Chapter 88

3.6K 119 4
                                    

Sudah tiga minggu Isya berada di rumah Datuk Michael. Ada juga dia terfikir mahu pergi ke rumah mertuanya dan berpantang di sana tetapi dia masih belum bersedia lagi. Entah kenapa hatinya masih ada sedikit trauma. Bukan dia rasa kebebesannya disekat oleh keluarga mertuanya tetapi buat masa ini cara Mummy dan Daddynya masih menjadi pilihannya. Bukan Datin Mery tidak pernah menyuruh Isya berpantang di rumah Tengku Razief tetapi ada sahaja alasan yang keluar daripada mulut Isya.

Tengku Irham pula tidak  pernah memaksa Isya untuk berpantang di rumah keluarganya. Dia tidak mahu Isya berada di dalam kesedihan. Diari Isya sentiasa mengingatkan Tengku Irham akan kesedihan Isya semasa Isya mengandungkan anak kembarnya.

Tengku Zakiah selalu juga bermalam di rumah Datuk Michael memandangkan Isya berada di sana bersama cicit kembarnya. Baginya jika Isya tidak mahu berada di rumah Tengku Razief, dia pula yang akan datang mencari cucu menantunya itu. Dia faham akan emosi Isya. Ketika inilah dia kena jaga emosi Isya. Itu lebih penting.

Kadang-kala hati Isya tersentuh dengan layanan Tengku Zakiah melayannya semasa di rumah Datuk Michael. Banyak juga info yang Isya dapat daripada Tengku Zakiah.

"Isya tak nak balik rumah mertua Isya?"tanya Datin Mery.

"Nantilah dulu Mummy. Biar Isya fikir dulu."Isya memberi senyuman kepada Datin Mery.

Tengku Adam Ishal sejak mendapat adik kini gelarannya juga sudah bertukar kepada abang long. Dia juga menjadi abang yang boleh diharap. Sentiasa menjaga adik-adiknya. Dia juga patuh kepada uminya.

"Umi, boleh tak abang nak dukung Iman dan Izzara?"tanya Tengku Adam Ishal kepada Isya tatkala Isya memberi susu badan kepada Tengku Adam Iman dan Tengku Aliya Izzara.

Isya memberi Tengku Adam Iman kepada Tengku Adam Ishal. Diletakkan di riba anaknya itu sebagai memenuhi kehendak anak kesayangannya itu sementara dia menyusukan Tengku Aliya Izzara. Mujur sahaja anak kembarnya itu juga tidak banyak karenah.

Kecil-kecil anak Isya itu sudah bijak memilih orang yang menjaganya. Apabila orang lain yang menjaga mereka, ada sahaja bunyi dan ragamnya tetapi berbeza apabila si kembar berada bersama Uminya. Tidak pernah meragam kecuali sakit. Tidur juga lena.

Isya menerima pesanan whatsapp daripada Farhana. Sudah agak lama Farhana tidak datang menjenguknya. Selepas dia sedar daripada koma, dua kali sahaja dia bertemu dengan Farhana. Farhana sibuk menolong Daniel menyiapkan projek di London. Begitu juga dengan Tengku Irham. Itulah projek yang berjaya dibida oleh Farhana dan Isya semasa mereka dalam tempoh larangan masuk ke pejabat.

"Hana, sejak bila masuk pejabat? Daniel tak marah?"tanya Isya kepada Farhana ketika bertandang di rumah Datuk Michael.

"Sejak projek kita berjaya dalam tender. Banyak info yang mereka tak tahu. So nak tak nak Daniel kena benarkan I masuk pejabat. Tapi now I dah dalam tempoh larangan. Nak pergi sini pun dah ada driver. Dah susah nak keluar. Daniel risau takut Hana deliver awal. So kenalah patuhkan."jawab Farhana sambil bermain dengan Tengku Aliya Izzara. Mata Tengku Aliya Izzara sepet dan tidak ubah seperti anak cina. Kulit juga putih kemerah-merahan. Nampaknya anak-anak Isya lebih mengikut keluarganya.

Lama juga mereka bersembang. Pelbagai cerita yang keluar. Isya juga berkongsi info semasa pantang kepada Farhana. Maklum sahaja tinggal beberapa bulan sahaja lagi Farhana pula yang akan bergelar ibu.

"Hana, ingat tak dekat Bella? Bella dekat mana sekarang? Dah lama Isya tak dengar berita pasal Bella. Last sekali Isya dengar berita dia yang dia selalu keluar masuk kelab malam. Itu pun sebelum Hana ambil keputusan nak kahwin."tanya Isya kepada Farhana. Soalan itu sudah lama mahu ditanya kepada Farhana memandangkan sebelum ini Farhana selalu terlibat dengan aktiviti bersama Nabila atau lebih gemar dipanggil Bella.

Farhana pula sudah lupa untuk menceritakan kepada Isya memandangkan sebelum ini dia sibuk dengan persiapan kahwinnya dan selepas itu sibuk dengan hal projek kerjasamanya bersama Isya. Isya pula koma. Jadi agak panjang masa yang diambil oleh Farhana.

