🎶 CHAPTER 61 🎶
Waktu riadah lepas makan tengah hari itu diluangkan berdua dalam bilik umum pelajar senior. Dua orang itu duduk menghadap antara satu sama lain atas tembok batu jendela gergasi di bilik itu. Violin berada di atas bahu Liana sewaktu gadis itu tunduk membaca note muzik yang diletakkan atas bantal petak berwarna putih yang disarung dengan alas berbulu-bulu.
"Kau menungkan apa tu Lia?"tanya Seth sewaktu tunduk melukis dalam buku sketch dia. Badan bersandar ke belakang saat kedua-dua kaki di tegakkan menjadi meja melukisnya.
Liana menurunkan violin dari bahu saat pandang ke Seth. Tapi lelaki itu tidak memandang dia tapi buku sketch tu. "Tak ada apa-apa.."
"Kau sure?Sebab aku perasan kau asyik ulang note yang sama setiap kali gesek violin tu."Seth angkat kepala dia. Memandang tepat ke Liana.
Mereka berdua saling bertentang mata.
Hujung bibir Seth terjungkit naik. "Kenapa?"dia suka bila Liana pandang dia direct ke mata walaupun dia malu saat itu. "Kau ada something nak cakap ke?"
"Apa yang kau nak cakap pada aku hari tu?Masa kau balik dari pertandingan fencing tu?"
Tentang apa lagi. Jelas-jelas la tentang perasaan dia. Seth menarik nafas dengan Panjang lalu dihela lama. Dia tak tahu nak cakap macam mana memandangkan Liana menyukai Putera Mahkota Ares. Seth tahu dia tiada peluang untuk buatkan Liana suka atau terima cinta dia kalau dia confess. "Kau nak tahu ke?"soal Seth semasa duduk tegak dan bersila di situ.
"Kau nak beritahu aku ke?"Liana tahu apa yang Seth hendak katakan. Dia cuma nak dengar sendiri dari mulut Seth.
Buku sketch dia di letakkan ke tepi, sebelum Seth topang pipinya dengan kepalan penumbuk tangan kanannya yang ditegakkan atas lutut. Dia menarik senyuman boyishnya sewaktu pandang muka Liana. hanya bantal petak di situ yang memisahkan jarak mereka berdua.
"Boleh je...tapi apa aku dapat kalau aku beritahu kau?Bukannya aku dapat benefit darinya..memandangkan aku dah tahu apa resultnya nanti."
Liana pandang Seth dengan mata di kecilkan. Apa yang Seth cuba sampaikan sekarang ni?Tunjuk muka macam tu kenapa?nak cuba goda dia ke apa ni? "Apa yang kau cuba katakan hah?Jangan nak mengada. Kalau nak cakap..cakap..kalau tak nak sudah."dia kembali bawa violinnya ke bahu.
Namun saat bow hendak di bawa naik , Liana dikejutkan dengan satu rentapan pada tali leher uniformnya dan dia bertemu muka dengan Seth kerana lelaki itu yang menarik tali leher tadi.
Liana pandang dengan mata berbutang kaku wajah Seth.
"Kalau aku cakap aku sukakan dekat kau? Apa kau nak buat?"bisik Seth di depan muka Liana.
Terkejut la!Ada ke main tarik aje tali leher dia. Cakap tu cakap aje la! Lagi satu, perlu ke rapat macam ni?Kalau student lain Nampak kan malu? "Kau nak aku buat apa?Kan kau dah tahu aku suka dekat Ares?"
Tali leher yang dipegang dia dipintal dalam tangan. Membuatkan Liana terpaksa rapat ke depan. Bila hidung mereka hampir bersentuhan, Seth menarik sengih meleretnya."Kau dengan dia dah putus kan..Lagipun peluang aku untuk bersama dengan kau lagi tinggi dibandingkan dengan Ares?"
Disebabkan Liana telah mengetahui perasaan Seth sejak awal dia tidak terkejut. Malah lega sebab dapat dengar sendiri Seth mengakuinya. "Not that easy you punk head!"dia hantuk dahinya ke dahi Seth dengan perlahan.
"So kau reject perasaan aku la ni?"Seth berdengus kecil sebelum melepaskan tali leher Liana untuk menggosok dahinya yang dihantuk tadi. Hatinya tidak sesakit kali pertama dia dengar berita tentang hubungan Liana dengan Ares. Jadi confession dia ni sedikit sebanyak telah lapangkan dada dia.
Liana melurutkan tali lehernya semasa pandang Seth. "Kenapa?Kalau aku reject kau, kau tak nak berkawan dengan aku lagi ke?"
"Kau tak nak?"sengih Seth sebelum capai buku sketch dia semula dan duduk sandar ke belakang. kakinya di tegakkan.
"Kita tanya dia, dia tanya kita balik?"Liana menarik muncung.
"Kau ingat aku ni apa?Takkan la sebab kau reject aku, aku nak bazirkan hubungan 10 tahun kita macam tu aje. Ya tak apalah. Kalau kau tak boleh terima aku sekarang...hari kemudian kan ada. Bukannya susah. At least kau tahu aku sukakan kau."beritahu Seth semasa mula melukis.
Dah agak dah. Liana tahan dirinya dari tersenyum. Dia tahu Seth takkan tinggalkan dia. "So kau tak marahkan aku?"
Seth menggeleng kepala. "Tak...aku cuma jelous. Sebab kau sukakan Ares bukan aku."
Seth ni kan selamba aje bercakap!Buat orang berdebar aje la!"Aku tak tahu dia tu putera mahkota pun..lepas Redd bawak aku ke istana baru aku tahu.."cebik Liana dengan perlahan.
"Kau tak tahu?"
"Ya..kalau aku tahu dari awal lagi aku dah jauhkan diri selepas kita orang jumpa hari pertama dekat hutan.."
Seth menggeleng kepala. Kesal dengan Ares. "Ya nak buat macam mana. Benda dah jadi. Kau dengan dia pun dah putus kan sekarang..."
Putus tu memang la. Masalahnya sekarang dia cuba nak move on. Tapi kehadiran Ares ke akademi tak membantu! Entah kenapa dia boleh rasakan something akan berlaku sepanjang waktu Ares di akademi ni.
✳️✳️✳️✳️✳️✳️
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
CasualeKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...