CHAPTER 17

5.7K 156 8
                                    

Gosip kekasih model terkenal, Lisa dan Tengku Irham tersebar luas. Heboh satu Hotel Wellington dan Bumi Holdings mengenai gosip mereka.

"Isya, Isya rasalah betul ke gosip bos kita tu dengan Lisa gedik tu? Akak benci dan menyampah tengok perempuan gedik tu. Sejak gosip tu timbul tak pula dia datang sini. Kalau tidak dulu selalu menggedik datang sini."tanya Kak Fatihah

Sejak Isya sudah mengaku kepada Tengku Irham bahawa dia adalah orang yang sama dijumpai empat tahun yang lepas, nama Qirana sudah bertukar kepada Isya. Kini semua staff di Hotel Wellington juga telah menggunakan panggilan Isya dan bukannya Qirana.

"Alah kak, kalau betul pun apa salahnya. Dua-dua single. Tak ada halangan."jawab  Isya bersahaja.

Tengku Irham yang ketika itu ingin menuju ke kaunter informasi hotel terdiam sebentar mendengar jawapan dari Isya.

"Isya, takkan awak tak ada sikit pun rasa sayang atau suka dekat saya. Pleaselah jelous. Cakaplah yang awak calon yang lebih baik jika hendak dibandingkan dengan Lisa."bisik hati Tengku Irham yang pedih mendengar jawapan Isya.

"Alah Isya ni. Jawablah betul-betul. Ish. Isya kan kenal dengan Tengku Rania. Takkan Tengku Rania tak cerita apa-apa."desak Kak Fatihah

"Macam nilah kak. Akak pun kenalkan bos akak tu macam-mana. Kalau bab kerja tu dia memang serius. Kalau benda-benda macam ni lagilah kak. Isya tak rasa bos kita tu nak buat perkara macam tu kan. Lagipun kak..." Isya tiba-tiba memberhentikan percakapannya.

"Ha...apa dia? Ni pasai pa tiba-tiba stop pulak..ish ni yang akak tak gemar ni. Cepatlah Isya. Apa dia?"Kak Fatihah pula yang marah

"Hahahahaha....daripada Lisa tu lebih baik Isya yang jadi calonnya kan.. Bolehlah Isya buli Kak Fatihah selalu nanti....hahhahaha.."gelak Isya kejam.

Isya sekadar bergurau saja. Isya bila sudah selesa dengan orang dia memang mudah untuk bergurau. Tengku Irham yang berdiri tidak jauh dari Isya tersenyum manis.
.................. ..... .................................................

"Bie....bila nak bercuti dengan sayang ni.. sayang dah rindu Bie ni."rengek Lisa manja dengan seorang lelaki yang bergelar datuk.

"Boleh honey. Bie pun dah rindu sayang. Thanks sayang cover story untuk Bie. At least wife Bie tak dapat hidu lagi. Majalah Bie pun rating naik bulan ni sebab gosip sayang. Tengku Irham tak ada cari sayang ke? Honey tak pergi jumpa dia ke?"tanya Datuk Fikri.

Datuk Fikri adalah salah satu pemilik syarikat penerbitan majalah dan hiburan. Majalah Ratu adalah salah satu majalah yang paling diminati remaja dan juga dunia hiburan. Kalau nak tahu Datuk Fikri sudah berkahwin dan mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama Datin Azilah. Bukan calang orang isteri Datuk Fikri. Datin Azilah mempunyai syarikat produk kosmetik manakala isteri kedua Datuk Fikri, Puan Suzila pula adalah pereka fesyen terkenal. Perkahwinan kedua Datuk Fikri adalah atas keizinan Datin Azilah tapi perhubungan Datuk Fikri dengan Lisa amat dibantah keras oleh Datin Azilah dan Puan Suzila. Disebabkan bantahan dari isteri-isteri maka  terjadinya skandal Datuk Fikri dan Lisa. Gosip antara Lisa dan Tengku Irham pula adalah disebabkan untuk menutup mata isteri-isteri Datuk Fikri.

