📜Rampas📜

608 83 0
                                    

🎶 CHAPTER 35 🎶

Lana pandang silih ganti mereka yang sedang berdiri di dalam bilik latihan quadruplet mereka. Rasa seperti ditampar pun ada. Niat hendak berlatih, tidak tahu pula yang kedatangan mereka dikejutkan dengan berita tidak senang itu.
 
           "Apa semua ni Puteri Aria?"Lana bertanya. Dia tilik akan tuan puteri yang cantik dengan rambut bersanggul kemas dan disepit dengan perhiasan bersinar.

           Puteri Aria di situ malah tersenyum lebar. "As you can see...mereka bertiga merupakan ahli kumpulan quadruplet saya. Mulai hari ini bilik latihan dan semua persembahan yang sepatutnya kumpulan quadruplet akan di ambil alih dengan kumpulan baru ni.."

           "Kenapa?"Lana begitu tercengang.

            "For sure sebab saya hendak dapatkan keputusan yang baik dalam setiap persembahan. And as you know...saya dan Liana tidak serasi. Kami sering bergaduh. Ianya tidak elok untuk kualiti persembahan tidak kira seberapa banyak latihan yang kami jalankan."tambah Puteri Aria dengan lagaknya seorang puteri.

Sekali lagi Lana lirik akan tiga wajah pelajar yang sedang berdiri di samping kiri dan kanan Puteri Aria. Mereka semua adalah ahli kumpulan dari pasukan persembahan yang diketuai oleh Redd. Clara Wilson, Cello, Eric Butter Double bass, Reen Orange Violin.

           "Tuanku...tuanku tak boleh buat keputusan tiba-tiba macam ni tanpa berbincang pada kami?"soal Lana dengan wajah pucat lesi. Dia sendirian dekat situ kerana waktu itu Liana tiada kerana sahabatnya itu berada di kelas junior, menjadi pembantu master untuk menjadi contoh buat pelajar-pelajar baru yang hendak mengendali violin. Mathias seperti biasa lelaki itu sibuk dengan kelas seninya. Hanya tinggal dia saja di situ kerana tiada kelas selain waktu senggang untuk sesi latihan recitation dia.

          Dengan riak sassy, Puteri Aria menarik senyuman lebar di bibir. "Jangan risau. Ketua Panitia Musik telah memberi kebenaran dan telah luluskan permintaan saya. Jadi kalau tak susahkan awak, sampaikan hal ni kepada Mathias dan juga Liana ya."

Tercebik hendak menangis di situ Lana cepat-cepat berpaling keluar dari bilik latihan tersebut. Tanpa berlengah dia berlari merentasi koridor. Setiba di depan anak tangga cepat-cepat dia menuruninya. Kemudian tiba di sebuah koridor lagi yang bersambung dengan bangunan sayap utara. Dia lari merentasinya dengan air mata membasahi wajah. Rambut beralunya ikut terbang ke belakang.

Tidak lama dia berlari, terus Lana berhenti di hadapan pintu slidding dimana para pelajar junior tahun pertama berada. Dia tercungap-cungap mencari nafas. Air mata tidak berhenti dari mengalir dari pipi waktu itu.

Perlahan-lahan dalam keadaan tangan menggigil kerana terkejut dan marah, slidding door itu di tolak ke tepi.

Serta merta bunya alunan violin kedengaran dengan jelas. Kerana waktu itu kesemua pelajar sedang berlatih menggesek cebisan lagu dari Sarasate :Carmen.

Tidak mengatakan apa-apa, Lana hanya diam di situ memandang ke arah Liana di tepi kelas tu sedang berdiri menghadap kesemua pelajar di situ sewaktu master yang mengajar sibuk jalan sekeliling kelas memantau pelajar.

Seperti tahu ada yang berdiri di situ, Liana yang mungkin perasan terus berpaling. Dia pandang ke tepinya lalu bertentang mata dengan renungan berkaca Lana. Jatuh terus air muka cerianya kepada resah.

           "Lia..."cebik Lana semasa menangis di situ dengan sebak.

            Tidak berlengah, Liana tunduk meletakkan violin di dalam casing atas kerusi itu lalu berlari mendapatkan Lana. "Kenapa ni?Something berlaku dekat kampung ke?"

Terus terhenti semua pelajar di situ bila perhatian mereka beralih kepada Liana dan Lana waktu itu. Termasuk master.

             "Kenapa ni Liana?"tanya Master Karina dengan risau turut bergegas ke arah mereka berdua.

              Sambil menyeka air mata dengan belakang tangannya Lana tersedu sedan memberitahu. "Puteri Aria bubarkan kumpulan quadruplet kita dan gantikan dengan ahli kumpulan Redd... aku pergi ke bilik latihan kita tadi..."teruk sedunya sampai hendak sebut perkataan pun tersangkut-sangkut.

             "Apa dia?"kening Liana berkerut tajam. "Puteri Aria bubarkan?Kenapa aku tak tahu menahu tentang hal ni?"

              Lana menggeleng kepala. "Aku tak tahu...Lia..aku perlukan quadruplet kita supaya dapat kredit untuk lulus dalam akademi ni...serius aku terkejut..."

Melihat keadaan tercungap-cungap Lana yang merisaukan itu, Liana terus tarik Lana ke dalam pelukannya. Kepala kawannya itu di gosok dengan risau. "Apa yang budak tu fikir dia cuba buat?"fikirnya sendiri.

             "Kenapa Puteri Aria bubarkan kumpulan kamu?Bagaimana dengan persembahan yang bakal kamu jalankan nanti?"Master Karina bertanya dengan risau saat itu.

             "Puteri Aria kata kumpulan baru dia yang akan cover semua event tu nanti.."sedu Lana. Wajah itu sudah kemerahan yang amat sangat.

              "Shhh.....dah jangan nangis."pujuk Liana menggosok belakang badan Lana yang terhinggut-hinggut kuat.

               "Dia rampas kita punya event dan program..macam mana kita nak dapat kreditkita dah praktis banyaksampai jari aku melecet-lecet kerananya. Dan sekarang dirampas macam tu aje.."berjuraian air mata tumpah di pipi Lana.

Tanggisan Lana membuatkan rahang Liana berketik. Dia pandang dengan marah akan pintu slidding door bilik itu. Budak 16 tahun tu kan!Memang cari pasal tau tak!

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now