📜Serba Salah.📜

632 82 1
                                    

  🎶Chapter 46 🎶

Sejak Liana dan rakannya menerima jadual untuk persembahan mereka, tiga sekawan itu sibuk yang amat sangat selama berhari-hari lamanya. Dari latihan solo, latihan satu kelas, latihan untuk setiap persembahan, latihan untuk penilaian bulanan dan juga kelas seni yang diambil oleh Lana serta Mathias.

Sepadat jadual Liana, begitu jugala dengan Putera Mahkota Ares. Lelaki itu sibuk dengan urusan dirajanya dari persidangan diraja, mesyuarat antara Menteri, majlis sumbangan, lawatan dari negeri ke negeri yang lain, pertemuan dengan duta serta persiapan untuk majlis ulang tahun ke-20 tahun dia,

Sejak Lana mengetahui hubungan rahsia Liana bersama dengan Putera Mahkota Ares, gadis itu telah merahsiakannya dari pengetahuan sesiapa kerana tidak mahu Liana dalam masalah atau menjadi bahan kencaman orang dalam akademi mereka. Terutama sekali untuk mengelak dari menjadi mangsa Puteri Aria sendiri. Yalah Lana masak dengan sikap Puteri Aria yang bencikan Liana.

Sejak pembubaran kumpulan, Puteri Aria yang berfikir hendak menempa nama dan popularity mengalami kesukaran semuanya kerana ahli kumpulan dia silih berganti bertukar. Semuanya kerana tiada siapa boleh tahan perangai bratty dan diva Puteri Aria tu. Memang lari la mereka semua.

        "Ahhh...leganya dapat baring.."geliat Mathias di atas rumput. Terbaring memandang langit yang bersih dari awan pada tengah hari itu.

        "Haih...baru duduk sekejap dah penat ke?"tanya Lana memandang wajah Mathias sewaktu lelaki itu memejamkan mata. Senang melihat wajah itu, Lana tersenyum kerana suka memandang muka itu.

        "Apa kau tahu...aku bawah double bass tu ke hulu dan hilir tau tak. Dah la benda tu berat."

Lana bersimpuh di sebelah Mathias. Berhadapan dengan Liana. Mereka bertiga baru sahaja pulang dari persembahan di hospital tadi. Ianya adalah persembahan untuk mengumpul dana buat anak-anak kecil penghidup leukemia. Ianya mendapat sambutan yang sangat meriah. Ramai kanak-kanak hadirkan diri. Jururawat dan doktor juga sama-sama menonton. Perjalanan selama dua jam mereka berakhir tepat selepas jam makan tengah hari. Itu yang gerak lepak di laman berumput akademi itu.

Liana dengar perbualan dua orang itu tapi fokusnya pada skrin telefon. Waktu itu Liana sedang membaca artikel mengenai Ares. Walaupun wajah dan gambar lelaki itu tiada, dia suka baca apa saja artikel mengenai Ares. Sudah seminggu lebih dia tidak menemui Ares. Dapat bercakap dengan lelaki itupun sekejap saja kerana Ares terlampau sibuk. Boleh dihitung 30 minit total panggilan dia dengan Ares selama beberapa hari ini.

        "Hmm..."ngeluh Liana tanpa sedar.

        "Kenapa?Mengeluh panjang nampak?"Lana pandang menyakat ke Liana. Lutut kawannya itu di cuit main-main.

         Liana pandang Lana dengan renungan amarannya. Sejak tahu hal sebenar, Lana tak habis-habis nak menyakat dia. "Diam la kau.."

        "Hahaha..."Lana ketawa sebelum menutup botol airnya lalu anjak merapat ke Liana. "Kau dapat call dia ke hari ni?"bisik dia depan muka tu dengan tangan di tepi mulut.

          Liana menggeleng. "Tak boleh. Dia cakap busy. Tak sempat."

         "Iya ke?Nak buat macam mana kan..namapun orang sibuk kan..sabar la ya."Lana tepuk belakang badan tu. "Lagi dua hari je.."

         Terus Liana singgul perlahan lengan Lana. "Dah la kau...ish!"

         Lana ketawa kecil lalu capai bekal berisi buah yang dipotong-potong. "Mathias..kau nak buah ke?"tolehnya ke Mathias.

        "Hmm."jeda lelaki itu dengan mata terpejam rapat. kedua-dua tangan menjadi bantal di belakang kepala.

        "Aku suap nak?"aju Lana dengan sengih meleretnya.

         "Ahhh.."nganga Mathias tanpa berlengah.

Sedang tiga orang itu menikmati rehat mereka, seseorang muncul dari arah pintu masuk akademi. Berarak jalan ke tempat dimana Liana dan rakan-rakannya itu berada.

        "Jumpa pun.."tegur suara tu.

Kepala Lana dan Liana tersentak ke belakang sebaik dengar. Dan dongak sahaja mereka ke atas, Seth senyum kepada mereka.

        "Hai Seth...mari la duduk sekali."Lana tepuk tempat kosong di atas rumput itu.

         Sambil naikkan seluarnya ke atas sedikit, Seth pun bersila sebelah Liana. "Busy betul ya kau orang...nak jumpa pun susah.."

         "Sebab siapa jugak.."jawab Liana memandang Seth sebab lelaki itu kelihatan senang dan ceria. "Something berlaku ke?kau nampak ceria?"tanya dia.

         "Hahah..aku sentiasa ceria Lia...especially kalau dapat jumpa kau."ujar Seth sambil membuka butang kot dia supaya selesa nak duduk.

         Waktu itu Mathias baring dalam keadaan mengiring. Menghadap mereka di situ dengan kepala di topang atas tangan yang ditegakkan atas rumput tu. "Oh ya. Aku dengar Putera Mahkota Ares akan menyambut hari kelahiran dia...kelas kau yang akan buat persembahan malam tu kan Seth?"

         "Ha'ah.."angguk Seth. "Aku adalah pemain solo yang akan lead persembahan kelas aku nanti."senyumnya.

         "Ahh...no wonder la encik abang handsome kita ni senyum dari telinga ke telinga.." seloroh Lana semasa menyuap potongan mangga ke dalam mulut lalu dikunyah dengan berselera.

          "Untuk tu..Lia. Aku ada dapat jemputan untuk ke majlis tu. Kau nak ikut tak?"Seth pandang ke Liana.

          "Burrfff!"sembur Lana tidak sengaja kerana terkejut. Masakan tidak, dia sedia maklum yang Liana sudahpun menerima kad jemputan khas diraja dari Putera Mahkota Ares dua hari semalam. "Uhuk!Uhuk!" batuknya selepas itu.

           "Gosh!Lana!Apa masalah kau ni!"bebel Mathias yang duduk tegak semata hendak menepuk belakang badan gadis itu. "Minum air nah!"segera dia serahkan botol air Lana kepadanya.

          Liana pandang ke Lana sekejap sebelum memalingkan wajahnya ke sisi. Dia pandang Seth dengan renungan serba salah kerana masih tidak tahu bila nak beritahu Seth mengenai Ares. Dia takut nanti Seth terasa hati pulak! "Okay."angguknya perlahan.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now