🎶 CHAPTER 23 🎶
Helaian kertas yang terisi dengan butiran maklumat pertandingan diedarkan kepada mereka dalam kelas tu oleh ketua kelas. Setiap seorang yang memperoleh kertas itu pula tunduk membaca isi kandungan yang disertakan saat ketua kelas menyampaikan penjelasan.
"Seperti yang kau orang nampak dalam kertas yang aku baru bagi, setiap seorang pelajar dapat jalani sesi pemilihan untuk pertandingan ni nanti. Bagi mereka yang lulus setiap pusingan akan bertanding sehingga ke pusingan akhir. Yang mana bakal menentukan siapakah peserta yang dapat menyandang gelaran Muse Diraja Genovia."Ketua Kelas Cindy berdiri di depan kelas saat dia bercakap.
Rakan sekelas yang lain duduk diam di meja masing-masing. Semuanya di situ memberi perhatian dengan tekun tanpa bersuara sedikit pun.
"Di dalam kertas ni terdapat senarai lagu, peringkat, peraturan pertandingan, juri serta tentatif yang bertarikh untuk sepanjang proses pertandingan ni dijalankan.."tambah Cindy lagi.
"Muse Diraja?Apa tu?"
"Kau ni...takkan itupun tak tahu."
"Kalau aku tahu tak adanya aku tanya wei..."
"Muse Diraja adalah pemuzik yang terpilih khas untuk menerima anugerah perintis muzik dari raja. Anugerah ni dapat beri benefits lepas kau orang keluar dari akademi ni atau berniat hendak melanjutkan pelajaran kau dalam bidang muzik." jelas Cindy.
"Wah!!!Putera Mahkota adalah salah seorang daripada juri kali ni la.."
"Mana?"
"Ni..dekat nama atas sekali lepas nama Master Karina."
"Putera Mahkota Ares Geovanni."
"Kyaaa!!!Aku nak join!Aku nak join!"
Mereka semua di situ mula bersuara kerana terlalu teruja. Masing-masing berborak sesama mereka menyampaikan hasrat dan keinginan.
"Tapi kau orang semua kena ingat. Pertandingan ni adalah kalah mati. Siapa yang tersingkir takkan dapat apa-apa benefit atau kelebihan. Jadi tolong bertanding dengan bersih. Jangan Guna cara kotor atau menipu. Semuanya ini adalah mengenai bakat dan kualiti. Ingat tu?"pesan Cindy kepada mereka semua di situ dengan renungan tegas.
Antara ramai-ramai di situ, Liana di meja sebelah pintu keluar tunduk termenung memandang kertas di mejanya. Tidak seperti orang lain, dia sedikit pun tidak menunjuk ekpresi teruja atau bersemangat.
"Kau nak join ke?"muncul Lana bercangkung di sebelah mejanya tiba-tiba.
Untuk seketika Liana pandang muka comel Lana sebelum mengetuk dahi tu dengan hujung pen yang dia pegang. "Ish kau ni...terkejut aku la.."beritahunya sebelum membaca butiran di dalam kertas tu semula. Apa yang menarik perhatian dia adalah lagu yang disenaraikan dekat dalam kertas tu. Entah kenapa setiap lagu yang disenaraikan tu adalah lagu yang kerap dia mainkan sewaktu duduk lepak di dalam hutan. Ke kebetulan aje.
Entah la...
"Kenapa kau nak sertai pertandingan ni ke?"tanya Liana lepas dia baca.
"Hehehe..."Lana tersengih. "Tak adalah. Aku tak ada chance punya nak dapatkan gelaran Muse Diraja tu. Ramai lagi orang berbakat dari aku...macam kau."
Bait kata Lana itu buatkan dia merasa ada maksud tersirat. Apa lagi kawannya ini cuba hendak lakukan. "Kenapa kau pandang aku macam tu?"
"Duhh...obviously!Aku nak kau sertai pertandingan ni la.."Lana tepuk lengan Liana kerana geram dengan sikap blur Liana tu. "Di tanya lagi.."
"Memangnya aku dapat apa kalau sertai pertandingan ni selain migrain?"ujar Liana bernada tidak berminat sama sekali. "Penilaian mingguan aje dah cukup buat aku jadi zombie sebab tak dapat nak tidur lena...ini kan lagi pertandingan berisiko tinggi ni?Ihh...memang tak la.."gelengnya kengerian.
Menggunakan taktik kegemarannya, Lana mencebik manja lalu pegang lengan Liana. "Alahh...Lia. Join la pertandingan ni...aku pun nak tengok kau cipta nama. Please...please..."rengeknya.
"Tak kuasa lah aku...Muse ke apa moose kejadah tu."tangan Lana di tolak ke tepi. Rimas di goyang-goyang begitu. " Aku tak berminat nak join. Ramai je yang lebih bagus dari aku dekat sini.."
Dengan marah Lana berdiri tegak dari bercangkungnya. Dengan mengejut dia sondong ke depan meja itu. mendekatkan wajah ke muka Liana. "Kau tahu...dengan cara ni kau boleh berjumpa dengan putera mahkota?"bisiknya dengan menyeramkan.
Membulat mata Liana semasa muka Lana begitu hampir dengan dia. Hujung hidung mereka nyaris mahu bersentuhan. "So?"apa kaitan putera mahkota dengan dia. macam la dia hairankan sangat dengan lelaki yang terkenal dengan sikap tak guna sama seperti Puteri Aria tu!?Mintak simpang. Better lagi Guitar Boy dia!
"So...Kau boleh cipta sejarah la. Kan biasanya orang kenamaan dan lady dari keluarga duke serta lord aje dapat bertemu dengan keluarga diraja. Nah...kita ni orang biasa takkan dapat peluang begini sampai bila-bila untuk bertemu dengan mana-mana keluarga diraja..just imagine la kan...kau masuk pertandingan tu...jumpa putera mahkota sebagai juri. tak ke legend namanya tu.."
Ish!Perempuan ni taksub betul dengan putera mahkota kenapa! Liana tolak Lana jauh darinya. "Dah la kau...yang bukan-bukan aje."
"Join ya Lia...aku akan jadi penyokong tetap kau nanti."
Liana tidak menghiraukan Lana sepanjang masa kawannya itu merayu kepada dia.
🎶🎶🎶🎶🎶
Macam mana? So far okay ke?
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
SonstigesKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...