🎶 CHAPTER 97 🎶"Apa kau cakap?"Liana jatuh terduduk dekat sofa tu dengan muka tercengang memandang Seth.
Apa yang dia baru dengarkan tadi?
Dengan buku sketch di ribanya. Seth mengangguk kepala. Matanya pandang lukisan sementara tangan dia sibuk menggosok kesan contengan arang yang dia gores pada kertas tu.
"Kau dengan Mathias?Sekali?"nafas Liana tertahan-tahan tanpa sedar, dia pegang bantal kecil di sofa itu sebelum memandang sekeliling bilik umum itu dengan muka tak percaya. Serius dia terkejut dengan berita ni.
"Ha'ah...aku memang dah lama rancang. Tapi Mathias baru beritahu tiga lepas pasal hal ni..."tenang bersahaja Seth beritahu seakan ianya bukan hal yang besar.
Sambil tersandar terkejutnya, Liana hadapkan badan ke Seth dan memandang muka tenang kawan baiknya itu dengan kening berkerut."Kenapa?Tak..macam mana-bukan..maksud aku, berapa lama?"tersasul-sasul dia nak menutur sebab terlampau terperanjat.
"Tiga tahun...tapi ada selang cuti sepanjang tempoh latihan tu.."Seth mengangkat kepalanya lalu memandang riak wajah risau Liana yang sedang berkerut kening kepada dia. "Sorry. Aku lupa beritahu kau hal ni lebih awal..."
Liana terdiam seketika dengan muka termenungnya semasa memandang muka Seth. "Lana tahu tentang hal ni?Yang Mathias akan ke kem latihan?"
Seth menjungkit bahu. "Maybe. Aku ada pesan dekat dia...untuk maklumkan hal ni lebih awal...tak sure dia dah beritahu ke belum."
Kening Liana berkerut-kerut saat dia melepaskan hela nafas kesalnya. "Kenapa kau tak beritahu aku tentang hal ni lebih awal?Kau buat aku terkejut la.."
"Kau sibuk...aku pun tak nak ganggu. Lagipun ianya bukan hal serius mana pun. Latihan ketenteraan tu cepat atau lambat aku kena jalaninya jugak. Lebih awal aku selesaikan kewajipan aku lagi bagus.."
"Tiga tahun tu kut..lamanya."Liana menggentel hujung bantal itu tanpa sedarnya.
Tersenyum Seth dibuatnya. "Kenapa?Kau risaukan aku ke?"
Liana buat muka 'seriously' dengan soalan itu.
"Mestilah aku risau...aku dengar macam-macam tentang latihan ketenteraan...ada yang brutal...ada yang kena buli..takut kalau aku fikirkan balik kalau kau ada dekat tempat macam tu.."beritahu Liana.
Seth ketawa kecil. "Jangan risau. tak ada apa-apalah. Ayah aku kan tenaga pengajar dekat situ. .Kalau kau risau, aku akan tengokkan Mathias untuk Lana sekali.."ujarnya semasa kembali memandang lukisannya dan sambung mencoret.
"Kau ni...cakap macam benda tu simple aje kan?"
"Kau nak aku cakap mana lagi. Dah memang benda tu simple..."
"Kau buat semua ni sebab aku pilih Ares ke?"
"Kenapa pulak tiba-tiba tanya macam tu?"
"Habis tu kau ambik keputusan untuk ikuti latihan ketenteraan dengan tiba-tiba macam ni?"tanya Liana dengan mata kemerahan mahu menangis sebab terkejut dengan kenyataan yang Seth tiba-tiba aje akan pergi ke ketenteraan out of blues!
"Kan aku cakap aku dah rancang lebih awal tentang hal ni, cuma tak sure bila."
"Iya la tu..."
Seth menarik garis nipis di bibir. "Jangan risau Lia. Ianya bukan salah kau. Ianya keputusan aku sendiri. Pilihan kau untuk bersama Ares bukan hak aku untuk judge. Lagipun kau yang nak dan mahukannya. Aku tumpang gembira kalau kau happy."beritahunya semasa menggosok jari pada kesan contengan arang di buku sketch. "Lagipun datuk dan ayah aku orang berpengaruh dalam bidang ketenteraan, pelik la kalau aku tak terlibat jugak..."
"Kau sure tentang hal ni?"
"Ya Lia. Aku sure. Jadi jangan risau."
Liana mengetap bibirnya dengan erat sebelum memalingkan wajahnya ke tepi. Dia pandang ke siling cuba nak elakkan air mata yang bergenangan di kelopak dari tumpah ke pipi. Emo dia tak pasal-pasal.
"Aku harap Lana tak break down lepas tahu tentang Mathias nanti.."seloroh Seth saat turunkan kakinya dari sofa lalu sondong ke depan meja kaca di depan sofa tu untuk ambil botol mineral dari situ. "Dia orang berdua tu dah lah macam isi dengan kuku..pantang kalau berjauh sekejap."
Liana mengerling ke Seth. Lelaki itu sedang meneguk air dari mineral tu sebelum kembali sandar ke kerusi mengeluarkan telefon dari poket kot pula. "Bila hari tu?Aku nak hantar kau pergi boleh?"
"Lepas kita habis exam...hari esoknya terus gerak.."jawab Seth saat menaip sesuatu di skrin. "Tak apa ke kau nak hantar?"baru dia palingkan kepala ke sisi, bertentang mata dengan mata kemerahan Liana.
"Well at least aku temankan kau sebelum tak jumpa kau selama tiga tahun lepas tu.."cebik Liana dengan muka rajuknya.
Seth ketawa sambil menggeleng kepala. "Kau ni jangan la nak tarik muka macam tu, bukannya aku tak balik langsung...tiga tahun aje pun."
"Apa-apa aje la..."Liana silang tangannya ke dada memandang ke depan dengan muka tak puas hatinya.
"Kalau Ares tengok muka kau macam ni dia boleh cemburu tahu tak sebab kau risaukan lelaki lain selain dia?"sengih Seth meleret cuba menyakat Liana waktu itu.
"Mestilah aku risaukan kau. Lebih dari dia, aku kenal kau dah lama...benci mana sekalipun aku dekat kau, aku tetap ambil berat pasal kau, Seth..."
Senyuman terukuir di bibir Seth. Lelaki itu tunduk memandang skrin telefon tu dengan hati berbunga senang.
"Ya...ya...jangan risaulah. Aku video call kalau ada masa lapang...so relaks. Kalau kau macam ni, kau buat aku berbelah bahagi sama ada nak pergi ke tak!"
Liana menjuling mata menyampahnya. Hmm!Yalah tu!Tadi cara cakap macam tak kisah pun kalau pergi selama tiga tahun macam benda tu simple!"Tak ada mood aku nak sambung latihan untuk pertandingan minggu depan."keluh dia lepas tu.
"Elok la...tak payah practice. Biar aku aje yang menang pertandingan tu nanti!Aku nak tengok parents kau dengan atuk kau puji aku melambung-lambung.."
"Jangan nak melebih!Aku akan pastikan aku yang akan menang pertandingan ni nanti."
"Oh really?Kita tengok nanti.."Seth buat muka mencabar Liana.
"Blah la kau!"bantal kecil yang dipegang waktu itu Liana campak tepat ke muka tu.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...