🎶 CHAPTER 7
Alunan lagu klasik Mozart memenuhi cafeteria akademi di tingkat tiga itu. Tempat yang berkeluasan satu gelanggang bola keranjang itu dipenuhi dengan meja bulat baru marmar berkilat. Kerusi disitu berwarna emas dan putih yang diikat dengan reben kelabu. Lantai pula berkilat bersih tiada sepalit kotoran. Penghawa dingin di tempat itu menjadikan cafeteria tersebut santuari untuk pelajar-pelajar selepas seharian luangkan masa di dalam kelas dan bilik latihan.
Meja buffet dipenuhi dengan pelbagai jenis hidangkan dan dessert. Dari hujung ke hujung. Memang rambang mata ketika memilih. Nak makan apa tinggal ambil sahaja.
Tipikal kisah remaja highschool.
Pasti akan ada clique atau puak sendiri. Memandangkan dalam akademi ini terdapat pelbagai jenis latar belakang pelajar.
Ada yang berasal dari golongan diraja, duke (tengkuk/tun), lord (datuk. datin), keluarga bangsawan(nobleman) dan dari keluarga common.
Tapi bukan latar belakang yang diambil kira dalam akademi ini, tiada siapa yang kisah siapa itu siapa. Yang dipandang hanyalah bakat semata. Kalau bakat tiada, sesiapa pun tak pandang apalagi nak peduli akan kewujudan mereka di situ.
"Wahh...Lady Ambrinth telah menerima jemputan untuk ke majlis malam ini di Istana Utama Genovia.."
"Pasti awak akan menemui Putera Mahkota sekali kan?"
Tersenyum sipu di tempatnya, Lady Ambrinth, anak kepada Duke Earl. Salah seorang queen bee yang terkenal dengan sikap ladylike dan kecantikannya. "Ayah saya kata saya hanya di jemput untuk makan malam, tak pasti la temui putera mahkota atau tidak.."
"Hahaha...jangan berharap banyak. Saya dengar Putera Mahkota Ares adalah berita buruk kepada sesiapa yang melibatkan diri mereka kepadanya."
"Betul. Tempoh hari saya mendengar Puteri Mahkota dari Greenland datang untuk janji temu bersama putera mahkota, sayangnya dia di simbah air kopi pada pakaiannya oleh putera mahkota tu..."
"Tsk...tsk...kesiannya.."
"Ada sesiapa tahu rupa sebenar Putera Mahkota Ares tu macam mana?Yang aku tahu hanya Puteri Aria saja yang belajar dengan kita dekat sini?"
"Kan...ada yang beritahu sebenarnya Putera Mahkota Ares tu cacat rupa parasnya, ada jugak cakap dia tu playboy.."
"Serius la..."
Selang dua meja dari situ, Liana sedang berbual dengan Mathias dan Lana sambil menikmati makan siang mereka.
"Apa kau cakap?Pertandingan di Pekan Malhar?"Liana membutang mata sebaik mendengarnya.
"Ianya merupakan pertandingan untuk sesiapa yang berminat hendak menjadi composer atau artis. Pemenang dapat 300k di tempat pertama."jelas Lana.
"Wow...bunyi macam seronok aje.."angguk Mathias sibuk menyuap makanan ke dalam mulutnya. Kelaparan sebab seharian ni kena berlatih tanpa henti sebab failed masa recitation awal pagi tadi.
"Kau sure kau nak join?"soal Liana kedengaran tidak pasti. "Tak ganggu kelas kau?"
"Of course. Jadual aku tak bercanggah pun. Dan, aku dah daftar pun. Sekarang ni aku tengah berlatih cipta lagu untuk persembahan tu nanti."dengan bersemangat Lana beritahu. "kalau aku dapat tempat pertama tu, duit yang aku menang tu boleh hantar dekat keluarga aku dekat kampung sana. Support adik-adik aku belajar."
"Bagus. Anak yang taat. Aku suka..aku suka.." Mathias membuat thumbs up kepada Lana.
"Kau tahu kan..aku ke sini pun sebab dapat biasiswa. Dan berharap diterima menjadi ahli persembahan diraja. Sementara tu apa salahnya aku sertai peluang yang ada."tambah Lana lagi. "Lain la kau orang..family memang orang senang. Tak payah fikir apa dah.."
Dengan senyuman bangganya, Liana pandang Lana dengan renungan penuh kagum. Alasan kenapa dia berkawan dengan Lana mengingatkan dia bahawa hidup ini kena sentiasa belajar bersyukur dan merendah diri. Lantas bahu Lana di rangkul. "Ini la sebabnya kenapa aku sayang kau Lana..."
"Aku tak?"Mathias tunjuk diri sendiri semasa pandang Liana. "Tak sayang aku sekali ke?"
"Ish...pantang betul..nah makan ni. Jangan nak banyak cakap."Lana sumbat potongan sandwich ke mulu Mathias.
Lucu melihat tingkah mereka, Liana ketawa kecil. Dia sempat hulurkan minuman kepada Mathias. Risau pulak kawan dia tercekik.
"Eh...Lia.."Lana tidak semena menyinggul lengan Liana.
"Hm.."
"Kenapa Redd pandang sini aje ya?"tanya Lana apabila dia melihat tidak jauh dari meja mereka, kelihatan Redd dan rakan-rakan lelaki tu berada. Dan lelaki bercermin mata itu sedang memandang ke arah meja mereka.
Sudah terbiasa, Liana langsung tidak susahkan diri untuk pandang apalagi hiraukannya.
"Biar kan aje la mamat tu. Dia tak puas hati la kut aku boleh ambil balik kedudukan aku yang dia rampas secara main tipu..."ya. Mereka berdua sebenarnya ada beef antara satu sama lain tau. Sejak LIana tahun pertama lagi. Redd selalu cuba over take prestasi Liana sebab Liana pakar dalam mengendali pelbagai jenis perkusi termasuk piano. Satu hari di pertandingan musim panas tiga tahun yang lalu, Liana terpilih hingga ke peringkat akhir bersama Redd. Suatu hari Liana cirit birit selepas minum smoothie yang diberikan oleh Redd. Disebabkan tak larat nak serta pertandingan tu, Liana tarik diri. Jadi yang menang dalam pertandingan piano itu adalah Redd. Dan sejak itu Liana sedikit pun tidak berkenan dengan Redd!
"Mamat tu belum move on lagi ke apa?"sengih Mathias mengejek saat toleh ke balik bajunya hendak melihat ke arah yang sama. Memang betul Redd pandang ke meja mereka.
"Entah la..buat tak nampak je."cebik Lana menepuk lengan Mathias supaya berhenti pandang."Oh ya. Aku dengar Seth tolong kau hari ni...sampai dapat markah tinggi..taniah bos!"pandang Mathias selepas itu.
"Yalah...kecoh satu kelas yang kau dan Seth tu sebenarnya betul-betul pasangan kekasih.."ketawa Lana. "Aku tak boleh bayangkan kau dengan Seth tu bercinta. Kan kau orang berdua dah berkawan sejak kecik"
"Dari mana aje kau orang dengar ni?"kerut Liana dengan muka funny. Entah apa-apa la budak-budak akademi ni, semua bendak nak dijadikan cerita. Kelakar betul. Macam dah tak ada kerja lain apa nak canang gossip sana sini pasal orang lain.
"Dari orang la..takkan la baboon pulak."ujar Mathias dengan sengih nakalnya. Sengaja nak cari pasal.
Lana ketawa.
Sementara itu Liana balik cip kentang ke muka tu. Geram!
🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...