"Zack, buat cover story Lisa. I nak you jumpa Lisa. I dah inform Lisa. I nak cerita Lisa naik bulan ni. Make sure hanya you dengan I saja yang tau story sebenar. I tak nak sampai pengetahuan Datin dan Suzila tau. I bayar you lebih bulan ni. Rating naik tinggi I bayar you lagi tinggi."arah Datuk Fikri

"Nasiblah you Lisa. Bagus juga you ni. Bagi keuntungan untuk company I. Sambil menyelam minum air. Air dapat layanan you and keuntungan untuk company pun I dapat. I tak rugi apa pun. Tinggi lagi keuntungan untuk company I kalau nak dibandingkan duit yang I laburkan untuk beli barang keperluan you tu."Datuk Fikri bercakap sendirian di dalam biliknya dan tersenyum puas.

Datuk Fikri whatsapp Lisa...

D.F : honey, this weekend kita pergi Cameron jom. I dah rindu you lah. Lama dah you tak layan I...😚😚😚

Lisa : boleh Bie..I pun rindu you. Tapi i nak shopping dulu boleh tak?

D.F : boleh. I bank in duit dekat you ya. You belilah apa yang you nak. I nak ikut you tapi you sekarang tengah hot. Susah nanti kalau berita tentang kita pula yang keluar.

Lisa : tak apa Bie. I okay je shoping sendiri. Asalkan weekend ni I jumpa you.😍😍😍😙😙😙

"I lagi tak kisah kalau you tak ikut asalkan I boleh shopping lagipun weekend ni i bolehlah layan dia. I pun rindu you Bie."desis hati Lisa.
.........................................................................

Johan mendapat berita dari kaki-kakinya yang sentiasa memerhatikan pergerakan Lisa. Kini apa yang perlu dilakukan adalah dengan memberitahu Tengku Irham.

"Irham, update terbaru dan terbaik. Lisa nak jumpa dengan Datuk Fikri weekend ni. Amacam? Kita proceed dengan plan kita?" Johan memberitau Tengku Irham dan senyum tanda kemenangan untuk plan yang sudah lama mereka tunggu.

"Bagus. Ini news bagus. So make sure mereka jadi jumpa. Pastikan plan kita berjalan lancar. Lisa tak perasan kehadiran kaki-kaki kita kan?"tanya Tengku Irham dan disamping itu dia turut juga menyediakan kejutan untuk Lisa sebagai tambahan rancangan daripada rancangan awal.

Hari yang dinanti-nantikan oleh Lisa tiba. Sebuah kereta Audi bertinted gelap menjemput Lisa dan sudah pasti kereta itu milik Datuk Fikri. Mereka menuju ke sebuah chalet di Berinchang. Kaki-kaku Johan pula sudah bersedia mengekori kereta Datuk Fikri tanpa mereka perasan kereta mereka diekori. Johan bijak memasang kaki tanpa dikesan kali ini. Dia telah mengarahkan kaki-kakinya supaya bertukar-tukar memandu. Setiap kaki mempunyai destinasi permulaan berbeza. Johan menyuruh kakinya bersedia di setiap RnR. Bila sudah sampai satu destinasi, kereta yang lain pula akan mengekori. Jadi kerja lebih mudah.

Tepat jam sebelas pagi Lisa dan Datuk Fikri tiba di destinasi yang mereka impikan. Lisa kelihatan begitu mesra dengan Datuk Fikri sambil tangan Datuk Fikri melingkari pinggang Lisa. Sungguh rapat dan intim. Pakaian Lisa yang ketat dan menggoda menarik perhatian Datuk Fikri. Dari jauh Johan mengambil gambar mereka. Selesai mereka masuk ke chalet tersebut, Johan memaklumkan kepada Tengku Irham melalui perbualan aplikasi whatsapp.

T.I (Tengku Irham) : johan you pergi dekat dengan chalet mereka. Intip apa yang mereka buat. Ambil gambar mereka betul-betul basah. Lepas tu send dekat sini.

Johan : noted. I will send as soon as possible.

"Bagus Lisa. Inilah masa yang aku tunggu. Lepas siap ni aku akan saman balik kau sebab memalukan aku. Jadi aku tak rugi apa-apa malahan aku akan minta sekali dengan bunga atas duit yang aku dah bagi dekat kau!!!" Tengku Irhan berharap rancangannya akan berjalan lancar kali ini.

Johan : Irham, done. Ada 3 picture yang I send. You akan received sekejap lagi. Picture yang lain banyak. I simpan dalam kamera I.

T.I : bagus. Now move from there. I nak bagi surprise dekat mereka.

Johan : noted.

Selepas Johan beredar. Datang sekumpulan lelaki bersongkok mengetuk pintu chalet mereka.

Tok tok tok....

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now