Badan Isya masih lagi panas. Tengku Irham menampal kool fever lagi di dahi Isya. Pagi-pagi lagi dia mencari bubur nasi sebagai sarapan Isya. Dia turun ke cafe hotel sendirian tidak ditemani Isya.
"Eh Irham. You buat apa dekat sini?
"Farhana. You pula buat apa dekat sini?"balas Tengku Irham. Dalam hati Tengku Irham sungguh ada geram dan amarah tetapi apabila teringat kata-kata Isya, dia perlu bersikap seperti biasa.
Farhana memberitahu Tengku Irham yang dia ada site visit di UUM. Dia mendapat projek di UUM. Design sebuah taman di UUM. Dia juga memberitahu Tengku Irham yang projek tersebut adalah kerjasama Syarikat Mewah Jaya berasama Bumi Holdings iaitu bersama Syarikat Tengku Raziff.
Tengku Irham memang ada mendengar berita projek tersebut cuma dia tidak mengambil peduli projek di bawah Bumi Holdings. Projek itu dikendalikan oleh Tengku Raziff dan mungkin juga Tengku Rania yang mengambil alih.
Semasa mereka rancak bersembang tiba-tiba Farhana terlihat kelibat seseorang. Tengku Irham melihat Farhana pelik. Farhana yang melihat lelaki tersebut tanpa berkelip.
"Rayyan!!!"panggil Farhana.
"Oh Farhana. You buat apa dekat sini?"balas Rayyan. Peristiwa dua belas tahun yang lepas masih segar dalam ingatan Rayyan. Namun dibiarkan sahaja. Apa yang pasti masing-masing sudah dewasa. Perlu bertindak profesional.
Inilah Rayyan yang diceritakan oleh Isya kepada Tengku Irham. Sungguh kacak. Orangnya tinggi. Lebih kurang 181cm. Putih dan chinese look. Sesuai dengan citarasa Isya. Kebetulan perut Isya lapar. Tengku Irham hampir lupa untuk membawa bubur untuk Isya gara-gara bersembang dengan Farhana.
Isya mengenakan baju blaus panjang dan seluar jeans sahaja. Bertudung simple. Dia turun ke cafe kerana perutnya sudah menyanyi. Dia masih demam tetapi perlu gagahkan diri turun. Baginya dia tidak perlu memanjakan dirinya walaupun dia masih demam. Dia perlu bergerak aktif. Makin dilayan demamnya makin rasa sakit.
"Isya kan!!"tegur Rayyan tiba-tiba yang melihat kelibat Isya. Isya cuma mengangguk. Malas untuk bercakap.
"Eh sayang. Kenapa turun. Abang baru je nak naik atas bawakan sayang makanan."tegur Tengku Irham. Dia kalau boleh tidak mahu Isya bertemu dengan Rayyan. Dia cemburu.
Farhana menggunakan peluang yang ada. Rancangan jahatnya akan bermula. Senyun jahat Farhana mula terbit. Lagi-lagi melihat perubahan Tengku Irham. Memang tidak rugi dia mengambil projek ini walaupun dia tahu bukan Tengku Irham yang mengendalikannya. Dia pasti akan membuat Tengku Irham mengambil alih projek tersebut. Rayyan yang berada di sini juga merupakan satu kesempatan buat Farhana. Tidak perlu dia berfikir siapakah yang perlu digunakan. Kalau dulu Alex menjadi mangsa bersama Isya dan kini Rayyan akan digunakan oleh Farhana. Dia perlu pandai memanipulasi keadaan.
"Awak nampak pucat je Isya."tegur Rayyan lagi.
"Rayyan kenalkan ini Tengku Irham. Suami saya."Isya dapat mencium bau-bau cemburu dari Tengku Irham. Dia perlu menjaga maruah Tengku Irham. Walaupun dia masih marah terhadap Tengku Irham, itu juga bukan menjadi sebab untuk dia tidak mempedulikan Tengku Irham. Orang luar tidak perlu tahu hal mengenai rumah tangganya. Dia juga kelihatan sangat manja dan mesra di samping Tengku Irham. Sungguh seperti pasangan pengantin yang masih di dalam mood honeymoon.
Rayyan berasa cemburu dan kecewa. Jika dulu dia melayan Isya dengan baik mungkin sahaja dia yang menggantikan tempat Tengku Irham sekarang ini.
Rayyan ada memberitahu Isya yang dia pensyarah di UUM. Isya juga memberitahu Rayyan yang dia menyambung pelajarannya di peringkat Master. Dia mengambil MBA. Rayyan bukan sahaja seorang pensyarah malah Rayyan juga merupakan seorang doktor.
