📜Pilihan.📜

560 90 7
                                    

🎶 CHAPTER 93 🎶

Ugh!

Hari yang membosankan!

Rasa macam malas betul nak masuk kelas.

Suara orang bising-bising saat berborak kedengaran di dalam kafeteria sewaktu Puteri Aria menopang dagu atas meja makan sewaktu duduk lepak bersama rakan sekelasnya. Disebabkan waktu itu rehat antara kelas, Puteri Aria di ajak oleh rakan sekelasnya untuk makan snek di situ untuk meluangkan masa mereka.

        "Oh Puteri Aria, saya dengar awak akan tamatkan belajar pada tahun ini?Betul ke?"

         Puteri Aria mengerling ke pelajar perempuan bertoncang di depannya. "Ha'ah." angguknya.

         "Kenapa?Tuan puteri tak berminat nak  sambung belajar sampai habis di sini?"

          Hmm!Niatnya begitu la, tapi kalau dia teruskan belajar dekat sini, Senior Redd sudahpun keluar dari akademi. Jadi tiada hiburan atau pendorong semangat untuk dia teruskan pembelajaran dalam akademi ni. "Sebab aku prefer bidang lain..."jawabnya acuh tak acuh kerana fokus dia waktu itu terarah pada meja yang selang beberapa baris dari tempat dia duduk.

Nun di sana, duduknya Redd bersama Liana. Dua orang itu kelihatan rapat dan mesra kerana sibuk borakkan sesuatu. Tertanya-tanya betul Puteri Aria kebelakangan ni. Kenapa ya...Redd dan Liana selalu kelihatan bersama?Apa aje yang dua orang itu borakkan?Buat dia jelous aje la!

          "Sayangnya. Tuan puteri seorang yang berbakat...kalau teruskan belajar dekat sini pasti kemahiran tuan puteri bermain cello akan lebih baik..."

          Dia minat muzik sebab Senior Redd aje. Kalau bukan sebab senior Redd datang ke istana buat persembahan tak adanya dia merayu pada bondanya untuk hantar dia ke sini. "Maybe next time.."jawab Puteri Aria saat capai cangkir berisi kopi di atas piring kecil depannya.

Baru sahaja dia mahu dekatkan cangkir itu ke depan mulut, satu jambangan bunga muncul di depan muka dia. Buatkan Puteri Aria berhenti memandang jambangan bunga itu lalu naik dongak ke tepi.

The f?

          "Selamat pagi tuan puteri.."senyum seorang pelajar lelaki senior. "Nama saya Hans."

Rakan-rakan Puteri Aria sudah mula berbisik sesama mereka.

         "Nak apa ni?"tanya Puteri Aria pandang judging akan senior depannya itu. Siap nak bagi bunga bagai! Dia alergik la dengan bunga. Lagi-lagi pemberian dari lelaki yang dia tak suka!

         "Bunga untuk tuan puteri. Saya harap tuan puteri sukakannya.."

          Sambil membuat muka tidak Sukanya, Puteri Aria mengambil jambangan bunga tersebut lantas di berikan kepada rakan berambut pendek di kerusi bersebelahan dengan dia. "Thanks."

          Pelajar lelaki itu melirik sekejap ke jambangan bunganya tadi lalu sondong meletakkan tangan ke atas meja mendekatkan wajahnya ke Puteri Aria. "So...esok hujung minggu. Kalau tuan puteri tak kisah, saya nak ajak tuan puteri tengok wayang bersama dan melihat persembahan orchestra dari band terkenal?"senyuman dengan lekukan lesung pipit diberikan.

Ihhh!Sengih-sengih macam tu kenapa?Puteri Aria pandang naik turun akan lelaki depannya kerana tidak berminat. Kacak tu memang la...tapi masalahnya dia tidak berminat langsung dengan sesiapa sekarang ni. Entah dah berapa orang dia reject...takkan la tak faham-faham lagi?

          "Tak nak."

          "Kenapa?Kan tuan puteri telah berpisah dengan Redd...tak ada salahnya kalau tuan puteri keluar dating bersama dengan saya..."

           Menjeling tajam Puteri Aria dibuatnya. Rahang dia berketik bila dengar nama tu di sebut. "Kalau aku nak dating sekalipun, ianya pilihan aku dengan siapa aku nak keluar... yang kau ni kenapa?Bila aku kata tak nak tu...tak nak la. Bebal sangat ke sampai tak faham bahasa?"

