CHAPTER 47 REV 1

3.3K 111 0
                                    

Dua minggu Isya balik ke Malaysia dan Tengku Ikram pula sibuk menguruskan projek di London.

"Morning Isya! How Malaysia?"tegur Tengku Ikram.

"Morning Ikram. Okay. Still same. Malaysia still Malaysia right!"jawab Isya selamba.

"Macam-mana anak I? Nakal tak dia? I rindu nak jumpa dia."balas Tengku Ikram.

"Sekejap lagi anak you tu sampailah. I dah pesan dengan Desmond dan Alvin bawak Ishal ke sini."jawab Isya lagi.

Kini Alvin juga turut bersama Desmond dan Isya untuk menjaga keselamatan Isya dan Tengku Adam Ishal. Begitulah Tengku Ikram yang sentiasa mengambil berat mengenai Isya dan Ishal. Dia juga berharap agar suatu hari nanti hatinIsya terbuka untuk menerimanya.

"Isya, kenapa awak tak nak terima saya ye?"tanya Tengku Ikram yang mencuba nasib.

"Ikram, awak kan dah tau kenapa. Kalau saya tak kahwin lagi, saya memang akan kahwin dengan awak tapi buat masa sekarang ni saya tak fikir nak berkahwin lagi. Awak faham kan! Awak kan dah janji tak nak tanya soalan ni lagi. Lagipun lebih baik awak putus asa je nak pikat saya. Saya cuma anggap awak sebagai kawan baik saya. Sama macam saya berkawan dengan Rayyan. Awak pilihlah sama ada awak nak jadi kawan saya atau awak nak saya jauhkan diri dari awak. Kalau awak still ada lagi intention nak jadikan saya ni pasangan hidup awak, saya terpaksa jauhkan diri dari awak."jelas Isya lagi. Dia terpaksa berkata begitu. Dia sendiri sudah takut hendak berkahwin lagi. Cukup sahaja dengan pengalamannya yang lepas. Sungguh memedihkan. Dia masih tidak dapat melupakan apa yang Tengku Irham lakukan kepada dirinya dulu.

"Okaylah. Saya minta maaf. Okay saya anggap awak kawan je. Asalkan awak tak bawa lari anak saya yang comel tu."Tengku Ikram mengalah. Baginya cukuplah Isya dan Tengku Adam Ishal sentiasa bersama dia. Andai masa boleh diputarkan semula dia mahu bertemu dahulu dengan Isya sebelum Isya bertemu dengan Tengku Irham.

Projek di kota London berjalan dengan teratur. Tiada masalah yang berlaku sepanjang ketiadaan Isya dan Datuk Michael.

Setahun sudah berlalu. Tengku Adam Ishal juga sudah semakin membesar. Sudah pandai berlari. Sekejap masa berlalu. Isya kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia bersama Datuk Michael dan yang lain.

Keluarga Tengku Razieff juga menunggu ketibaan Isya dan keluarga Datuk Michael di KLIA.

"Isya, betul ke keputusan Isya nak benarkan keluarga Tengku Razieff melawat Ishal?"tanya Datuk Michael.

"Daddy, mereka juga sebahagian dari hidup Ishal. Isya tak nak Ishal tak kenal siapa ahli keluarganya yang lain. Memang pedih kalau Isya ingat perkara yang lama. Tapi hidup Isya tak tenang Daddy. Bagi Isya, Ishal tetap keturunan mereka. Hubungan Ishal dengan mereka tetap ada. Yang tak ada cuma hubungan Isya dengan Irham je daddy. Daddy jangan risau ya. Desmond dan Alvin akan sentiasa ada mengawasi Ishal."balas Isya kepada Datuk Michael.

Perkara ini memang sudah lama dia fikirkan semasa dia masih di London. Hidup dia tak tenang. Dia perlu buang perasaan marah dan benci terlebih dahulu bagi dirinya. Teringat Isya akan pesanan arwah ibunya...

"Isya, tak baik simpan marah lama-lama. Syaitan sentiasa menghampiri kita. Cuba maafkan orang yang buat kita marah. Kita tak rugi apa pun Isya. Memaafkan bukan bererti kita mengalah tapi memaafkan untuk ketenangan diri kita. Kita berhak rasa tenang."pesan arwah Ibu Isya kepadanya.

Dari situ dia kenali dirinya semula. Dia bina dirinya semula. Dia perlu bangun dan dia juga berhak untuk hidup dengan tenang.

