CHAPTER 49 REV 1

3.1K 101 6
                                    

Pagi yang bersemangat bagi Tengku Irham manakala hari yang penuh cabaran bagi Farhana.

"Good morning, Papa!"ucap Tengku Irham.

"Morning! Segar je muka anak Papa hari ni? Kenapa?"tanya Tengku Razieff.

"Hari ni Irham nak jumpa Isya. Isya kan datang hari ni dekat office kita."balas Tengku Irham sambil senyum. Tengku Irham perlu mula bertindak dan tidak boleh berdiam diri.

Isya pula seperti biasa. Tiada apa perubahan. Baginya dia perlu bertindak professional.

"Mummy, Stephanie mana? Tak turun lagi?"tanya Isya. Selalunya Stephanie awal pagi lagi dah turun.

"Sekejap Mummy suruh Mak Jah panggil. Risau pulak Mummy."jawab Datin Merry yang risau Stephanie masih tidak turun lagi.

Tiba-tiba terdengar Alex menjerit. Dengan segera mereka bergegas ke tempat Alex. Alex mencempung Stephanie kerana Stephanie kini sudah sakit mahu bersalin.

"Alex, cepat bawa Stephanie!"jerit Datin Merry. Keadaan menjadi cemas.

"Alvin, help Alex!"arah Isya.

Alvin segera pergi ke arah kereta vellfire. Beg Stephanie sudah siap dimasukkan ke dalam kereta. Datin Merry juga ikut sekali ke hospital.

"Mummy pergi dulu. Sekejap lagi Isya datang dengan yang lain. Anything just call Isya ya!"pesan Isya.

Datuk Michael juga bergegas turun dari biliknya apabila terdengar bunyi bising.

"Isya, Mummy ikut Alex ke?" Tanya Datuk Michael.

"Haah Daddy. So meeting how? Biar Isya handle ya. Nanti apa-apa Isya update Daddy. Daddy pergilah teman Alex dan Mummy dekat hospital."suruh Isya.

"Ishal macam mana? Alvin ikut Alex kan?"tanya Datuk Michael.

"Ishal, Isya bawa. Daddy jangan risau. Isya pergi sekali dengan Desmond."balas Isya lagi. Isya mahu Datuk Michael dan Datin Merry bersama Alex di hospital. Kalau dulu semasa di London, Datin Merry dan Datuk Michael tidak pernah meninggalkannya walau seminit pun semasa dia di dewan bersalin. Dia mahu Stephanie rasa perkara yang sama. Kasih sayang dari keluarga Datuk Michael.

Datuk Michael bersama Datin Merry dan Alex di hospital. Isya pula kini berada di Hotel Wellington sempena projek bersama Syarikat Tengku Razieff bersama Syarikat Datuk Michael.

Farhana awal pagi sudah berada di Hotel Wellington menunggu Tengku Irhan.

"Hai Irham. Jom breakfast!"ajak Farhana.

"Hai...sorry I dah sarapan."balas Tengku Irham dan tersenyum melihat Isya sedang menuju ke arah Lobi hotel.

"Assalamualaikum kak Fatiehah! Makin berseri Isya tengok kak Fatiehah ni."usik Isya.

"Waalaikumsalam Isya. Alah Isya pun sama. Wah bawa budak comel keje!"balas Kak Fatiehah yang melihat Tengku Adam Ishal bersama Desmond. Tengku Adam Ishal cuma senyum dan juga menghulur tangan untuk bersalam dengan Kak Fatiehah.

Tengku Irham tidak mempedulikan Farhana malah terus menuju ke arah Isya. Muka Farhana sudah masam dan monyok. Lantas segera menuju sama ke arah Tengku Irham dan Isya.

"Hai anak Papa! Salam Papa cepat!"tegur Tengku Irham kepada Tengku Adam Ishal. Tengku Adam Ishal pula menurut kata. Tangan dihulur dan bersalam bersama Papanya. Ciuman diberi kepada Tengku Adam Ishal oleh Tengku Irham.

"Sorry, Daddy dan Alex tak dapat join. Stephanie sekarang dekat hospital."beritahu Isya kepada Tengku Irham. Tengku Irham mengangguk dan belum sempat bercakap si Farhana pula menyampuk.

"Sayang, jomlah breakfast!"rengek Farhana. Tengku Adam Ishal ditolak dari Tengku Irham dan dengan pantas Tengku Adam Ishal berada dalam dukungan Desmond.

"It's okay Tengku Irham. Pergilah teman buah hati awak breakfast dulu. Masih ada masa lagi."balas Isya sambil memberikan senyuman. Dia malas menghiraukan kehadiran Farhana.

Farhana menarik lengan Tengku Irham tetapi ditolak oleh Tengku Irham.

