Sejak balik dari hospital, senyuman Isya tidak henti-henti dari bibirnya. Pertama sebab dia gembira dengan kelahiran anak Alex dan Stephanie, kedua adalah sebab dia dapat idea untuk mengenakan balik Farhana.
"Kesian kau Farhana. Kau ingat kau dapat buli aku balik! Silap besarlah kau Farhana!"Isya mengomel seorang diri di dalam biliknya sambil teringat muka Farhana yang masam kerana kain skirtnya kotor siang tadi dek kerana terjatuh di atas lantai toilet.
Malam ini Stephanie ditemani Datin Merry dan Alex. Ibu Stephanie pula akan datang pada esok hari kerana keluarga Stephanie berada di Taiwan ketika ini. Alvin dan Desmond pula balik ke rumah Datuk Michael.
"Isya, kenapa senyum-senyum je dari tadi Daddy nampak? Happy sangat ke?"tanya Datuk Michael yang melihat senyuman Isya.
"Aah Daddy. Isya happy sangat. Daddy, Isya rasa sekarang ni Isya dah semakin bersemangat. Isya tak nak mengalah lagi dengan Farhana tu. Sebelum ni Isya cuba pertahankan rumah tangga Isya tapi sekarang ni Isya nak ganggu ketenangan hidup Farhana pula."balas Isya pula dan menghadiahkan senyuman kepada Datuk Michael.
"Daddy tak kisah tapi ingat ya, jaga keselamatan Isya juga. Jangan sebab Isya nak balas balik apa yang Farhana buat pada Isya sampai lupa dengan kebahagiaan dan keselamatan diri sendiri. Itu je yang Daddy nak pesan."pesan Datuk Michael. Dia tidak mahu Isya lupa diri. Jangan disebabkan dendam sampai lupa diri.
"Daddy ni. Isya bukan nak balas dendamlah Daddy. Isya cuma nak ganggu ketenangan hidup dia. Sebelum ni Farhana tak habis-habis ganggu ketenangan hidup Isya. Sekarang ni Isya cuma nak bagi dia rasa je macam mana perasaan kena ganggu. Isya bukan nak balas dendam pun Daddy."balas Isya lagi.
Peristiwa siang tadi memberi kesan kepada Isya. Sebelum ini dia tidak pernah terfikir untuk membalas balik. Sejak siang tadi bila dia terlihat reaksi Farhana yang terganggu memberikan dia idea untuk mengganggu ketenangan hidup Farhana.
Tengku Adam Ishal lena dalam pelukan Isya. Satu-satunya buah hati, intan permata hati Isya. Kalau dulu dia rasa letih ingin pertahankan haknya tetapi kini dia pula ingin mengganggu ketenangan hidup Farhana. Isya tidur dalam senyuman.
Tengku Irham juga berasa gembira. Gembira kerana Isya sudah tidak seperti dulu yang lebih suka mengasingkan dan mengelakkan diri darinya. Isya pula sudah mula pemurah dengan senyumannya. Puteranya juga kini sudah semakin rapat dengannya.
Keesokan harinya Mak Jah sibuk memasakkan makanan untuk Stephanie. Stephanie berpantang cara melayu dan Cina. Dia telah berpesan dengan Datin Merry dan Madam Chia bahawa bila dia berpantang nanti dia mahu mengikut cara melayu kerana dia mahu bentuk badan seperti Isya. Isya walaupun sudah beranak seorang tetapi badannya masih slim lagi hasil daripada berpantang dan berbengkung.
"Isya, nanti singgah hospital dulu ya. Hantar makanan ni dekat Stephanie." Suruh Mak Jah.
