Alex kasihan melihat Isya. Hidup tak ubah seperti pelarian. Walaupun hidupnya kini mempunyai keluarga Alex tetapi hakikatnya Isya seperti bersembunyi. Takut dengan ancaman Farhana.
"Isya, sampai bila Isya nak hidup begini? Isya tak kesian ke dengan Ishal? Cuba Isya tengok Ishal sekarang ni. Dia gembira dengan adanya Naila. Tapi dia tak bebas macam budak-budak lain. Dia hidup dengan Alvin dan Desmond. Sampai bila Isya nak hidup dengan menyorok dari Farhana? Kalau dulu masa sekolah sebab Farhana jugalah Isya berubah dan sekarang bersembunyi dari Farhana dengan menafikan kebahagiaan sendiri?" Alex kini bersuara. Dia tidak sanggup melihat Isya yang berperang untuk kebahagiaan sendiri.
"Isya happy begini Alex. Isya ada Daddy dan Mummy. Isya juga ada Alex dan Irma. Tak lupa juga Ishal. Isya tak bersembunyi pun. Desmond dan Alvin penjaga yang baik buat Ishal. Suatu hari nanti Ishal sendiri akan faham kenapa Isya buat begini."begitu mudah Isya menjawab pertanyaan Alex.
"Isya, please fikir apa yang I cakap ni. Isya kata Ishal akan faham suatu hari nanti dan sekarang ni cuba Isya tengok Ishal macam-mana sekarang ni! Sejak Naila ada, tidak seminit pun dia nak tinggalkan Naila. Dia gembira sebab ada kawan yang sama macam dia. Desmond dan Alvin langsung dia tidak peduli lagi. Fikirlah Isya. Irham pula satu-satunya orang yang Isya sayang. Kenapa nak nafikan? Kalau Isya sayang Irham, fight for your love! Bukan bersembunyi begini. Bukan caranya Isya. Sampai bila nak sembunyi macam ni? Sampai Farhana dah tak ada? Bagitu?"Alex yang semakin cuba menyedarkan Isya.
"You tak faham Alex. Isya takut nak hadapi kehidupan Isya yang dulu. Isya takut Isya akan kehilangan Ishal. Cukuplah dulu apa yang Isya rasa gara-gara tindakan Farhana. Isya takut nanti akan menyebabkan Isya kehilangan Ishal. Isya tak nak macam dulu lagi!"kali ni perasaan Isya mula terusik.
"I tak suruh Isya jadi macam dulu. Please jadi yang lebih baik dari dulu. Fikir yang lebih baik. I bagi Desmond bukan untuk Isya menyorok tapi untuk jadikan you lebih berani. Kalau dulu Desmond tak ada disamping Isya tetapi sekarang gunakan Desmond dan Irham sebagai kekuatan Isya! I akan sentiasa menyokong dan melindungi Ishal dan You! Ingat tu Isya. Farhana tak ada sesiapa tapi you? You ada I dan Daddy. Even Irham pun sayang Isya! Jadi lebih berani Isya. Lawan untuk kebahagiaan sendiri. Jangan tunjukkan diri sebagai perempuan lemah. Desmond ada sentiasa bersama. Be brave!"Alex memberikan kata-kata semangat kepada Isya. Dia mahu Isya jadi lebih berani.
Selepas perbincangan Alex dan Isya di pejabat, Isya kini lebih termenung. Memang benar apa yang dikatakan oleh Alex. Isya sudah hilang keberanian malah dia lebih kepada bertahan dan cuba melindungi orang yang disayang. Kalau dulu dia lebih berani walaupun tiada Desmond di sisi dan sekarang sepatutnya dia lebih berani dengan adanya Desmond dan Alvin di sisi dan bukannya berselindung di sebalik Desmond dan Alvin.
Selama sebulan dia tak berjumpa dengan Tengku Irham dan hanya pesanan whatsapp dan telefon sahaja yang menjadi penghubungnya. Tengku Adam Ishal pula kini lebih rapat dengan Stephanie dan Naila.
Kata-kata Alex sentiasa berlegar-legar difikirannya. Dia kini mahu berfikir dengan lebih panjang dan tenang. Dia membuat keputusan untuk bercuti untuk menenangkan fikirannya.
"Daddy, boleh tak Isya nak bercuti dua tiga hari ni? Isya bawa Alvin bersama. Desmond tinggal untuk pantau keselamatan Ishal sementara Isya cuti. Isya nak tenangkan fikiran Isya." Akhirnya Isya berjumpa Datuk Michael tentang hasratnya untuk bercuti.
"Pergilah Isya. Daddy benarkan. Pasal Ishal jangan risau. Alex dan Stephanie pun ada. Mummy pun ada boleh jaga."beritahu Datuk Michael lagi.
