Tengku Zakiah pula yang termenung setelah mendengar pengakuan dari mulut Tengku Irham.
"Macam-mana pulak aku nak buat sekarang ni?hmmm..."Tengku Zakiah termenung di taman bunga ros Tengku Suraya.
"Opah, menung apa tu?"Tengku Irham mengusik TengkunZakiah.
"Fikirkan Isya. Kamu ni tak boleh pakailah Irham. Dahlah malas Opah nak tolong kamu. Pandai-pandailah kamu fikir sendiri. Opah ada dengar Tengku Ikram pun ikut sekali. Opah masuk dalam dululah."Tengku Zakiah sengaja membakar Tengku Irham dengan nama Tengku Ikram. Memang mereka ada menjemput keluarga Tengku Ikram.
Kini Tengku Irham pula yang kepanasan. Dia pula yang menyambung tempat Tengku Zakiah.
Telefon Tengku Irham tidak henti berbunyi dengan pesanan whatsapp dari Farhana dan juga panggilan telefon dari Farhana. Malas dia mahu melayan. Telefonnya cuma dibiarkan di dalam biliknya.
"Irham ni mana pulak! Geramnya aku tengok Irham ni. Ni mesti sebab Isya ni! Sebelum ni boleh pula dia balas whatsapp. Tiap malam pun tak apa. Sekarang ni nak reply pun susah!"marah Farhana sendirian di dalam biliknya.
Isya pula bermalasan bersama Tengku Adam Ishal. Tengku Adam Ishal sudah lena dalam pelukan Isya.
"Umi sayang Ishal tau!"bisik Isya di telinga Tengku Adam Ishal.
Tengku Irham pula kini lebih termenung di dalam biliknya.
Hari yang ditunggu sudah tiba. Majlis yang diadakan khas bertujuan untuk mencuri masa Isya bersama keluarga Tengku Razieff. Walaupun Isya tidak dapat untuk bermalam di rumah Tengku Razieff namun itu sudah cukup memuaskan hati Tengku Zakiah. Sekurang-kurangnya Isya masih mahu menolongnya. Dia berharap Isya akan datang awal untuk majlis ini.
Tengku Adam Ishal pula awal-awal pagi lagi sudah mengetuk pintu bilik Stephanie dan Alex. Rutin hariannya semenjak ada baby Naila. Stephanie dan Alex tidak pernah sedikit pun rasa terganggu dengan rutin harian Tengku Adam Ishal malah mereka sudah menganggap Tengku Adam Ishal seperti anak mereka sendiri. Kadang kala sempat menyelit tidur bersama mereka. Begitu rapatnya hubungan pasangan tersebut bersama Tengku Adam Ishal.
Jam sudah pukul sepuluh pagi namun tiada tanda-tanda Isya mahu keluar dari biliknya. Kebiasaannya Isya sudah keluar dari biliknya. Tengku Adam Ishal juga sudah siap mandi dan disiapkan oleh Stephanie.
"Mak Jah, pergi tengok Isya. Sudah pukul sepuluh pagi ni. Biasannya dia dah keluar dari bilik."arah Datuk Michael yang kelihatan sedikit risau.
Mak Jah segera melihat Isya. Pintu diketuk namun tiada sahutan dari Isya. Tombol pintu dipulas dan terbuka pintu bilik Isya. Kaki Mak Jah melangkah menuju ke katil Isya.
"Isya, bangun!"suruh Mak Jah.
Tiada sahutan dari Isya. Mak Jah menggerakkan badan Isya dan terus terasa bahang panas dari Isya. Tangan Mak Jah segera dilekapkan ke dahi Isya.
"Ya Allah, Isya! Isya demam ni. Panasnya badan Isya ni." Mak Jah segera turun ke tingkat bawah.
"Datuk, Isya demam. Panas badan dia!"beritahu Mak Jah yang kelihatan sedikit cemas.
Cepat sahaja Datuk Michael dan yang lain naik ke atas bilik Isya. Alvin diarahkan menyediakan kereta oleh Datuk Michael. Datin Merry dan Mak Jah pula menyiapkan Isya. Selepas Isya siap, Alex mencempung badan Isya ke kereta.
"Desmond, jaga Ishal. Stephanie dan Mak Jah tunggu sahaja di rumah."arah Datuk Michael.
Datin Merry dan Datuk Michael membawa Isya ke hospital. Alex juga turut serta. Isya kelihatan seperti tidak sedarkan diri kerana suhu badannya yang begitu tinggi.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...