CHAPTER 22

6K 157 0
                                    

Malam tadi Isya sudah fikir masak-masak. Ya,dia tak patut melarikan diri lagi. Dia pun tidak tahu kenapa dia perlu bersikap demikian. Hanya kerana Tengku Irham. Jika diingat kembali moment dia bersama Tengku Irham adalah moment yang manis. Di dalam kapal terbang dan duduk terpisah dari rakan yang lain. Disebabkan sikap peramah Isya dan Tengku Irham mereka boleh meninggalkan kenangan manis di mana kenangan yang tidak mudah dilupakan buat mereka berdua.

Takut. Ya itu perkataan yang paling sesuai bagi Isya. Isya takut untuk menghadapai masa hadapan biarpun kini Irma sudah pun berada di tangga seterusnya namun Isya masih lagi takut untuk melangkah ke satu lagi anak tangga.

"Rania, dengar sini apa yang akak nak beritahu. Memang betul akak ada packing baju-baju akak dalam luggage tapi bukan bermaksud akak nak lari. Akak nak lari ke mana Rania? Kalau akak nak lari dah lama akak buat. Akak cuma nak tenangkan fikiran akak. Perkara ni terjadi dengan sekelip mata je. Dari akak single kini akak tiba-tiba je dapat status tunangan orang." Terang Isya kepada Tengku Irham dan Tengku Rania.

"Akak, kami sayang akak.  Takkan akak nak lari. Beg tu semua akak nak buat apa kalau bukan sebab nak lari. Agaknya kalau malam tadi Rania dengan abang tak datang sini mesti hari ini kami takkan jumpa akak lagi kan."suara Tengku Rania mula kendur dan sedih.

Ya, memang benar jika mereka tidak datang sudah tentu saja hari ini mereka tidak dapat berjumpa dengan Isya lagi.

"Rania salah faham ni. Memang betul akak nak keluar rumah malam tadi. Akak nak tenangkan fikiran akak. Malam tadi akak ingat akak nak ambil angin naik ke Genting. Kebetulan Uncle Michael pun ada guest house dekat sana."beritahu Isya lagi.

"Tapi takkan nak naik Genting sampai packing beg besar?"Tengku Irham memprovok Isya.

Isya memberitahu situasi sebenar. Isya ada packing tiga buah luggage. Setiap luggage berbeza. Satu lunggage kecil Isya packing barang untuk dia pergi ke Genting dan dua lagi dia membuat persediaan. Dia mahu tinggal di rumah Uncle Michael buat sementara waktu. Rumah yang Isya duduk sekarang Isya akan sewakan. Minggu depan akan ada penyewa baru. Jadi sudah alang-alang dia mengemas baju jadi dia terus masukkan sebahagian daripada bajunya ke dalam luggage. Barang-barang Irma pula sudah dipindahkan ke rumah baru mereka. Jadi yang tinggal hanya barang-barang Isya.

Masing-masing berasa lega. Ya memang tujuan asal Isya adalah ingin melarikan diri tapi disebabkan kehadiran Tengku Irham dan Tengku Rania, rancangannya terbantut. Mujur sahaja mereka datang jika tidak sudah tentu Isya mengambil keputusan mengikut kata hatinya.

"Apa kata Kak Isya duduk dengan kami je. Lagipun kak Isya dengan abang Irham pun tak lama lagi nak kahwin. Jadi tak ada masalah. Lagipun Uncle Michael kan tak sama agama dengan kita."cadang Tengku Rania.

"Rania, walaupun Uncle Michael tu tak sama agama dengan kita tak bermakna Uncle Michael akan buat perkara tak baik pada akak. Akak kenal Alex dah lama Rania. Lagi-lagi selepas mereka dapat tahu yang Papa akak adalah adik Uncle Michael. Mereka hormat akak dengan agama yang akak anut. Malah di dalam rumah mereka pun tidak ada satu pun tokong. Tokong mereka letakkan di luar rumah. Lagipun akak duduk sana tak lama. Sementara akak nak sambung belajar saja. Kawan-kawan akak pun kebanyakkannya berbangsa cina. Walaupun berlainan bangsa mereka tidak pernah pun memperkecilkan agam kita. Bila waktu solat sudah masuk mereka sering mengingatkan akak untuk solat. Mereka juga tidak pernah sekali pun untuk mempengaruhi akak buka tudung malahan setiap kali akak keluar mereka akan pastikan pakaian akak proper. Ingat tu Rania, jangan sesekali nilai persahabatan kita dengan luaran sebab belum tentu lagi luaran bagus maka dalaman dia pun bagus. Kecantikan tak dapat menilai dalaman seseorang."panjang lebar Isya memberi nasihat percuma kepada Tengku Rania.

Isya cukup tidak suka jika ada yang salah tafsir persahabatannya dengan bangsa lain tapi itulah hakikatnya. Manusia suka menilai luaran sahaja. Memang benar imej tu penting tapi ia tidak memberi apa-apa kesan kepada Isya. Isya hanya akan menilai sikap seseorang setelah memulakan silaturrahim. Tengku Irham cukup kagum dengan pandangan Isya. Dia juga bangga dengan Isya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now