Satu kejutan kepada Isya tentang Nabila. Sungguh dia tidak menyangka yang Farhana sanggup melakukan perkara sebegitu. Mungkin itu lebih baik daripada Nabila berulang alik melayan pelbagai jenis jantan di kelab malam.

Mesti tertanya-tanyakan apa sebenarnya yang berlaku kepada Nabila atau Bella. Sebenarnya Farhana terlalu geram dengan Nabila. Sudah lama dia perhatikan perangai dan sikap Bella. Dia cuba memberi kesedaran kepada Bella namun semua itu sia-sia sahaja.  Ibarat seperti mencurah air di daun keladi. Apabila Farhana sudah membuat keputusan untuk berubah dia juga mahu Nabila juga berubah namun semua itu sia-sia.

Farhana memanggil orang pejabat agama ketika Bella berada di rumah Adam. Rumah Adam diserbu. Mereka berdua tidak dapat melarikan diri lagi. Badan Bella yang hanya berselimut sahaja ketika menjenguk dan itu mengukuhkan lagi yang mereka memang layak ditangkap khalwat oleh orang pejabat agama. Tidak dapat disangkal lagi.

Bella dinikahkan bersama Adam ketika itu juga. Memang dia tidak menyangka yang dia akan berkahwin dengan Adam dengan cara begitu. Bukan niat Farhana nak memalukan Bella tapi dia sudah tiada cara lagi. Mungkin itu yang terbaik buat Bella.

"So Bella dekat mana sekarang ni?"tanya Isya lagi.

Farhana hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia sudah malas mahu mengambil tahu mengenai Nabila atau Bella. Isya juga faham tentang itu. Biarlah apa yang penting sekarang ini mereka sudah bahagia.

Ketika sibuk Isya dan Farhana berbual, Tengku Adam Ishal tidak pernah sekalipun mengabaikan adik-adiknya. Isya juga tahu anaknya itu semakin pandai memikul tanggungjawab sebagai seorang abang sulung. Dari jauh dia melihat anaknya itu.

"Isya, tengok Ishal tu! Pandainya dia jaga adik-adik. Happy je tengok dia. Kalau dapat anak macam Ishal ni, dapat babt setahun sekali pun tak apa."puji Farhana yang melihat Ishal menjaga adik-adiknya. Tengku Adam Iman di dalam baby court tidur manakala Tengku Aliya Izzara pula ditepuk manja supaya adiknya itu tidur.

"Larat ke Hana nak anak setahun satu? Isya tak larat. Cukuplah apa yang ada ni."Isya gelak.

Farhana juga ketawa. Benar juga kata Isya. Farhana juga boleh surrender kalau setahun satu. Nasib juga Daniel tidak ada, kalau ada pasti tersenyum lebar mendengar kata-kata Farhana.

Selepas Farhana pulang, Isya mengemas biliknya di bawah. Semasa Isya dalam pantang, Datin Mery meletakkan Isya di bilik tetamu di tingkat bawah. Tujuannya adalah untuk menyenangkan pergerakan Isya. Lagi-lagi anak Isya kembar. Tidak perlulah untuk Isya berjalan jauh.

Isya ternampak buku diarinya. Dia menyelak satu persatu tulisannya. Dia tidak patut membiarkan orang lain membaca diarinya. Dia juga serba salah dengan luahan hatinya namun itu cuma luahan perasaannya. Disebabkan buku diari ini Tengku Irham bersedih. Dia tidak mahu suaminya bersedih lagi hanya disebabkan buku diarinya.

Tangan Isya laju sahaja mahu mengoyak helaian buku diarinya yang menyebabkan suami dan juga keluarga mertuanya sedih dan serba salah.

"Sayang buat apa tu?"tangan Tengku Irham laju sahaja merampas diari Isya.

"Nak buanglah abang. Bagi saya balik diari tu!"pinta Isya namun tetap juga dipegang kemas oleh Tengku Irham.

"Abang tak benarkan. Kalau sayang tak nak, bagi abang simpan. Abang akan simpan sampai bila-bila."balas Tengku Irham.

"Abang, tu hanya buku je. Bagi Isya balik. Disebabkan buku ni Isya dah buat abang dan keluarga abang sedih. Isya tak nak mereka sedih. Lupakan semua ni boleh tak?"luah Isya.

Namun Tengku Irham tetap juga berdegil. Baginya dengan adanya buku diari Isya, dia akan sentiasa ingat akan pengorbanan Isya. Dia tidak mahu lalai dalam menjaga perasaan isterinya.

Akhirnya Isya mengalah. Buku diari Isya kini sudah menjadi hak milik suaminya. Tengku Irham sudah menyimpan kemas dalam laci mejanya. Isya pula hanya membiarkan sahaja. Jika itu yang membahagiakan suaminya maka dia tidak akan menghalang lagi.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now