Keluarga Datuk Michael bersatu bersama Keluarga Tengku Razif dalam menjayakan perkahwinan Irma memandangkan Irma dan Isya sudah ketiadaan ibu bapa. Keluarga Datuk Michael satu-satunya ahli keluarga yang tinggal buat Isya dan Irma. Walaupun berlainan agama tetapi masih mempunyai pertalian keluarga. Isya dan Irma tetap bersyukur. Inilah dugaan hidup yang perlu mereka terima. Walaupun mereka tiada ibu bapa tetapi mereka masih memiliki Pak cik yang menganggap mereka seperti anak dan menganugerahkan sebuah keluarga yang bahagia.
Dari jauh Isya melihat Irma dan Haikal di atas pelamin. Sungguh cantik dan berseri. Tengku Rania menjadi pengapit sebelah perempuan manakala Wilson menjadi pengapit sebelah Haikal. Beriya-iya betul Wilson mahu menjadi pengapit pengantin. Teringat Isya minggu lepas beriya-iya Wilson merayu dengan Haikal mahu menjadi pengapit.
"Haikal, bolehlah I mahu jadi pengapit you nanti. I want feel that please.."rayu Wilson.
Semua tergelak mendengar Wilson merayu. Wilson ni sweet. Suka mencuba. Disebabkan geng Isya ni tak ramai kawan-kawan melayu jadi memang susah nak ada peluang begini. Inilah peluang yang Wilson ada.
"Hei Apek..you nak jadi pengapit kena pakai baju melayu warna pink. You mau ka!!"usik Isya dengan slang cina.
"Itu I lagi mau. I mau pakai baju melayu. Tak kisah warna apa. Kalau tak dapat jadi pengapit I mau jadi pasangan you lah Isya masa wedding Irma nanti. Boleh ya...please...please my sweetheart"rayu Wilson lagi.
Wilson kalau bab merayu memang susah mahu tolak. Haikal setuju Wilson jadi pengapit. Jika Haikal tidak setuju maka secara tak langsungnya Wilson akan berpakaian sedondonlah dengan Isya.
Isya gembira melihat Irma bahagia di atas pelamin tetapi dalam masa yang sama dia juga sedih. Irma satu-satunya buah hati Isya tapi kini Irma akan berpisah dengannya. Mahu tidak mahu dia terpaksa lepaskan. Dalam gembira matanya mula berair.
Datin Mery iaitu isteri Datuk Michael melihat Isya dari jauh. Dia pasti Isya mesti sedih melihat Irma di atas pelamin.
"Isya, apa kata Isya tinggal dengan Uncle dan Auntie. Pindah saja rumah kami. Auntie dengan rela hati terima Isya. Lagipun nanti Isya mesti duduk sendirian kan. Tinggal dengan Auntie ya."ajak Datin Mery.
"Thanks Auntie. Tak apa Auntie. Lagipun Isya plan nak sambung study. Irma sudah berkeluarga. Macam nilah Auntie, nanti bila Isya rasa sunyi Isya tidur rumah Auntie ya. Yang itu Isya janji."
Isya memang sudah merancang kehidupannya sendiri setelah Irma berkahwin cuma dia tidak memberitahu Irma. Dia risau jika dia memberitahu rancangannya kepada Irma mungkin saja Irma akan menangguhkan lagi perkahwinannya. Dia bukan tidak tahu perangai Irma. Irma sanggup melakukan apa sahaja demi Isya malah semasa Irma menerima lamaran Haikal pun dia ada bertanya kepada Isya tentang perancangan hidup Isya. Mujur saja Isya mengetahui awal lagi rancangan Haikal. Jadi dia lebih utamakan perasaan Irma daripada dirinya sendiri. Dia tidak mahu Irma menolak kebahagiaan hidupnya demi Isya. Bagi Isya Irma adalah keutamaannya.
Tengku Irham juga merenung Isya dari jauh. Dia melihat Datin Mery memeluk Isya. Air mata Isya mula mengalir.
"Isya, please jangan nangis. I akan sentiasa bersama you Isya." Bisik hati Tengku Irham yang melihat Isya sedang menangis di pelukan Datin Mery.
Keluarga Tengku Razif sibuk melayan tetamu. Tidak kurang juga dengan keluarga Datuk Michael. Alex pula sentiasa berkepit dengan Stephanie. Carolina datang bersama Brian. Kini tinggal dia seorang. Isya tidak mahu Irma melihat dia sedih. Dia mengambil keputusan keluar dari dewan buat sementara waktu.
"Auntie, Isya keluar sekejap ya. Nanti kalau Irma cari Isya Auntie beritahu Isya ada hal sekejap ya. Tak nak nanti Irma pula yang risau. Nanti Auntie call saja Isya ya."pesan Isya kepada Datim Mery.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...