📜KENAPA KAU TANYA?📜

624 91 6
                                    

🎶 CHAPTER 79 🎶

Dengan renungan tak percayanya, Puteri Aria pandang Putera Mahkota Ares bersama tangan bersilang di dada. Waktu itu mereka ada di hallway bangunan hospital private diraja. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan memandangkan kawasan itu private, media ke paparazzi ke memang tiada chance nak masuk atau ambil gambar. Pengawal keselamatan pun tak diperlukan untuk menjaga.

"Baik kau beritahu aku?"tanya Puteri Aria.

Putera Mahkota Ares hanya membuat muka tidak berminat dia. "Kau nak aku beritahu apa?"

Puteri Aria tunjuk ke pintu dimana Liana sedang menerima rawatan. "Perempuan dekat dalam tu..beritahu pasal apa lagi?"desisnya kegeraman.

"Kenapa dengan Liana?"Putera Mahkota Ares menjungkit kening kirinya semasa pandang Puteri Aria. Dia tahu Puteri Aria pasti marah dengan kejadian yang berlaku di akademi awal tadi. Tapi dia tak boleh nak buat apa-apa mengenainya memandangkan Liana pengsan. Takkan dia nak biarkan aje!

"Kenapa dengan Liana kau tanya?Hello...sejak bila pulak kau dengan Liana tu rapat hah?Seingat aku la kau ni lelaki paling kayu pernah aku jumpa seumur hidup aku. Tak pernah-pernah kau kisah pasal perempuan...tetiba bantu Liana yang aku sendiri tengah bencikan dekat dalam tu!" beritahu Puteri Aria begitu tak percaya melihat sikap Putera Mahkota Ares buat muka innocent tak tahu apa-apa.

Kalau Puteri Aria boleh bersama dengan commoner, kenapa tidak dia. Lagipun yang Puteri Aria nak naik angin satu badan ni kenapa?Memangnya dia ada susahkan sesiapa ke dekat sini. "Cakap elok sikit eh...ingat aku sikit, ini abang kau bukan member kau nak cakap ikut suka..."beritahu Putera Mahkota Ares.

Puteri Aria pun apalagi, dia terus cekak pinggang tarik nafas dalam lalu dihembus kasar. "So...Liana la punca kau frust bagai nak apa hari tu?Sampai tak nak makan segala bagai. Sejak bi-sekejap!"dia terdiam seketika apabila teringatkan sesuatu.Lantas matanya bergerak dari muka Putera Mahkota Ares lalu ke pintu bilik rawatan kemudian kembali ke muka Putera Mahkota Ares. "Oh my god!"lafaz Puteri Aria setelah sedar apa yang sebenarnya telah berlaku. " No way in hell! Takkan la kau orang berdua-punca kenapa kau selalu curi keluar istana adalah sebab Liana...kau orang berdua dah berjumpa sejak lama dulu..."

Putera Mahkota Ares gerak menyeluk tangannya ke dalam poket seluar lantas sandar ke dinding. Sendiri tanya sendiri jawab. Baik tak payah tanya! "Betul la tu.."dia mengiakan.

Terus Puteri Aria jatuhkan tangan yang mencekak pinggang ke bawah kerana berasa tak percaya.

"Apa ni...kenapa aku tak tahu...kau dah bersama dengan Liana sejak awal lagi..dah berapa lama?"

"2 tahun kami berkawan sebelum rasmi tiga bulan lepas rasanya.."

"Bonda tahu?"

"Mestilah...dia awal-awal reject sebab salah faham parents Liana dengan bonda 20 tahun yang lalu."

Mulut Puteri Aria terbuka sedikit. Dia agak terkejut dengan kenyataan tu. Salah faham apa?Bonda mereka bantah pasangan yang abang dia mahukan?Wow!That's new! "Sebab tu kau tak ada mood?Sebab bonda halang kau bersama dengan Liana?"Well deserve that!

"Asal?Kau pun nak halang jugak?Sebab boyfriend kau sukakan Liana..bukan kau?" Putera Mahkota Ares pandang Puteri Aria naik turun judging. "Jangan kau cuba nak cari pasal dengan Liana ya...aku dapat tahu elaun bulanan kau, aku potong separuh!"

