🎶 CHAPTER 97 🎶Tangan naik memayungi atas dahi kerana silau pada jam 10 pagi itu. Walaupun masih awal matahari pagi itu telah tegak memancar di langit. Memanaskan seluruh kawasan lapang stadium trek padang di situ. Walaupun begitu ramai pelajar memenuhi kawasan padang itu. Ada yang berjoging dalam barisan, ada yang membuat aktiviti tali skipping di tepi trek, dan ramai lagi yang melakukan aktiviti sukan bersama rakan sekelas masing-masing.
"Panas betul hari ni kan?"Lana menurunkan tangannya dari dahi lalu tunduk memandang ke bawah semasa Mathias sedang melutut mengikatkan tali kasut untuk dia.
"Dah nak tengah hari kan..biasa la tu.."beritahu Mathias tanpa memandang.
"Oh ya...aku dah buat pelan untuk cuti musim panas kita nanti. Ada beberapa tempat yang kita boleh visit...aku dah listkan...kau nak tahu?"Lana menarik senyuman lebarnya semasa memandang kepala Mathias di depan kaki dia waktu itu.
Mathias tidak mengatakan apa-apa. Dia diam tunduk mengikat tali kasut sebelah kiri Lana kemudiannya.
"Aku dah beritahu dekat ayah tentang kita. Kalau kau tak kisah nanti lepas kita habis exam, aku bawa kau jumpa dengan parents aku kemudian baru kita boleh keluar dating sama ke luar negara..."Lana beritahu lagi.
Waktu itulah tangan Mathias hinggap lama pada kaki kiri Lana. Lelaki itu diam termenung memandang ke kaki itu untuk seketika.
"Kau ada apa-apa idea ke untuk cuti musim panas kita tu?Nak ke tempat yang kau nakkan ke atau pelan lain ke...share la sekali..kalau okay, aku setuju je.."Lana yang pandang Mathias sejak tadi menunggu teman lelakinya mengatakan sesuatu. Namun makin dia tunggu, makin senyap pulak jadinya.
"Lana.."panggil Mathias semasa mengangkat kepalanya, dia yang melutut sebelah kaki di atas rumput itu memandang Lana dengan kening berkerut serba salahnya.
"Kenapa?"senyum Lana dengan lebar.
"Maafkan aku..."ucap Mathias perlahan.
Senyuman di bibir Lana perlahan-lahan menghilang. Dia pandang bingung dengan ucapan tersebut. "Kenapa kau minta maaf?"
Mata Mathias turun memandang tangan Lana yang ada di riba gadis itu. Dia capai tangan itu sebelum di genggam erat. "Aku tak dapat ikut...cuti musim panas tu...aku tak boleh pergi.."
"Oh...kau ada rancangan ke?Kalau nak pergi hari lain pun boleh.."
Mathias menggeleng kepala. "Aku tak boleh Lana..."
Dengan sisa senyuman di bibir dia bertanya lagi."Kenapa ni?Apa maksud kau tak boleh?"kening Lana mencerlung susah hati.
"Parents aku dah daftarkan aku untuk ikuti latihan ketenteraan selama tiga tahun nanti. Bermula serta merta lepas kita selesai exam. Aku cuba nak beritahu kau hal ni lebih awal tapi aku tak boleh nak lakukannya...dan sekarang nampaknya aku tak boleh tangguhkan lagi."
Mata Lana perlahan-lahan kemerahan. Bibirnya tercebik mahu menangis. "Kau tipu kan?"
Mathias melutut kedua-dua kaki di depan kaki Lana lalu tarik Lana yang duduk itu ke dalam pelukannya. "Maafkan aku Lana. Aku sendiri baru dapat tahu tentang hal ni dua minggu lepas. Tapi aku tak tahu macam mana nak beritahu kau..."
Cepat-cepat Lana tolak badan Mathias jauh dari dia. "Tiga tahun?Lamanya...aku dapat jumpa kau lagi tak nanti?"air mata mula bergenangan.
Kening Mathias ikut berkerut bila dia lihat wajah keruh Lana mahu menangis memandangnya. Dengan lembut dia tekap tepi pipi itu. "Jangan risau...kita masih boleh contact sekali seminggu. Lepas aku keluar dari pusat latihan kita, kau nak dating dengan aku hari-hari pun boleh..."
Lana menggeleng kepala beberapa kali dengan muka mencebik mahu menangisnya. Dengan terdesak dia cengkam baju sukan di badan Mathias waktu itu. "Tak...kau tipu aku!Kau takkan pergi ke mana-mana. Kau dah janji dengan aku nak keluar cuti musim panas dengan aku"
"Lana jangan macam ni.."Mathias cuba pegang tangan tu untuk tenangkan Lana.
"Tak boleh ke kalau kau pergi lepas kita bercuti?"air mata mula mengalir turun ke pipi Lana apabila dia mula merasa sebak di situ.
"Aku sendiri terkejut Lana...ayah aku yang uruskan semua tu. Nak tak nak aku terpaksa ikut...maafkan aku Lana...aku tak nak buat kau menangis...tapi cepat atau lambat kau kena tahu jugak..."
Lana menggeleng kepala lagi. Dia mencebik mula menangis teresak-esak. "Aku tak nak kau pergi...tiga tahun kau akan ada dekat tempat berbahaya tu."
"Jangan menangis macam ni Lana...aku pun tak nak pergi, tapi tak ada apa-apa aku boleh lakukan sekarang..."
Dengan sedih Lana hulur tangannya lalu melingkarkannya ke sekeliling bahu Mathias dan menangis semahunya dalam pelukan itu.
"Tinggal sebulan aje kita dekat sini..lepas tu kau akan menjauh dari aku Mathias....apa aku nak buat nanti..."nangis Lana tersedu sedan kuat.
Mathias memeluk tubuh kecil Lana dengan erat sebelum memberi kucupan di tepi leher itu dengan mata terpejam. hatinya juga diruntun sebak mendengar rintihan Lana waktu itu. "It's okay. Sekejap aje..lepas tu kita jumpa balik, okay?"pujuknya perlahan.
Teresak-esak Lana meraung dekat situ .Tidak peduli dengan mata-mata yang melihat keadaan dia situ.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
Hari ni Tinta update 1 chapter aje tau... walaupun Tinta dah standby 4 chapter lagi. Sebabnya kalau tinta update semua serentak,chapter terakhir belum lagi siap..tak nak bagi tergantung Tinta post lambat sikit. Lepas tinta siapkan chapter terakhir baru tinta update semuanya sekali.
Dah tahu nak habiskan mcm mana cuma nak ayatkan jalan cerita tu jenuh sikit. Sambil tunggu tu baca la cerita lain dulu.
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...