Alex juga telah mengetahui hal percutian Isya. Isya sendiri telah memberitahu Alex dan meminta Alex menjaga Tengku Adam Ishal semasa ketiadaannya. Tengku Adam Ishal juga kini sudah boleh berenggang dengan Isya. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan oleh Isya. Kepercayaan diberi penuh kepada Desmond dalam memantau keselamatan anak dan keluarganya.
Percutian Isya juga dirahsiakan oleh Keluarga Datuk Michael. Risau jika hal tersebut diketahui oleh Farhana. Ini sebagai langkah berjaga-jaga yang diambil oleh keluarga Datuk Michael sebelum Isya membuat sebarang keputusan.
Isya memilih Cameron Highlands sebagai tempat percutiaannya. Kereta dipandu oleh Alvin. Hotel telah ditempah atas nama Alvin untuk mengelakkan sebarang gangguan.
Selepas check in hotel, Isya mengajak Alvin pergi melawat ladang strawberry. Teringat dia kenangan semasa dia ke Korea. Semasa pertama kali dia berjumpa dengan Tengku Irham di dalam kapal terbang. Honeymoon di Korea dan semuanya ada kaitan dengan strawberry.
Isya mengajak Alvin memetik strawberry. Walaupun strawberry Cameron Highlands tidak semanis strawberry di Korea tetapi tetap mengingatkan dia dengan detik-detik kebahagiaannya. Sambil memetik strawberry sambil dia mengimbas kenangan lamanya.
Hatinya tercuit hanya disebabkan strawberry. Penuh bakulnya dengan strawberry. Begitu juga dengan bakul Alvin.
"Wah banyak juga awak petik ya Alvin."tegur Isya.
Alvin hanya tersenyum. Dia memetik hanya sebab geram melihat saiz buah strawberry yang besar-besar ketika itu. Warnya yang merah sehingga dia lupa diri.
Strawberry kini sudah berada di dalam plastik. Penuh tangan dengan strawberry. Mereka juga menikmati waffle strawberry, strawberry dan marshmellow bersalut coklat serta jus strawberry sebagai makan tengahari mereka.
"Sorrylah Alvin, lunch kita dengan Strawberry. Nanti petang sikit baru kita cari makanan heavy sikit ya." Dek kerana seronok di ladang strawberry sampai mereka lupa waktu makan tengahari mereka. Mahu mencari tempat lain tetapi perut mereka sudah di minta untuk diisi.
"Eh tak apalah Isya. At least still makan lagi. Saya tak kisah pun. Perut saya tak memilih makanan."Alvin menayangkan senyumannya menandakan dia tidak kisah.
Mujur sahaja Alvin bukan jenis yang cerewet. Jadi tidak susahlah Isya untuk menjalankan aktivitinya. Hampir satu hari Isya dan Alvin berada di ladang strawberry. Isya lebih kepada memikirkan apa yang telah dikatakan Alex kepadanya dan diselang dengan moment happy bersama Tengku Irham.
Selepas habis di ladang strawberry Isya kembali ke hotelnya. Mereka makan malam di hotel sahaja. Aktivjti malam Isya lebih kepada di dalam bilik sahaja. Dia termenung di balkoni sambil duduk berselimut menghadap langit malam. Keadaan malam yang tenang dan ditemani dengan taburan bintang di langit.
Walaupun sejuk tetapi Isya dapat merasakan ketenangan. Lama juga Isya di luar balkoni sehinggalah dia terbersin kerana kesejukan. Cepat sahaja dia masuk ke dalam bilik. Sliding door dikunci dan kini Isya sudah terbaring di atas katil sambil memeluk bantal.
"Takut ke aku dengan Farhana?"Isya menukar posisi mengiringnya dari kanan ke kiri.
"Betul ke aku sayang Irham?"kini posisi mengiring tukar ke sebelah kanan kembali.
"Desmond dan Alvin memang perisai aku. Mana ada aku menyorok belakang Desmond dan Alvin!"kali ni dari mengiring Isya terlentang pula. Baring sambil memandang syiling bilik hotelnya.
"Tapi betullah kata Alex. Kenapa aku nak takut. Aku ada Desmond dan Alvin. Patut aku lebih berani lagi. Ni tak, aku siap setuju lagi untuk tak berjumpa dengan Irham kat luar. Patutnya aku buat tak kisah sahaja. Kalau dulu elok pulak aku lawan si Farhana tu. Sekarang ni yang aku menyorok kenapa pula. Betul juga apa yang Alex cakap."sekarang Isya duduk pula sambil memeluk bantal.
Isya kini sedar satu perkara iaitu dia perlu berani menghadapi cabaran dan halangan hidupnya. Bukan dengan hanya hidup di belakang Desmond dan Alvin. Kehadiran Alvin dan Desmond sepatutnya menjadi satu kelebihan dan kekuatan buat Isya. Bukan hanya dijadikan sebagai pelindungnya.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...