📜Good Luck📜

632 88 3
                                    

🎶 CHAPTER 53 🎶

Dari kejauhan lagi Seth boleh nampak Liana sedang berlari ke arahnya. Dengan lebar senyuman terukir di bibir dia melihat gadis yang mengenakan dress labuh lengan Panjang cekak leher sedang melambai tangan memanggil supaya dia tunggu. Sambil membetulkan pakaiannya, Seth berdiri di depan pintu kereta dengan gugup dan perasaan giddy.

          "Fuh!Nasib baik sempat sampai!"ucap Liana di balik nafas setelah berdiri di hadapan Seth.

           "Kenapa lari. Nasib baik tak jatuh. Aku tak ke mana pun."beritahu Seth memerhatikan gerak geri Liana dengan teliti setiap kali gadis itu bergerak.

           "Mana boleh. Kalau aku tak lari tak sempat aku nak hantar kau pergi..."Liana dekati Seth lalu berjengket dengan tinggi untuk menyarungkan rantai lucky charm yang dia buat dengan bantuan Lana semalaman. Jenuh la jugak sebab tangan dia kaku sikit guna playar untuk bentuk keychain kecil sepanjang rantai tu.

Dengan senyuman lebar di bibir, Seth tundukkan kepalanya untuk mudahkan Liana sarung rantai tu ke atas kepalanya.

             "Itu adalah lucky charm dari aku. Semoga kau menang pertandingan fencing tu dan dapatkan tempat pertama."beritahu Liana sebelum bawa tangan ke belakang badan.

            Seth tunduk memandang rantai di dadanya. Dia pegang pendant itu dengan hujung jarinya sebelum memandang Liana. "Terima kasih...aku akan pakaikannya masa perlawanan nanti."

Saat mereka berdua sedang berborak, rakan pasukan Seth dan master yang sedia menunggu di tepi kereta perhatikan dengan senyuman lebar di bibir. Ada juga yang sempat mengambil gambar guna telefon moment dua orang itu yang saling tidak ubah seperti kekasih menghantar prajurit ke medan perang.

Liana jenguk kepalanya ke balik bahu Seth. Bertentang mata dengan sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan di situ. Separuh daripada mereka adalah pelajar junior. Selebihnya baru senior. "Selamat pagi semua. Maaf saya ambik masa sikit."lambainya dengan ceria.

        "Tak apa. Ambil la masa..masih awal lagi ni."beritahu Master Trevor.

         "Wish kami menang Senior Lia!"

         Liana mengangguk kepala. "Awak semua pasti menang!Naikkan nama akademi kita ke peringkat emas!"dia angkat kepalan penumbuknya memberi semangat.

         "Kyaaa!Senior Lia memang cool!"sorak mereka di situ teruja sendiri kerana senior popular mereka yang cantik itu tersenyum kepada mereka. Serius mereka nak dekati Liana dan berkawan dengan gadis itu, tapi Seth terlalu menakutkan untuk mereka. Jadi mereka tidak pernah berani hendak bercakap dengan Liana apatah lagi dekati gadis itu.

Lantas Liana pandang semula kepada Seth.

          "Kau dah prepare semuanya kan?"tanya dia melirik penampilan Seth yang kemas mengenakan uniform akademi. Butang emas tersemat rapi di kedua-dua belah kolar kemeja. Tali leher hijau lumut terikat kemas. Dan kot hijau slytherin bersih tidak bercela dengan habuk mahupun benang halus. Kasut juga licin berkilat.

          "Dah. Barang aku dah pack awal sehari sebelumnya. Jadi memang siap check sebelum turun tadi."angguk Seth.

          "Alright. Stay cool and calm. Fokus pada pergerakkan lawan. Dan snap!Kau boleh buat Seth."

          "I will."

         Liana pandang tatapan dalam Seth waktu itu dengan perasaan serba salah dan sedihnya. "Aku tunggu kau balik. So please come back in one piece okay?"

          Tanpa mengatakan apa-apa Seth depakan tangan lalu mendakap Liana ke dalam pelukannya. Balik nanti dia akan bawa pingat emas untuk Liana dan juga lafazkan perasaan suka dia pada crush sejak kecilnya ini. "Call aku bila free okay."pesannya semasa memeluk erat sekeliling badan kecil itu.

          Oleh kerana Seth tinggi dari dia, sekali lagi Liana berjengket hendak merangkul bahu bidang lelaki itu. Buatkan dia terangkat sedikit dari lantai itu. "Kau pun. Good luck!"

          Sesaat kemudian Seth lepaskan pelukan dari Liana lalu tunduk mengutip beg yang dia letakkan tepi kaki sejak tadi. "Gerak dulu.."pamitnya semasa berpaling ke arah kenderaan yang bakal membawa mereka ke destinasi perlawanan nanti.

         "Bye semua!'lambai Liana memerhatikan Seth dibantu oleh pemandu kereta untuk menyimpan beg dalam bonet kereta sehinggalah lelaki itu masuk ke dalam seat penumpang. Tidak lama pintu kereta di tutup, tingkap pintu itu bergerak turun. Mendedahkan wajah Seth sedang melambai tangan kepadanya. Liana yang memang tidak berhenti dari lambai tangan, balas senyuman Seth dan melambai ke lelaki itu. Semoga semuanya berjalan lancar!

Hmm!

         "Liana.."satu suara menyentak menung Liana dekat tangga itu.

Dengan bingung Liana pun toleh ke belakang. Dan bila dia pandang pengawas pengutus diraja Ares sedang berdiri memandangnya.

          "Ares dah balik ke?"soal Liana serta merta dengan senyuman lebar di bibir. Hatinya melonjak girang setiap kali membayangkan wajah ceria yang suka tersenyum tu.

Pengawas itu mengangguk kepala sambil keluarkan sepucuk sampul dari poket kotnya lalu di suakan kepada Liana.

            "Terima kasih."hampir melompat kegembiraan di situ Liana capai sampul surat itu. Dan bila dia buka surat itu, senyuman lebar yang terukir di bibir dia perlahan-lahan memudar sebaik membaca isi kandungan surat itu.

Pengawas yang berdiri di depan Liana berkerut kening susah hati sebelum menundukkan kepalanya memandang ke bawah kerana rasa apa yang Liana sedang rasakan saat itu.

Liana cengkam surat itu hingga ia renyuk sebelum dia berlari ke arah pintu masuk akademi itu dengan linangan air mata turun membasahi pipi.

🎶🎶🎶🎶🎶

How is it? Okay tak jalan ceritanya?

Harap Buddies boleh follow jalan ceritanya.

Siapa perasan, sebenarnya Tinta guna cerita  Clumsy Cinderella dan Prince Charming sebagai guide buku yang ni. Jadi maybe ada certain pasrt tu macam familiar. Harap tak bosan la...🤣

Terima kasih sebab menunggu.

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now