whatsapp Isya namun sekarang kecewa itu bertukar menjadi gembira dan bahagia apabila Isya membalas pelukannya. Tersenyum lebar Tengku Irham dan akhirnya dia terlena bersama Isya.

Selama 3 jam Isya tertidur dan akhirnya tersedar. Mata dibuka perlahan-lahan dan terdengar dengkuran Tengku Irham. Dia tersenyum melihat Tengku Irham. Dileraikan perlahan-lahan pelukannya.

"Sayang dah bagun?"tiba-tiba Tengku Irhan bersuara.

"Abang tidurlah. Rehat dulu ya. Sorry Isya dah kejut abang. Thanks sebab peluk Isya."Isya bangun dari pembaringannya dan sempat menghadiahkan ciuman di dahi Tengku Irham.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now