"Farhana, behave! You kenapa datang sini? Setahu I kita tak ada appointment!"marah Tengku Irham tiba-tiba. Baginya Tengku Adam Ishal lebih penting daripada Farhana.

"You ni dah kenapa marah I tiba-tiba? Sejak Isya ada ni you berubah!"marah Farhana yang terjerit sikit dan menarik perhatian Isya.

"Tengku Irham, better you settel hal you dulu. I minta diri dulu. Lagipun I ada temujanji pagi ni. So nanti kita jumpa lagi. Lagipun meeting kita jam sebelas."suruh Isya yang malas mendengar pergaduhan Farhana dan Tengku Irham.

Tengku Adam Ishal kini berada bersama Isya. Tengku Rania pula dari jauh tersenyum melihat Isya dan Tengku Adam Ishal. Tidak jauh dari mereka Tengku Ikram datang.

"Papa! Papa!"jerit Tengku Adam Ishal. Tengku Irham terpancing. Farhana tersenyum melihat Tengku Ikram. Peluang bagi dirinya melaga-lagakan Isya dan Tengku Irham.

Tengku Adam Ishal berlari ke arah Tengku Ikram dan diperhatikan Desmond. Tengku Ikram tersenyum dan memeluk Tengku Adam Ishal. Ciuman diberikan kepada Tengku Adam Ishal. Tengku Rania hanya melihat kasih sayang antara Tengku Adam Ishal dan Tengku Ikram.

"Kak Isya, hensem Tengku Ikram tu! Akak tak terpikat ke?"bisik Tengku Rania.

"Rania minat tak dengan Tengku Ikram? Kalau minat akak nak bagi dekat Rania."balas Isya selamba.

"Hai Isya. Ni mesti Rania kan? Saya Tengku Ikram."Tengku Ikram memperkenalkan diri kepada Tengku Rania. Kini Isya bersama Tengku Ikram dan Tengku Rania manakala Tengku Adam Ishal bersama Desmond.

"Hai, Tengku Ikram! I Farhana. You ni mesti buah hati Isya kan!"sengaja Farhana menekankan perkataan buah hati kepada Tengku Ikram dan Tengku Ikram juga tahu niat Farhana yang jelas-jelas ingin membuatkan Isya dan Tengku Irham bergaduh.

"Maaf, saya kat sini nak jumpa Tengku Rania. Saya minta diri dulu ya!"Tengku Ikram mengajak Isya dan Tengku Rania ke cafe. Desmond pula sudah pergi bersama Tengku Adam Ishal. Mencebik sahaja Farhana. Tengku Irham pula meninggalkan Farhana bersendirian dan menuju ke bilik pejabatnya.

Farhana segera mengejar Tengku Irham.

"You, nak pergi mana tu! You ni dah berubah sejak Isya dan budak tu balik Malaysia!"marah Farhana.

"Farhana, you ni dah kenapa! Budak tu anak I! Yang you nak marah sangat kenapa? Lagipun You dengan I bukan ada apa-apa pun. You jangan nak masuk campur dengan hidup I. I bebas buat apa saja. Lagi satu jangan gunakan perkataan sayang dengan I. Kita cuma kawan saja dan juga client. Tak lebih dari tu. I harap you tak lupa tentang tu!"marah Tengku Irham lagi semasa dalam bilik pejabatnya.

Marah Farhana mendengar kata-kata Tengku Irham. Dia perlu memikirkan cara untuk membuatkan Tengku Irham berjauhan dengan Isya. Dia meninggalkan Tengku Irham dengan perasaan marah.

Tengku Ikram dan Tengku Rania sibuk bersembang bersama Isya di cafe. Farhana pula memerhatikan dari jauh.

"Siap kau Isya! Tak cukup lagi ke kau rasa apa yang jadi lepas! Kau memang nak minta lagi kan!"marah Farhana di dalam hati.

Isya menuju ke wash room dan kini tiba masanya dia menyerangan Isya. Segera Farhana menuju ke arah Isya.

Pintu washroom dikunci. Terkejut Isya dengan kehadiran Farhana.

"Terkejut! Jauhkan diri kau dari Irham! Aku tak peduli. Kalau kau berani dekat dengan dia, aku akan ganggu anak kau!"ugut Farhana.

"Well, kenapa? Kau takut? Dua tahun aku tinggalkan masih tak cukup ke? Kalau kau berani kau ganggulah anak aku! Ingat, kalau kau ganggu anak aku ibarat kau ganggu Tengku Irham. Fikir dulu sebelum kau bertindak! Kali ni aki takkan benarkan kau ganggu hidup aku lagi!"Isya menolak diri Farhana ke tepi. Terjatuh Farhana ke lantai.

"Farhana, kau jangan cari pasal dengan aku! Aku bukan lagi macam dulu!"marah Isya di dalam hati dan meninggalkan Farhana yang terjelepok di atas lantai washroom.

Marahnya Farhana kepada Isya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now