"Hello sayang, you dekat mana? Dah lama I tak jumpa you. You dah tak sayang dekat I ke? Cakap dengan I perempuan mana yang dah buat you tak ingat dengan I ni?"rengek Lisa di telefon.
"Maaflah Lisa. I busy sangat. Lagipun I baru je baik dari demam. Tu yang I senyap. Bukan tak ingat you."terang Tengku Irham.
Sebenarnya memang Tengku Irham ingin menjauhkan dirinya dari Lisa. Semenjak kemunculan Isya, kehadiran Lisa memang tidak bermakna bagi Tengku Irham. Bukan sebab dia tidak menghargai atau berniat mainkan perasaan Lisa tapi sebenarnya dia tahu sepanjang satu tahun hubungan dia dengan Lisa, Lisa hanya menganggap dia sebagai lubuk emas untuk Lisa. Pantang sahaja diajak keluar sudah pasti aktiviti shopping Lisa akan bermula. Lisa seorang mata duitan. Pada mulanya Lisa tidaklah sebegitu tetapi sejak masuk dunia peragaan, Lisa sudah mula lupa diri. Pakaian dan adab sopan juga Lisa sudah lupa.
Lisa dan Isya memang sangat berbeza. Mungkin juga sebab perbezaan cara hidup.
"You, dah lama I tak shopping. Jomlah teman I shopping you."ajak Lisa. Tujuan Lisa memang nak mengikis duit Tengku Irham.
"This week I memang sibuk la you. I bagi you duit belanja jelah ye. I memang tak dapat teman you dalam minggu ni. Sekejap lagi bank in duit dekat you ya."beritahu Tengku Irham lagi.
Tanpa berlengah Tengku Irham mematikan panggilan dengan alasan ada meeting dengan Tengku Razif. Dia sudah malas ingin bercakap dengan Lisa. Apa yang pasti sekarang dia sudah dapat lihat perangai Lisa yang tidak kisah akan dirinya. Apa yang penting bagi Lisa adalah duit.
"Senangnya I dapat duit. Bolehlah I ajak Brian keluar dengan I. Lagipun I bukan cintakan Tengku Irham tu. Dah alang-alang ada orang sayang I lebih baik I gunakan sebaiknya."omel Lisa seorang diri.
Dua hari demam dan dua hari juga Tengku Irham cuti sakit. 1 hari dapat bermanja dengan Isya. Memang cukup membahagiakan dirinya. Nasib baik adiknya bijak. Cuma dia masih tidak tahu siapakah pesaing dia. Lelaki yang mengambil Isya tempoh hari. Lupa pula mahu bertanya dengan Rania. Apa pun masih ada masa lagi. Hari sabtu ni Isya akan datang ke rumahnya lagi untuk menyambut hari kelahiran opahnya. Irma juga ada. Dia juga sudah menyediakan rancangan supaya Isya mengaku perempuan yang dijumpai empat tahun lepas adalah Isya.
"Isya, tak sabar aku nak tunggu hari sabtu ni. Rancangan ni tak akan dapat dielak lagi. Aku akan pastikan kau mengaku juga!!!"jerit Tengku Irham di dalam hati.
Sepanjang hari ini dia bekerja asyik terbayang moment indah dia dengan Isya.
"Tengku, makan ubat ni cepat. Saya ada banyak kerja dekat luar ni."paksa Isya pada Tengku Irham yang buat tak dengar je apa yang Isya perkatakan.
"Isya, tutuplah pintu tu dulu. Yang buka luas-luas tu kenapa? Malulah nanti orang dengar!!!"rengek Tengku Irham.
"Tengku ni dah kenapa. Saya suruh makan ubat tapi pintu tu pula yang dikisahhkan. Ni nak makan ubat ke tak nak ni?"marah Isya lagi yang rimas dengan perangai budak-budak Tengku ni.
"Tutup pintu dulu. Baru saya makan ubat!!! Panggil saya abang Irham please"rengek Tengku Irham lagi sambil mengerdipkan matanya seperti kucing.
Isya yang mula malas melayan Tengku Irham berura-ura mahu meninggalkan Tengku Irham.
"Isya, nak pergi mana pula tu. Nantilah. Saya tak makan ubat lagi ni. Tolonglah suapkan ubat ni. Kalau tak saya tak nak makan ubat ni. Saya buang je."ugut Tengku Irham.
"Suka hati Tengku lah. Nak sihat makanlah ubat tapi kalau rasa-rasa kuat tak payahlah makan ubat tu. Buang je. Kalau tak kerja pun tak apa. Tak jejas pun kan. Awakkan boss tak ada siapa nak marah. Saya keluar dululah. Dulang saya angkat bawa luar dulu. Ubat dan air ni saya tinggal je dekat sini. Kalau rasa nak cepat masuk office Tengku makanlah ubat tapi kalau rasa nak rest lama, buang je ubat tu. Kalau nak minta saya buangkan pun boleh."tanpa menunggu balasan dari Tengku Irham Isya terus berlalu.
Pandai betul Isya memaksa. Disebabkan kata-kata Isya tulah yang menyebabkan Tengku Irham makan ubat. Kalau tidak jangan haraplah Tengku Irham nak makan ubat. Kalau biasa dia liat nak makan ubat tapi kali ini tidak. Jika dia cuti lama dia yang rugi. Tak dapat tengok wajah kesayangannya. 1 hari tak tengok muka Isya pun boleh meroyan inikan pula nak cuti lama-lama.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...