CHAPTER 10

6.8K 176 4
                                    

Tiba hari yang dinantikan oleh Tengku Irham. Majlis hari jadi Tengku Zakiah. Segala persiapan sudah lengkap disediakan oleh Isya dan Tengku Rania. Haikal dan Irma juga turut serta. Majlis hari lahir Tengku Zakiah hanya disambut dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai yang terapat sahaja kerana Tengku Razif tahu yang ibunya tidak suka majlis besar-besaran. Kini hanya menunggu kehadiran Tengku Zakiah sahaja.

Mereka menyambut di kawasan kolam renang yang terletak di bahagian tengah rumah. Terdapat juga taman mini di sana menambahkan kecerian semasa majlis. Pelbagai jenis makanan telah terhidang dan semuanya hasil air tangan Mak Kiah, Isya dan Tengku Rania. Hiasan di kolam renang pula yang beranggungjawab adalah Irma, Haikal dan Tengku Irham.

Tepat jam sepuluh pagi Tengku Zakiah tiba bersama Tengku Maria sekeluarga. Family Tengku Farish. Tengku Maria adalah adik kepada Tengku Razif. Disebabkan plan Tengku Rania untuk menolong Tengku Irham memikat Isya,maka terhasillah plan untuk celebrate hari lahir Tengku Zakiah. Kebiasaannya hari lahir Tengku Zakiah hanya disambut dikalangan ahli keluarga sahaja.

Teringat pada mula-mula idea ni tercetus...

"Rania, oh Rania!!! Bukalah pintu ni? Tengku Irham mengetuk pintu bilik Tengku Rania.

"Kenapa abang ni. Dah malam tau tak? Pukul berapa dah ni? Abang tidurlah."marah Tengku Rania.

"Abang whatsapp Isya tapi dia tak balas. Cuba Rania telefon. Abang call tapi phone dia macam off je." Terdengar nada risau pada suara Tengku Irham.

"Abang ni minat kak Isya ke? Kak Lisa macam mana? Abang nak letak dia kat mana?"pancing Tengku Rania.

Tengku Irham memberitahu Tengku Rania perasaan dia pada Isya. Cuma kini Isya saja yang tidak mengaku. Dia juga turut menceritakan hal empat tahun yang lepas. Kini dia cuma ingin mengesahkan bahawa Isya yang empat tahun yang lepas adalah sama dengan Isya yang sekarang.

"Itulah abang, kalau dulu abang dengar cakap Rania kan senang. Confirm dah abang berkepit dengan Kak Isya je. Tu lah. Jual mahal lagi. Sekarang kan dah susah. Rania tolong fikir cara untuk pancing Kak Isya. Sekarang ni abang pergi tidur dulu. Rania nak tidur. Esok Rania ada meeting ni. Nanti jadi mata panda pulak. Hal kak Isya abang serah je pada Rania."jelas Tengku Rania pada Tengku Irham.

Selepas berfikir maka terhasillah rancangan untuk menyambut hari lahir Tengku Zakiah. Tengku Rania juga meminta pertolongan Tengku Farish untuk membawa Tengku Zakiah ke rumahnya. Jika tidak rancangan mereka akan gagal.

"Abang Farish, tolong bawa opah rumah Auntie Maria ye. Cakap je lah Abang Farish rindu Opah. Kami plan nak buat birthday opah hari Sabtu ni. Tolong ye?"rayu Tengku Rania pada Tengku Farish.

"Boleh, tapi ada syarat. Jemput Isya sekali dalam majlis tu."Farish sudah berkenan dengan Isya.

Disebabkan tujuan utama Tengku Rania adalah untuk memberi ruang kepada Tengku  Irham untuk memikat Isya maka dia terpaksa bersetuju. Bukan apa dia nampak Tengku Farish seperti berminat kepada Isya. Jika dia tidak bersetuju nanti Tengku Farish tidak mahu berkomplot untuk membawa Tengku Zakiah ke rumahnya. Nanti rancangan dia gagal.

Semua telah berkumpul dan Tengku Zakiah dibawa ke ruang kolam renang. Majlis hari lahir Tengku Zakiah disambut dengan meriah walaupun hanya dikalangan keluarga dan rakan yang terdekat.

"Isya, terima kasih masakkan untuk opah. Sedap sangat masakan Isya. Opah suka rendang dan kuih yang Isya masak. Sedap sangat. Pandai Isya masak."puji Tengku Zakiah.

"Alah Opah ni biasa-biasa je. Itupun Rania yang beriya nak Isya masak rendang. Isya pun belajar dengan Irma je. Biasanya masakan macam ni Irma lagi pandai tau Opah. Isya ni pandai mengacau je."seloroh Isya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now