"Isya, awak dah ambil ubat ke? Dah pergi hospital?"Rayyan perihatin melihat keadaan Isya. Terlupa dia yang Isya sudah berkahwin.
"Sudah. Tadi malam abang bawa Isya. Okaylah Rayyan, Isya nak pergi makan dulu. Jom abang kita pergi sana."Isya menjawab soalan Rayyan dan menarik tangan Tengku Irham menuju ke meja lain. Dia tidak mahu berlama-lama. Risau cemburu Tengku Irham semakin meluap-luap.
Rayyan melihat pergaulan mesra Isya bersama Tengku Irham. Sungguh dia cemburu. Namun dia tiada niat untuk meruntuhkan rumah tangga Isya. Dia juga kini sudah mempunyai tunang. Tunang Dr Rayyan iaitu Dr Diana juga merupakan seorang doktor di klinik UUM. Disebabkan Diana juga dia berpindah ke UUM.
Tengku Irham melayan Isya dengan mesra. Kelihatan seperti kes malam tadi tidak wujud. Dia cemburu dengan Rayyan dan dalam masa yang sama dia juga bersyukur melihat layanan Isya. Sanggup Isya melayan dia dan merendahkan egonya semata-mata ingin menjaga hubungannya bersama Tengku Irham. Satu kelebihan buat Isya dan menyebabkan Tengku Irham bertambah sayang.
"Sayang, thanks sebab layan abang. Abang minta maaf sebab malam tadi. Sepatutnya tadi abang bawa bubur cepat ke atas. Maaf ya. Tadi abang terserempak dengan Farhana. Lupa nak bawa bubur ke atas."
"Abang tau kan Farhana tu macam mana. Isya dah ceritakan semuanya dan Isya harap abang faham. Isya tak marah abang nak bergaul dengan sesiapa cuma Isya harap abang pandai jaga batas pergaulan abang. Isya juga tau abang cemburu dengan Rayyan. Satu je abang kena ingat. Perempuan tak boleh kahwin empat. So abang janganlah risau. Isya pun tak ada niat nak kahwin lagi. Suami Isya cuma abang seorang je dan Isya juga tak berniat nak bermadu. Jangan sesekali bagi Isya madu. Ingat tu. Kalau abang nak tambah cawangang, abang lepaskan Isya."Isya cuba memberi amaran kepada Tengku Irham. Sungguh dia tidak mahu Tengku Irham jatuh ke dalam permainan Farhana.
"Sayang kalau nak jumpa Rayyan, make sure inform abang tau tapi kalau boleh jangan jumpa Rayyan. Abang tak suka." Sungguh Tengku Irham tidak mahu Isya bertemu Rayyan. Rasa kesal juga dia tidak menghalang Isya untuk menyambung pelajaran di UUM. Jika dulu dia memujuk Isya, mungkin sahaja mereka kini tidak di Kedah.
Teringat Tengku Irham pesanan Tengku Rania.
"Abang, abang kena percayakan Kak Isya. Bukan senang nak ambil hati Kak Isya. Walaupun Kak Isya nampak lembut dan sopan namun itu tak bermakna Kak Isya mudah menerima orang lain dalam hidupnya. Abang ni bertuah tau. Berjaya juga jadi suami Kak Isya. Dulu ramai yang nak mengorat Kak Isya tu tapi semua tak bernasib baik. Cuma ada seorang sahaja yang berjaya tapi sayang sebab dia tak menghargai Kak Isya. Kak Isya beri kebebasan berkawan tetapi lain pula yang jadinya. Rania harap abang bukan macam tu. Jangan pandang perempuan lain. Percaya kepada Kak Isya. Jangan sampai satu hari nanti abang kehilangan Kak Isya. Ingat tu!!"pesan Tengku Rania kepada Tengku Irham.
"Abang, jomlah naik atas!! Atau abang masih nak bersembang dengan Farhana. Kalau macam tu Isya naik atas dulu. Isya nak makan ubat."
Tengku Irham yang termenung teringat pesanan Tengku Rania tersedar apabila Isya mengajak dia naik ke bilik. Kelihatan Isya berura-ura untuk pergi ke bilik dan dengan pantas Tengku Irham memaut tangan Isya. Tidak dibiarkan Isya sendirian.
Farhana hanya melihat dari jauh perbuatan Tengku Irham. Sungguh panas hatinya melihat adegan mesra Tengku Irham bersama Isya.
"Kenapalah bertuah sangat hidup kau Isya. Aku tak tahulah kenapa semua lelaki yang aku minat semuanya ada hati dengan kau. Rayyan, aku akan buatkan kau gila balik dengan Isya. Kalau tak aku bukan Farhana!!!"jerit Farhana dalam hati. Geram melihat kemesraan Isya.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...