📜Seth!📜

604 87 5
                                    

🎶 CHAPTER 37 🎶


Satu mug berisi dengan hot chocolate di letakkan atas meja sebelum Seth tarik kerusi dan duduk disitu. Desk lamp warna putih dinyalakan supaya memudahkan sesi menelaahnya. Baru sahaja Seth mencapai buku teks dari rak depannya, tidak semena pintu bilik itu terbuka lalu diikuti dengan suara marah-marah kedengaran.

         "Apa yang kau fikir kau cuba buat Redd..."

         "Kan aku cakap aku tak ada kena mengena dalam hal ni!"

         "Rakan pasukan kau ganti tempat aku dan yang lain!Kau tak tahu!?Jangan nak buat lawak!"

Waktu itu Mathias dan Redd berjalan masuk ke bilik dalam keadaan marah-marah. Seth yang terkejut dengan pertengkaran itu terus berpusing ke belakang. memandang dua orang itu dengan riak terkejut dan kebingungan.

BAM!

          Redd menghempas beg dengan kuat ke atas   meja belajar sebelum menghadap Mathias yang lebih kurang sedang keberangan. "Semuanya Aria punya kerja!Dia yang mintak aku berikan ahli kumpulan aku pada dia dengan alasan sebagai teman latihannya. Mana aku tahu dia akan bubarkan kumpulan kau macam tu je!"

Seth perlahan-lahan bangun dari kerusinya lalu berdiri dekat situ menghadap Mathias yang sudah kemerahan wajah sementara itu Redd kelihatan serabut dan tidak terurus. Baju tidak di tuck ke seluar, tali leher longgar, rambut pula seakan telah dikuak banyak kali.

        "Ada apa ni?"soal Seth dengan muka tidak fahamnya di situ.

         Dengan laju Mathias palingkan mukanya ke Seth lalu tunding jari ke depan muka Redd. "Lelaki tak guna ni dah buatkan Liana dan Lana menangis kerana keputusan Puteri Aria membubarkan pasukan quadruplet kami bertiga hari ni!"ketapnya menahan sabar.

        Berketik rahang Redd saat dengar. Dia turut mengetap gigi menahan sabar waktu itu. Kepalan penumbuk erat di genggam dalam tangan. "Bukan salah aku!Puteri Aria sendiri yang buat keputusan ni. Aku sendiri baru tahu hal ni!"

         Seth pandang akan Redd dengan dada mula naik turun hendak hilang sabar. "Apa yang kau dah buat Redd!"

          "Kau tahu tak betapa pentingnya kumpulan quadruplet ni pada Liana dan Lana?Dia orang perlukan markah dari persembahan mereka untuk lulus dalam penilaian nanti sebab mereka tidak ambil kelas seni. Kalau mereka gagal!Mereka takkan dapat lepas!Apa yang kau fikirkan dengan membiarkan Puteri Aria miliki antara tiga pemain terbaik kelas kau!?"soal Mathias dengan mata kemerahan.

          Dengan marah Seth mengatur langkahnya ke arah Redd. Dan tanpa amaran dia terus mencekau kolar baju tu. "Apa lagi yang kau dah buat kali ni Redd!"deramnya di depan muka tu.

Tidak berkata apa-apa mahupun bergelut, Redd sekadar berdiri di situ memandang Seth. Matanya mula berkaca. Entah la dia nak buat apa pun tak tahu!Kalau dia jelaskan malah dirinya akan di persalahkan.

           "Kenapa kau bencikan Liana sangat!Apa salah yang dia dah buat pada kau!"tanya Seth dengan kening berkerut marahnya. "Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat pada dia?"

           Mathias terduduk dekat atas meja belajarnya sambil tunduk memegang kepala kerana berasa pening akibat terlalu marah. "Kita orang dah praktis untuk persembahan kita orang nanti...dan sekarang semua tu dah tak ada guna lagi."bisiknya dengan lemah tiada semangat.

Seth di situ diam memandang wajah kelam Redd. Dia benar-benar tidak faham kenapa Redd tidak pernah berhenti untuk susahkan hidup Liana dalam akademi ni. Dan sekarang Redd lakukan hal yang sama seperti dua tahun yang lepas.

          "Kau memang lelaki tak guna tahu tak!"beritahu Seth sebelum melepaskan kolar Redd pada masa yang sama menolak lelaki itu ke belakang. "Kalau hal ni buatkan Liana susah hati dan jatuh sakit. aku bersumpah Redd...aku sumpah aku takkan biarkan hidup kau senang!"beritahunya penuh dendam di depan wajah tu.

           Tiba-tiba Redd ketawa. Dia pandang funny ke arah Seth kerana mendengar ucapan nekad dari lelaki tu. "Jangan nak berlagak macam Liana tu kau punya boleh tak?"

           "Kalau aku cakap Liana tu memang kepunyaan aku. Kau nak buat apa?"tanya Seth dengan sengih berlagak di bibir. "Jangan cabar aku Redd. Aku bersabar dengan kau selama ni sebab Liana. Kalau bukan disebabkan dia, dua tahun lepas dah lama kau kena kick dari akademi ni macam tu aje!"

Mathias di belakang Seth waktu itu turut memandang benci akan Redd saat itu. Dia begitu berang dan sama-sama menyebelahi Seth waktu itu.

           "Siapa kau nak ugut-ugut aku!Memangnya kau owner akademi ni ke siap nak kick aku! Jangan nak acah bagus la!"cebik Redd dengan mengejek.

Hujung bibir Seth terjungkit sinis. Dia pandang Redd dengan bangga.

          "Aku?Aku adalah waris tunggal Marquise Royal Genovia Lord Rudden Devereaux, sepupu dari keluarga Diraja Thermopolis iaitu anak saudara Raja Giovanni. Kau ada masalah ke dengan hal tu?" jawab Seth dengan tatapan seriusnya. Kalau boleh dia tidak mahu mengungkit. Seboleh dia mahu kekal low profile. Tapi bila dah dicabar ni, pantang betul la nak dibiarkan!

Terkedu Redd waktu itu, matanya bulat memandang akan lelaki di depannya itu. Nafasnya tertahan tanpa sedar.

Mathias yang tahu siapakah Seth yang sebenarnya sedikit pun tidak terkejut, dia hanya renung Redd dengan bengis. Berani-berani Redd buat Lana menangis! Selama dia berkawan dengan gadis itu tidak pernah dia cuba sakiti Lana apalagi berkasar hingga buatkan Lana menangis! Mula-mula Liana, dan sekarang Lana pula.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

Hopefully Buddies yang baca enjoy cerita ni.

Dan terima kasih sebab sudi menunggu update untuk hari ni.

Kalau sempat Tinta update banyak sikit ya.

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now