Cuti yang bermakna bagi Isya. Telefonnya dimatikan semasa percutiaannya. Keluarganya akan menghubunginya melalui Alvin. Tengku Irham juga gagal menghubungi Isya. Alex telah memaklumkan kepada Tengku Irham supaya memberi masa kepada Isya. Beri masa untuk Isya berfikir dan bertenang. Alex mengharapkan ada perubahan yang lebih baik kepada Isya apabila pulang dari percutiannya.
Setelah tiga hari Isya bercuti di Cameron Highlands diiring Alvin, Isya kini lebih tenang. Tengku Adam Ishal mengejar Isya ketika Isya menjejakkan kaki ke rumah Datuk Michael.
"Umi! Umi! Ishal rindu Umi!"Tengku Adam Ishal menjerit keriangan. Rindunya kepada Uminya, Isya selama tiga hari tidak nampak wajahnya.
"Rindu ke dengan Umi? Pergilah dekat Baby Naila."sengaja Isya mengusik anaknya.
"Tak nak. Ishal nak Umi! Tak nak baby Naila."cepat Tengku Adam Ishal memeluk kaki Isya. Sengaja Isya tak pedulikan anaknya. Mengusik emosi anaknya.
"Umi, tak nak. Ishal nak Umi. Umi janganlah tinggal Ishal. Ishal nak ikut Umi!"kali ni Tengku Adam Ishal menangis. Takut uminya akan meninggalkannya lagi.
Isya kasihan melihat Tengku Adam Ishal. Cepat sahaja dia membalas pelukan Tengku Adam Ishal. Kali ni Isya mendukung Tengku Adam Ishal. Gembira anaknya dalam dukungan Isya. Peluk erat seperti tidak mahu melepaskan Uminya.
"Mummy, Daddy! Isya dah balik."tegur Isya ketika melihat Datuk Michael dan Datin Merry turun dari tangga menuju ke ruang tamu. Isya segera bersalaman dengan Datuk Michael dan Datin Merry.
"Macam-mana sekarang ni? Dah okay? Daddy harap lepas ni Isya lebih berani dan lebih tenang. Isya happy dan Daddy pun happy. Apa-apa pun Daddy dan Mummy sentiasa ada untuk Isya."Datuk Michael memberikan kata-kata sokongan kepada Isya. Isya dan Alex sungguh bermakna dalam hidupnya. Tanpa mereka berdua, keluarga Datuk Michael tidak lengkap.
"Terima kasih Mummy dan Daddy. Isya sekarang lebih tenang. Betul apa yang Alex cakap. Isya tak nak jadi macam sebelum ni. Isya patut jadi berani. Isya ada Daddy dan Mummy. Isya juga ada Desmond dan Alvin yang sentiasa bantu Isya dalam melindungi orang-orang yang Isya sayang. Hidup cuma sekali. Isya akan nikmati hidup Isya dengan lebih bermakna. Alex pun tak pernah lupa Isya. Sentiasa ada untuk Isya."Isya meluahkan perasaannya.
Datin Merry tersenyum mendengar luahan hati Isya. Kini dia juga lebih tenang mendengar luahan hati Isya. Dia memeluk Isya sebagai sokongan kepada Isya.
"Hai Sis. Morning! Masuk office tak hari?"usik Alex.
"Hai Bro! Hari ni Isya masuk office tapi lewat sikitlah. Isya nak bawak Ishal pergi pejabat Irham pagi ni. Petang sikit Isya masuk ya."balas Isya. Tiga hari dia tidak mendengar khabar berita dari Tengku Irham dan berpuluh-puluh pesanan yang masuk di peti simpanan telefon Isya.
Alex yang mendengar hanya tersenyum dan kini dia tahulah yang Isya sudah mendapat keberanian selepas balik dari percutiaannya. Tengku Adam Ishal pula tidak lepas dari memeluk Isya. Risau jika Isya meninggalkannya lagi. Ini kali pertama Isya meninggalkan Tengku Adam Ishal tanpa sebarang pesanan kepada anaknya. Sengaja Isya membuat demikian demi untuk melihat perubahan emosi anaknya itu.
"Sayang umi ni tak nak turun ke? Umi nak masuk bilik dulu. Pergi dekat nenek Jah sana. Ada strawberry. Makan celup coklat. Sedap!"pancing Isya.
"Tak nak. Nanti Umi tinggal Ishal lagi."balas Tengku Adam Ishal.
"Taklah. Umi tak tinggal Ishal. Umi nak masuk bilik kejap. Nak tidur kejap. Lepas tu nanti kita pergi tengok Papa ya."balas Isya.
"Janji ya jangan tinggal Ishal lagi!"Tengku Adam Ishal mahukan kepastian dari Isya.
"Ya. Umi janji. Kalau Ishal tak nak makan strawberry, jomlah tidur dengan Umi."ajak Isya.
Tengku Adam Ishal turun dari ribaan Isya dan kini menarik tangan Isya menuju ke bilik Isya. Tahulah Isya yang anaknya merinduinya. Strawberry coklat tidak dihiraukan. Baby Naila juga tidak diendahkan.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...