          "Apa tuan puteri cakap?"

          "Kenapa?Dah pekak pulak sampai tak dengar apa aku cakap!?"

Berang dengan kata-kata itu, pelajar senior tersebut terus memukul meja tersebut dengan kuat hingga menyebabkan cangkir minuman di situ terbalik hingga menumpahkan air ke atas meja tersebut.

Kejadian itu membuatkan kesemua mereka di meja itu menjerit ketakutan dengan serentak. Menarik perhatian orang di dalam cafeteria serta merta.

           "Hei!Kau tu jangan nak besar kepala sangat boleh tak?"

Suka hati aje meninggikan suara!Puteri Aria apa lagi, dia dengan marah berdiri di situ lalu berhadapan dengan senior tersebut.

           "Kau ingat kau tuan puteri, aku nak hairan kan sangat ke?Harap aje muka cantik!Mulut lancang macam longkang!Aku tak-"

SLAP!

Hinggap satu tamparan di pipi kanan pelajar senior tersebut. Menyebabkan suasana dalam cafeteria itu lengang.

Dasar lelaki merimaskan!

            Puteri Aria menggengam tangan kanan yang dia gunakan untuk menampar tadi dengan erat. "Dan kau fikir diri kau siapa nak bercakap dengan aku macam tu!"

Pelajar senior itu pandang Puteri Aria dengan renungan marahnya. Dia mahu meninggikan suara, namun belum sempat dia hendak bersuara, satu cengkaman terasa di bahu kirinya. Buatkan dia tersentak lantas menoleh ke tepi dengan laju.

             "Ada apa ni?"Redd berdiri di situ dengan renungan dinginnya.

Suara orang menahan nafas dan berbisik kedengaran dengan jelas di sekitar cafeteria tu. masing-masing mula berbincang antara satu sama lain ekoran kejadian tersebut.

Puteri Aria tanpa sedar di situ kejung kaku sebaik sahaja bertentang mata dengan Redd. Memulas semacam perut dia dengan kemunculan tiba-tiba Redd di depannya. Dah kenapa pulak Redd muncul saat begini?Buat malu dia aje la!

Pelajar senior tadi pandang silih ganti akan Puteri Aria dan Redd kebingungan.

          "Ugh!F*ck this!"pelajar lelaki itu tanpa banyak bunyi terus berlalu pergi. Enggan lama-lama di situ dan malukan diri sendiri lebih lagi.

          Berlalu saja pergi pelajar lelaki tadi, Redd pandang Puteri Aria, buatkan mereka berdua tanpa sengaja bertentangan mata. Dengan ringan mulutnya hendak bersuara."Tuan puteri tak-"

         "Thanks.."Punya la gelabah dia rasakan lepas mereka berdua bertentang mata, Puteri Aria capai telefonnya dari meja lantas berpaling dari situ tak tunggu Redd habiskan kata-katanya. Dia tak nak pandang Redd dengan lama. Risau kalau hati kecilnya tak dapat nak tanggung rasa rindu pada lelaki tu.

Terpinga-pinga Redd lepas Puteri Aria beredar dari situ tanpa membiarkan dia habiskan kata. Dia nak kejar tapi ditahankan aje waktu tu. Ikutkan hati memang dah kejar .Tapi dia tahu kalau dia kejar Puteri Aria akan semakin marah. Dengan lemah semangat, bahu Redd jatuh mengalah. Nampaknya Puteri Aria begitu bencikan dia saat itu?

          "Lah...kenapa tak kejar.." tiba-tiba muncul Liana dekat sebelah tidak lama kemudian.

          "Tak apalah...biarkan aje dia dulu."keluh Redd dengan perlahan sebelum mengerling ke Liana dengan kecewa.

           "Haih...Apa la nak jadi dengan kau orang berdua ni.."Liana menggeleng kepala tak percaya.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

Lama tunggu?

😂 sorry la. Day of the month! I'm facing unbearable pain for while till my brain cannot function well.

Baru hari ni okay sikit.

Dah nak habis dah buku ni. Tinggal sikit aje lagi. Hahaha...memang ngam2 dua buku dalam satu bulan. 

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now