🎶 CHAPTER 2🎶
Dalam akademi ni, kalau nak dapat label student tip top, pelajar tu kena ada dalam list top 20. Biasanya kalau nak dapat dalam list ni, setiap pelajar akan dinilai berdasarkan keputusan dan juga markah yang diperoleh melalui keputusan penilaian dan juga test bulanan. Sama ada dalam muzik atau seni. Siapa skor paling tinggi dapatlah privileged. Kalau tak lepas dari standard yang ditetapkan, berlatih la kau dekat atas bumbung, dalam tandas, bilik stor dan padang sana.
Sebab itu ramai pelajar berebut-rebut nak jadi best student dekat akademi ni. Nak merasa sekali priviledge ni. Apa kelebihan dia? Well...paling special, student top 20 ni akan dapat studio latihan masing-masing. Bilik persendirian. Bukan berkongsi. Boleh digunakan ikut suka tanpa larangan mahupun masa!
Dan banyak-banyak bilik studio di situ, terpampang jelas plak nama 'REDD STERLING' pada pintu bilik tu. Top 1, student tahun akhir paling famous dalam akademi kerana telah menang banyak pertandingan dan anugerah dari segi persembahan solo atau okestra. Sebut saja la nama lelaki ni, memang dah conquer habis!
Disebabkan kelayakan Redd, dia telah diberikan bilik studio latihan paling mewah. Satu set piano berjenama, jurulatih persendirian dan bilik yang terdiri daripada dinding kaca. Yang mana menjadi punca kenapa kebanyakan peminat lelaki tu suka bertenggek untuk melihat latihannya.
Bersama playboard di tangan, student perempuan dekat situ terkinja-kinja teruja cuba mendapatkan perhatian senior mereka.
"Aku dengar dia buat persembahan dekat istana untuk sesi makan malam nanti."
"Serius?Bestnya.."
"Katanya nanti dekat situ raja, ratu serta anak mereka ada sekali. bertuah kan jadi Senior Redd."
Pelajar-pelajar perempuan yang berdiri di dinding kaca itu dengan kagum memerhati akan pelajar lelaki di dalam bilik latihan sedang tunduk memainkan lagu pada piano. Rupa paras kacak dan latar belakang yang dimiliki oleh Redd menambahkan lagi popularity lelaki tu.
Seorang lelaki menjadi crush ramai student perempuan di situ.
Antara ramai-ramai di situ, tiga orang sahabat berdiri sambil menyedut aiskrim tiub masing-masing dalam tangan. Tidak seperti yang lain, hanya mereka bertiga sahaja yang kelihatan normal dan tidak teruja.
"Kenapa kita dekat sini?"tanya Liana tidak berminat.
"Tengok pesaing ketat aku la..apa lagi.."sebut Mathias, student top 10. Seorang pemain cello. Pasangannya adalah Liana yang bermain dengan violin sementara itu Lana adalah pemain bass. Sepatutnya ada empat orang dalam team mereka. Tapi seorang lagi tu budak yang memang bukan geng mereka. Jadi tiga orang sahajalah.
Lana pandang ke dalam studio itu. meneliti wajah Redd dengan minat. Dia kagum sendiri melihat lelaki segak yang tekun memainkan kunci pada piano tu. "Kau rasakan dia dah ada girlfriend belum?"
"Mamat berlagak tu?"soal Liana sambil tunjuk menggunakan tiub aiskrim yang dipegang. "Nak ada girlfriend?Aku rasa tunggu hari kiamat pun belum tentu si beku tu nak ada teman wanita.."cebiknya menyampah.
Mathias ketawa dengan komen itu. Dia tepuk tepi lengan Liana dengan sisa ketawanya. "Kau ni..tak baik cakap macam tu. kang..peminat dia dengar...kena dikulitinya kau dengan dia orang baru tahu.."
Lana ikut sama ketawa. "Jangan-jangan nanti kau girlfriend dia agaknya. Yalah...kan kau second lepas dia."
Liana mengecilkan mata memandang Lana dengan ucapan kawannya. Bertuah punya kawan. Ada ke doa yang bukan-bukan. Memang tak la dia hendak dekat dengan musuh ketat nombor satu dia ni. Ya...kalau Redd top 1, dia adalah top 2. "Hei..cakap tu baik sikit eh. Ingat sikit kata-kata tu satu doa!"
"Mana la tahu kan..."Lana menjungkit bahu saat menyedut sisa aiskrim dalam tiubnya. Mata masih terarah pada Redd di dalam bilik studio di balik kaca depannya itu.
"Oh ya..kau kalah lagi dengan dia untuk persembahan solo tu kan?"Mathias di sebelah berbisik.
Liana mengangguk kepala. Dia melepaskan keluhan panjang sewaktu teringat akan sesi rutin penilaian dia dua minggu lepas dihadapan 20 orang master. Bersungguh dia buat persembahan sampai jari melecet, akhirnya apa.
"Ha'ah...bukan kalah. Tapi memang tak terpilih sebab master musik semua berpihak pada Redd..sebab yalah...student kesayangan la katakan."
"No wonder la berita yang Redd dapat masuk istana malam esok tersebar luas... rupa-rupanya pemilihan tu untuk bawa ke istana..bertuahnya.."ucap Lana pula.
Mathias rangkul bahu Liana lalu menarik rakannya itu ke rangkulannya. "Tak apa. next time ada la tu peluang kau untuk buat persembahan dekat istana...dihadapan keluarga diraja tu nanti."
Liana ketawa lalu membuat muka funny. "Bukannya aku nak sangat pun. Parents aku aje yang beria nak aku ikut sekali pemilihan tu...entah apa yang seronoknya pun aku tak tahu.."gelengnya tak percaya.
Dan..dan
Pada masa Liana pandang ke arah Redd, waktu itulah lelaki tersebut mengangkat mata. Dan mereka berdua saling bertentangan mata.
Dengan ramah lelaki itu tersenyum manis.
Hal tersebut menyebabkan teriakan serentak kedengaran di dinding kaca tu apabila pelajar-pelajar perempuan di situ histeria kerana melihat kejadian itu.
"Wei...kau nampak tadi...Senior Redd senyum dekat aku!"
"Bila masanya...dia senyum dekat aku la!"
"Ke tepi la kau!Dia senyum dekat aku.."
Sementara itu, Liana yang tak pasti sama ada Redd senyum kepadanya atau mereka semua di situ buat muka tak kisah lalu berpaling pergi dari situ.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...