Mencebik Puteri Aria dibuat tomahan tu. Memang la dia jelous, tapi tak adalah sampai nak bermusuhan teruk dengan Liana tu. Cari gaduh!Oh please! Rutin harian dia adalah mengangguk ketenteraman Liana. Liana pun rajin je nak melayan! "Tak adalah. Tanya je. Yalah. Aku cuma kesian kan Liana sebab dapat lelaki menyakit hati macam kau ni!"terus dia pukul tepi lengan tu sebab jengkel.

Putera Mahkota Ares berdengus.

"Cakap aku...diri kau tu tak menyakitkan hati?Cuba kau tanya orang dekat sekeliling kau...mesti ramai yang kau...bukan aje bratty...menyakitkan hati sekali pun ada..."balas Putera Mahkota Ares saat menunjal tengah dahi Puteri Aria dengan perlahan.

Dengan kasar, Puteri Aria tepis tangan tu. Suka hati main kepala! Penampar nanti baru tahu!

"Berlagak.."Puteri Aria berdecit menyampah.

Dan...dan.

Pintu bilik rawatan terbuka. Doktor yang merawat Liana berjalan keluar dari situ.

Serta merta Aria dan Ares berdiri menghadap doktor tu.

"Macam mana?"tanya Putera Mahkota Ares.

Dengan senyuman di bibir doktor tersebut mengangguk kepala. "Jangan risau. Pesakit Liana hanya mengalami dehidrasi, sebab itu dia demam hingga menyebabkan panas dalam. Selain tu ujian darah dan tekanan darah semuanya normal. Jadi tuanku tidak perlu risau. Nanti habis drip dah boleh balik.."

"Sure ke ni?Kan dia pengsan tadi?"tanya Puteri Aria skeptikal. "Dah check betul-betul belum?"

"Sudah tuan puteri..tekanan darah dia rendah sebab itu dia pengsan. Tuan puteri jangan risau. Kawan tuan puteri tak apa-apa.." beritahu doktor itu semasa memandang mesra ke Puteri Aria.

"Siapa cakap dia kawan saya.."balas Puteri Aria dengan menyampah. "Dia tu teman wanita abang saya ni...tak kuasa saya ada kawan macam dia tu."beritahu Puteri Aria sebelum berdetak pergi meninggalkan doktor dan Putera Mahkota Ares berdua dekat situ.

Terkebil-kebil doktor tu bila pandang langkah Puteri Aria masa tu. Kalau bukan kawan kenapa gaya macam risau je bila bertanya?

"Hiraukan aje Puteri Aria tu...budak tak matang memang macam tu.."seloroh Putera Mahkota Ares.

Tertawa kecil doktor tu dengan komen Putera Mahkota Ares. "Kalau tiada apa-apa saya minta diri dulu."

"Baik. Terima kasih untuk semuanya." ucap Putera Mahkota Ares dengan tundukkan kecil.

Doktor itu balas dengan anggukan sebelum beredar meninggalkan Putera Mahkota Ares.

Seketika kemudian barulah Putera Mahkota Ares masuk ke bilik rawatan tersebut. Masuk sahaja ke situ seorang jururawat baru saja selesai menyelimutkan badan Liana, bila perasaan kehadirannya di situ cepat-cepat jururawat itu beri tundukkan hormat sebelum keluar dari situ.

Liana di atas katil sedang lena kerana ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor tadi. Wajah gadis itu kelihatan pucat keletihan. Bibir juga merekah kemerahan kerana panas dalam.

Lantas Putera Mahkota Ares ambil tempat di kerusi sebelah katil, dia duduk di situ sambil menggengam jari jemari Liana dengan kedua-dua tangan dia. Serba salah sebab tak peka dengan keadaan Liana sampaikan gadis itu sakit pun dia tak sedar.

Risau dia bila tengok Liana terlantar begini.

"Hurry wake up my love.."ucap Putera Mahkota Ares sebelum mengucup tangan tu lalu di bawa ke pipinya.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now