Tengku Irham bertemu dengan Johan.
"Johan, macam mana? Ada apa-apa update tak?"tanya Tengku Irham.
"Kau nak tahu yang mana satu dulu? Isya atau Lisa?" - Johan
Selepas Tengku Rania memberitahu mengenai Lisa, Tengku Irham mengarahkan Johan untuk mengintip gerak geri Lisa. Ini satu kesempatan kepada Tengku Irham untuk memutuskan hubungannya dengan Lisa. Bukan dia mahu membuang Lisa begitu sahaja tapi disebabkan sikap Lisa yang curang. Dia perlu mengumpul bukti.
Teringat Tengku Irham kepada kata-kata Tengku Rania tempoh hari.
"Abang, nak tanyalah. Antara Kak Isya dengak Kak Lisa, mana satu yang abang akan pilih? Setahu adik abang sayang Kak Lisa kan?"siasat Tengku Rania mengenai perasaan hati Tengku Irham.
"Dah tentulah abang pilih Kak Isya. Empat tahun tau abang cari dia. Ingatkan abang pernah cerita pasal gadis dalam flight hari tu. Bukan main susah abang cari. Tup tup ada kt hotel kita je. Itu kira rezeki abanglah. Kak Lisa tu abang tengok sejak akhir-akhir ni menggedik lebih. Baju pun dah serupa sarung nangka. Bila marah lebih kata abang ni nak control dia lah. Lepastu cakap abang ni tak tahu fesyen. Nasib baiklah adik abang ni tak pakai fesyen sarung nangka..hahhahahaa."usik Tengku Irham kepada Tengku Rania.
Tengku Rania meminta Tengku Irham untuk menyiasat Lisa. Tengku Rania tidak memberitahu di mana dia mendapat informasi mengenai Lisa tapi yang pasti Tengku Rania juga pernah terserempak dengan Lisa semasa keluar bersama seorang lelaki tua di Shopping Mall. Tengku Rania juga menghantar gambar Lisa yang diberikan oleh Isya kepada Tengku Irham melalui aplikasi whatssapp.
"Johan, aku nak tahu tentang Lisa dulu. Minah ni dah banyak habiskan duit aku."kata Tengku Irham.
Johan menyerahkan sekeping sampul surat bersaiz A4 kepada Tengku Irham. Dibuka sampul surat itu dihadapan Johan. Berkeping-keping gambar Lisa berfoya-foya dengan pelbagai orang. Sungguh keji betul Lisa ni. Bukan setakat berfoya di kelab malam malahan ada yang sampai di bilik hotel layanan yang Lisa berikan.
"Kurang ajar punya Lisa. Aku bagi dia duit dan apa saja yang dia nak. Tapi dia boleh buat macam ni. Murah betul perempuan ni!!! Tengku Irham mengeluarkan amarahnya kepada Lisa.
"Johan, aku nak kita perangkap Lisa. Kau cari masa info lagu mengenai skandal Lisa dan plan Lisa. Kau pasang mata-mata kau. Aku nak kau buat Lisa kena tangkap basah dengan salah seorang skandal dia. Aku tak nak gunakan kekerasan tapi kita gunakan kebijaksanaan kita."arah Tengku Irham lagi.
Kini Tengku Irham ada rancangan untuk Lisa manakala Isya dia perlu berusaha lebih sedikit. Aktiviti Isya tiada yang luar biasa. Semuanya sama sahaja. Isya jenis yang tidak suka keluar rumah sangat. Tengku Irham juga telah mengetahui banyak informasi tentang diri Isya dari ahli keluarganya. Tengku Rania banyak membantu Tengku Irham. Sikap Isya kepada Tengku Irham juga sudah berubah sedikit demi sedikit. Jadi apa yang boleh dia lakukan adalah cuma berusaha lebih lagi untuk mendekati Isya.
..........................................................................
Tinggal dua bulan lagi sebelum majlis perkahwinan Irma dengan Haikal berlangsung. Irma dan Haikal hari ini ada temujanji dengan butik pakaian pengantin di Cheras. Tempat berlangsungnya perkahwinan Irma dan Haikal ditaja sepenuhnya oleh Tengku Razif dan akan berlangsung di Hotel Wellington. Isya dan Irma berkeras tidak mahu menerima tapi disebabkan paksaan dari Tengku Razif maka mereka akur. Tengku Suraya juga banyak membantu Isya dan Irma.
Hari minggu saja mesti Tengku Suraya dan Tengku Rania akan bertandang ke rumah Isya kerana ingin membantu apa yang perlu. Irma pula ingin membuat sendiri cenderahati yang akan diberikan kepada tetamu. Bagi dia itu merupakan satu kepuasan. Kesempatan itu juga diambil oleh Tengku Irham.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...