🎶 CHAPTER 29 🎶
video Mozart symphony no. 40 (molto allegro)
Ringkas mengenakan dress labuh off shoulder dan bersanggul, Liana duduk di samping Seth sewaktu pasangan suami isteri Puan Daniela dan Encik Rudden duduk di barisan depan mereka. Menyaksikan persembahan di atas pentas itu, suasana dewan orchestra itu senyap walaupun padat dengan penonton kerana ingin menikmati Alunan lagu yang dipersembahkan oleh para perkusi di situ.
Kira-kira 100 orang duduk dengan alat muzik masing-masing sejak 20 minit persembahan dilangsungkan. Pada malam itu mereka akan mempersembahkan sebanyak 10 buah lagu untuk para penonton.
Dan waktu itu sudah masuk lagu keempat.
video Camille et Julie berthollet palladio
"Kau okay?"bisik Seth di sebelah memegang tangan Liana di arm rest kerusi tu.
Tersentak Liana, dia pandang ke tepi lalu bertemu muka dengan tatapan Seth. "Dahaga sikit. Tapi okay.."bisiknya kembali.
"Nak aku belikan air ke?"
Terus Liana menggeleng kepala, tersenyum nipis pada lelaki itu.
"Okay. Beritahu aku kalau kau tak selesa ke apa."Seth berbisik di telinga Liana sekejap sebelum dia kembali fokus memandang ke persembahan di atas pentas itu.
Untuk seketika Liana diam di situ, termenung memandang tangan Seth yang baru dia sedar sejak tadi ada di atas tangannya. Entah kenapa dia tidak menolak tangan itu ketepi. Sejak semalam lagi lepas perbualan di meja makan, dia tidak tenang. Memikirkan sesuatu yang tidak jelas telah buatkan tidurnya tidak lena.
Cerita lama mengenai ibubapa Liana itu masih bermain dalam fikiran dia.
Selama ini Liana tidak pernah terfikirkan apa-apa mengenai hubungan suka dan cinta bila bersama Seth. Yalah sepanjang masa mereka berkawan, layanan Seth pada dia ibarat lelaki berkawan dengan lelaki. Jarang la sekali Seth perlakukan dia sebagai seorang gadis. Sebab itu dia tak pernah terlintas yang Seth ada perasaan dekat dia atau tidak.
Sejak malam tu la baru Liana terfikir.
Dia teringat semula akan tahun-tahun sebelum ni
Hampir 10 tahun mereka berkenalan dan selama tu dia tidak pernah lihat Seth bersama dengan mana-mana gadis untuk dijadikan kekasih. Disebabkan tu, Liana seorang sahaja gadis yang bersama dengan Seth selama ni.
Setiap kali ada yang lafaz perasaan suka, Seth terus menolak milisaat kemudian tanpa berfikir Panjang. Kalah malaikat maut!Zass! Straight to the point.
Kemudian diikuti dengan kes dimana Liana sekalipun tidak dapat bercinta dengan sesiapa sepanjang masa meningkat remaja dia. Yalah...Liana fikir dirinya tidak menarik dan mungkin bukan taste lelaki untuk dijadikan kekasih.
Dan boom!Khabar angin mengenai mereka ni kekasih pun tersebar.
Sejak tu tak ada satu pun lelaki cuba confess atau datang jumpa dia untuk berkenalan. Pelik kan?
"Hey.."Liana singgul tepi lengan tu dengan siku dia.
Serta merta Seth pandang ke tepi. "Kenapa?"
Oleh kerana tidak mahu mengangguk penonton di situ, Liana anjak ke tepi Seth. Merapat pada lelaki itu supaya dapat berbisik di telinganya.Tindakan Liana itu buatkan Seth gemuruh, tapi dia kawal ekpresi wajahnya supaya kekal tenang. Sedangkan dalam diam, dia mengetap gigi sebaik saja bibir Liana tersentuh sedikit cuping telinganya.
"Kenapa kau tarik diri dari pertandingan dua tahun lepas masa aku masuk hospital?Kan sepatutnya kau boleh bertanding hari tu?"bisik Liana.
Seth kejung. Dia termenung sekejap memandang tangan dia yang masih memegang jari jemari Liana sejak tadi. Serius dia tak perasan langsung. Memang tidak dinafikan dia ada perasaan suka pada Liana sejak mereka berusia 12 tahun lagi. Awalnya dia fikir perasaan suka dia ni cuma perasaan ambil berat seorang abang pada adiknya, tapi bila dah meningkat dewasa baru dia tahu rupa-rupanya perasaan suka ni adalah cinta. Risau sekiranya dia rosakkan persahabatan mereka berdua, Seth simpan perasaannya itu tidak beritahu.
Persembahan di atas pentas masih berlangsung. Kini lagu yang dimainkan juga seakan tahu keadaan gemuruh yang dialami oleh Seth. Rancak tetapi penuh suspen..
Liana menjauh seleoas itu tetapi masih memandang tepi wajah Seth. Menanti lelaki itu menjawab. "Kenapa?"tanya dia lagi.
Bibirnya di ketap. Seth berasa dirinya dipenjuru dengan soalan itu. Mahu tak mahu matanya digerakkan semula ke Liana. "Sebab kalau aku ikut jugak pertandingan tu tapi tak fokus sebab risaukan kau..baik aku tarik diri terus."bisiknya. Jujur sewaktu Liana pengsan di belakang pentas kerana sakit yang dialami waktu itu, cukup hampir membuatkan jantung dia hendak berhenti berdegup. Mahu menangis pun ada masa tu, tapi dia kekal tenang demi membantu Liana ke hospital dan menguruskan gadis tu dari awal hingga akhir.
Tidak berkedip kerana memandang Seth bercakap, Liana tahan nafasnya supaya tidak mengenai wajah tu. "Still...kau patut stay masa tu. Kalau kau ikut pertandingan tu mesti kau yang dapat rank nombor satu tu...bukannya Redd Herling tu.."
Tertawa Seth dengan nama panggilan tu. Dia tersenyum sambil menggeleng kepala tak percaya. "Aku tak kisah la.."
"Kau menyesal ke bantu aku masa tu?"Tidak berfikir Panjang dengan pantas Seth menggeleng.
"Tapi aku menyesal.."
"Dah la..benda pun dah lepas. Kau tanya balik bukannya boleh buat apa-apa."pandang Seth ke arah pentas semula.
"Hmm..."Liana mengeluh panjang. Dia ikut pandang semula ke pentas. Tiba-tiba rasa menyesal mengenangkan apa yang berlaku dua tahun lepas. Tak pasal-pasal dia dragged Seth dengan masalah dia. "Sorry.."ucapnya perlahan.
"It's okay...bukan salah kau."Seth ramas jari jemari Liana tanda tak apa-apa.
🎶🎶🎶🎶🎶
Macam mana? Okay tak tu?
Disebabkan ianya bertemakan muzik klasik, Tinta harap yang membaca tu tak kebosanan ya.
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...