Tiba sahaja di KLIA, keluarga Tengku Razief sudah menunggu di balai ketibaan. Tengku Zakiah tersenyum melihat Isya. Dipeluknya. Tengku Adam Ishal pula sudah pandai berlari tetapi masih bersama dengan Desmond dan Alvin.

"Ishal, salam atuk dengan nenek kat sana? Pergi salam cepat." Suruh Isya kepada Tengku Adam Ishal.

Berkerut muka Tengku Adam Ishal. Dia tidak mahu bersalam dengan keluarga Tengku Razieff.

"Ishal, meh dekat Mak Usu meh. Salam cepat. Mak su ada coklat!"Tengku Rania menayangkan coklat cadbury yang dibeli khas untuk Ishal. Tersengih Ishal melihat coklat yang dipegang oleh Tengku Rania. Tengku Adam Ishal segera pergi ke arah Tengku Rania dan bersalam demk untuk mendapatkan coklat dari Tengku Rania.

Tergelak mereka melihat telatah Tengku Adam Ishal. Sempat Tengku Adam Ishal menghadiahkan ciuman kepada Tengku Rania.

"Sayang, pergi salam Papa kat sana? Kalau Ishal dengar cakap umi, nanti umi belikan Ishal coklat dan mainan banyak-banyak. Nak tak?"Isya yang memancing Tengku Adam Ishal supaya bersalam dengan Tengku Irham. Tengku Adam Ishal segera pergi ke arah Tengku Irham dan bersalam dengan Tengku Irham.

"Terima kasih Isya sebab benarkan Ishal jumpa abang."ucap Tengku Irham.

"Dahla abang. Hal yang lama kita lupakan je. Abang binalah hidup abang semula. Isya bahagia dengan hidup Isya sekarang ni dan Isya harap abang juga bahagia."ucap Isya lagi kepada Tengku Irham. Entah kenapa dia sudah mempunyai kekuatan untuk berkata demikian terhadap Tengku Irham. Kesalahan bukan sepenuhnya dari Tengku Irham. Sudah suratan hidupnya begitu dan dia redha. Baginya masa depan Tengku Adam Ishal lebih utama daripada dirinya.

Seronok Tengku Adam Ishal beramah mesra bersama keluarga Tengku Razieff. Stephanie pula sedang sarat mengandung anak Alex manakala Irma kini mengandung anak kedua. Mereka juga ada bersama menyambut ketibaan Keluarga Datuk Michael di KLIA.

Tengku Adam Ishal tetap berada bersama Desmond dan Alvin. Sudah jadi tabiat Tengku Adam Ishal akan sentiasa bersama Alvin dan Desmond bila dia penat ataupun mahu tidur. Pasti Desmond dan Alvin yang akan dicarinya.

Mereka kini berada di rumah Datuk Michael. Tengku Adam Ishal pula sudah masuk biliknya untuk tidur manakala Desmond dan Alvin setia berada berdekatan dengan bilik Tengku Adam Ishal. Itu memang sudah kerja mereka. Jika tiada orang luar selain daripada ahli keluarga Datuk Michael, Desmond dan Alvin menolong Isya membuat kerja.

"Rania, bila nak kahwin? Takkan tak ada boyfriend lagi? Nak kak Isya recomend kan tak?"usik Isya kepada Tengku Rania.

"Eh kak Isya. Ke situ pulak. Kenapa? Kak Isya ada calon ke nak bagi dekat Rania?"jawab Tengku Rania.

"Nak kenal tak dengan Tengku Ikram?  Papa angkat Ishal?"Isya menaikkan keningnya. Perhubungan Tengku Ikram dan Zarina tidak berjalan lancar. Zarina sudah mempunyai calon. Jadi baginya tidak salah kalau dikenalkan dengan Tengku Rania.

"Nak ke dia dengan Rania ni? Dahlah kak Isya ada masalah dengan Abang Irham. Mana tau dia tak suka dengan abang Irham."balas Tengku Rania.

"Yang tu Rania jangan risau. Kak Isya handle ya. Nanti apa-apa Kak Isya bagi tahu ye."jawab Isya lagi.

Memang sudah lama Isya mahu mengenalkan Tengku Ikram dengan Tengku Rania. Lagipun kedua-duanya baik dengannya. Dia tidak mahu Tengku Ikram sentiasa mengharap hatinya akan terbuka untuk Tengku Ikram.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now