"Okay Mak Jah. Jangan lupa kemaskan bilik tetamu kat bawah tu Mak Jah. Keluarga Stephanie hari ni datang. Mummy pesan suruh sediakan empat bilik. Bilik Isya kat bawah tu Mak Jah kemaskan ya untuk mereka. Barang-barang Isya tu nanti Isya minta tolong Desmond dan Alvin untuk angkat."pesan Isya kepada Mak Jah
Mak Jah segera pergi ke bilik Isya di tingkat bawah. Bilik itu akan diberikan kepada Stephanie dan Alex buat sementara. Perabot dan peralatan baby juga memang sudah tersedia di dalam bilik tersebut. Cuma terdapat beberapa sahaja lagi barang Isya. Desmond dan Alvin segera mengambil barang Isya dan di bawa ke bilik atas. Selepas barang siap di angkat, Isya, Tengku Adam Ishal, Desmond dan Alvin pergi ke hospital.Alvin memandu velfire milik Isya. Mereka akan singgah dulu ke hospital untuk menghantar makanan. Tengku Adam Ishal pula di bawa Isya ke pejabat. Terdapat bilik khas yang telah disediakan khas buat Tengku Adam Ishal, Desmond dan Alvin di pejabat.
Semasa di hospital Datin Merry sempat menyuruh Isya meninggalkan Tengku Adam Ishal bersamanya. Jadi tidak perlu untuk Isya membawa Tengku Adam Ishal ke pejabat tetapi ditolak oleh Isya kerana risau akan menyusahkan lagi Mummynya. Lagipun dia sudah membuat beberapa perancangan istimewa untuk hari ini di mana dia memerlukan Tengku Adam Ishal sebagai sokongan bagi perancangannya hari ini.
Pagi yang ceria untuk Isya hari ini. Terserlah dengan cara pemakaiannya yang nampak simple tapi elegen.
"Isya, senyum je hari ni! Ada apa-apa ke?"tegur Desmond.
"Mestilah. Desmond awak dan Alvin kena jaga Ishal tau. Dalam plan yang saya nak laksanakan ni perlukan lebih perhatian pada Ishal. Saya takut kalau kita lalai boleh menjejaskan keselamat Ishal."pesan Isya.
"Macam bahaya je Isya. Kalau macam tu lebih baik Isya lupakan je plan Isya tu."cadang Alvin.
"Macam ni Alvin. Saya bukan nak balas dendam ke apa. Saya cuma nak bagi orang yang kacau hidup saya tu rasa risau je. Macam mana rasanya bila ketenangan hidup kita diganggu. Saya takkan buat lebih-lebih. Lagi-lagi bila melibatkan keselamatan anak saya. Apa yang penting saya perlukan sokongan awak berdua. Boleh kan?"terang Isya lagi.
Sungguh! Kali ini Isya bertekad dengan rancangannya. Isya menerangkan kepada Desmond dan Alvin mengenai rancangannya semasa perjalanan ke pejabat. Setelah kedua-duannya memahami, mereka bersetuju dengan rancangan Isya.
Selepas ini giliran Datuk Michael dan Alex pula. Di pejabat nanti dia akan berjumpa dengan Datuk Michael dan Alex untuk berbincang mengenai plan yang sudah dibuat oleh Isya. Apabila Datuk Michael dan Alex sudah bersetuju, barulah dia akan melaksanakan rancangannya. Datin Merry pula akan diberitahu kemudian. Apa yang penting adalah Isya memerlukan restu dan kerjasama mereka juga demi untuk menjayakan rancangannya.
Isya tersenyum sendirian di dalam kereta apabila memikirkan mengenai rancangannya.
Setibanya dia di pejabat Tengku Irham sudah menunggu Isya di dalam bilik Isya.
"Isya, sorry! Tengku Irham ada dalam bilik you. I tak tahu nak suruh dia tunggu dekat mana jadi I suruh dia tunggu you dalam bilik."kata Hayati iaitu receptionist di tingkatnya.
"It's Okay Hayati. Thanks. Air dan makanan ada tak awak hidangkan dekat dia?"tanya Isya.
"Ada. Semua dah terhidang atas meja."jawab Hayati.
"Thanks Hayati."balas Isya.
Isya terus menuju ke arah biliknya dan kelihatan Tengku Irham memegang telefon dan sedang menjawab panggilan daripada seseorang. Isya pula khusyuk membuat kerjanya sementara menunggu Tengku Irham menghabiskan penggilannya.
Selepas lima minit berlalu Tengku Irham mematikan panggilannya.
"Isya, sorry saya ganggu awak. Datang pun tak inform awak dulu."kata Tengku Irham kepada Isya.
"Tak apa. Ada apa hal yang penting sangat ni?"tanya Isya.
Tengku Irham memberitahu tujuan kedatangannya kepada Isya.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...