Tengku Rania kini sudah selamat melahirkan baby lelaki. Tengku Ikram tidak terlalu cemas mengendalikan Tengku Rania semalam. Semuanya dia patut ucapkan terima kasih kepada Isya. Kerana Isya dia kini lebih mudah mengendalikan isterinya.
Isya dan anak-anaknya pula hanya menunggu sahaja di rumah. Tengku Irham dan Tengku Razief membawa Tengku Rania ke hospital. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
"Bro, you janganlah cemburu sangat dengan I. I ni dah jadi adik ipar you pun. Takkanlah I nak duakan Rania. I pun sayang sangat dengan Rania. Semalam pun I bukan bersembang berdua-duaan dengan Isya."Tengku Ikram memulakan topik perbualannya semasa menunggu Tengku Rania di hospital. Ketika itu isterinya sudah lena tidur.
Tengku Irham juga rasa bersalah. Memang tidak patut dia menyerahkan segala tanggungjawab menjaga anak-anak kepada Isya. Syarikatnya juga bertambah maju semenjak kehadiran Isya dan kini hidupnya sudah semakin teratur. Kes Farhana juga sudah selesai. Jadi sepatutnya masa tersebut digunakan sepenuhnya untuk melayan Isya dan membahagiakan hidup Isya.
Tengku Ikram tinggal di hospital untuk menjaga isterinya manakala Tengku Irham pulang ke rumah Tengku Razief.
Tengku Zakiah dan juga Tengku Suraya sibuk menyiapkan diri mereka untuk keluar melawat Tengku Rania.
"Isya, nak ikut tak pergi melawat Rania?"tanya Tengku Suraya.
"Tak apalah Mama, Isya tak pergi kot. Mama dengan Opah pergilah dulu. Isya nanti tunggu Desmond datang. Tadi Desmond dan Alvin pergi ambil Ishal daripada rumah Daddy. Daddy rindu dengan Ishal."beritahu Isya.
Datuk Michael menelefon Isya awal pagi lagi meminta Tengku Adam Ishal datang ke rumahnya. Sudah beberapa hari dia tidak berjumpa cucunya itu. Semenjak kecil lagi dia jarang berjauhan dengan cucunya yang seorang itu. Ada sahaja alasan yang dicipta untuk bertemu dengan cucunya itu. Bukan Isya tidak faham akan perangai Datuk Michael. Dia sudah masak dengan perangai ahli keluarganya.
"Sayang!"pangggil Tengku Irham.
Rumah senyap sahaja. Kereta juga tidak nampak. Sudah pasti ahli keluarganya keluar melawat Tengku Rania. Dibuka pintu biliknya dan dilihat si kembar lena di dalam baby court. Jadi sudah tentu Isya masih berada di dalam rumah. Mana mungkin si kembar ditinggalkan berdua-duaan tanpa jagaan.
Tengku Irham memanggil isterinya namun tiada jawapan daripada Isya. Kini dia semakin cemas. Seluruh rumah telah di cari namun tiada tanda-tanda isterinya akan muncul.
"Sayang, jangan main-main okay! Tak lawak pun. Cepatlah keluar sayang!"jerit Tengku Irham. Jerit pun tak boleh kuat-kuat sebab si kembar sedang lena tidur. Risau nanti si kembar pula bangun. Isteri tak jumpa nanti si kembar pula meragam. Sudahnya nanti Tengku Irham sendiri akan menangis.
Tengku Irham di ruang tamu. Mencari di sekitar sofa sambil memanggil nama isterinya.
"Happy anniversary abang!"bisik Isya perlahan sambil tangannya memeluk Tengku Irham dari belakang.
Terkejut Tengku Irham. Mata sudah berkaca dan memeluk erat isterinya.
"Eh, eh, abang...janganlah menangis..sorry. Isya bukan nak abang menangis. Tapi nak buat surprise. Abang balik awal sangat. Jadi Isya tak sempat nak buat persiapan. Tu yang lambat sikit muncul."Isya cuba menenangkan suaminya.
"Sayang ni...lain kali jangan buat macam ni. Abang ingat sayang dah tinggalkan abang. Abang nak minta maaf sebab sejak kebelakangan ni abang terlalu sibuk dengan kerja. Abang dah abaikan sayang dan anak-anak."Tengku Irham menangis perlahan sambil meminta maaf kepada isterinya. Dia sendiri lupa akan ulang tahun perkahwinannya.
"Sudahlah abang. Jom kita makan. Sayang ada masak special untuk abang sempena ulang tahun perkahwinan kita. Sorry sayang tak sempat nak buat dessert tapi sayang ada sempat buat kek coklat. Tapi tak sempat letak ganache. Abang balik cepat sangat."terang Isya sambil menarik tangan Tengku Irham ke meja makan.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...