📜Fake📜

605 79 1
                                    

🎶 CHAPTER 68 🎶

Dengan langkah riang, senyuman lebar di bibir, tangan memegang satu bekal yang disimpan dalam beg berwarna Puteri Aria jalan merentasi koridor menuju ke studio dimana Redd berada. Disebabkan hanya Redd sahaja yang melepasi pusingan kelayakan dua hari lepas, Puteri Aria telah memasak sedikit juadah untuk lelaki tu makan. Sebagai tanda sokongan dan taniah atas kejayaan teman lelakinya.

Jadi selepas tamat sahaja kelas, Puteri Aria terus bergegas keluar dari kelasnya.

Sesampai Puteri Aria di depan pintu studio Redd, dia di sapa dengan pemandangan dimana pelajar-pelajar dari kelab fans Redd berkerumun depan dinding kaca ruangan tu. Well...bukan dia tak kisah, tapi Redd sudahpun menjadi teman lelakinya, jadi peminat-peminat yang berkerumun itu bukan pesaing dia.

Tanpa ketuk mahupun memberi maklum kehadirannya ke situ, Puteri Aria menonong masuk ke dalam studio itu.

         "Good morning Senior Redd..."suara ceria Puteri Aria booming di dalam ruangan serta merta sebaik sahaja gadis itu berjalan masuk.

Redd menjadi Redd, lelaki itu tidak menghiraukan kehadiran Puteri Aria seperti biasa. Dia yang duduk di kerusi menghadap piano tekun memandang note musik dalam kertas di depannya sewaktu jari jemarinya menekan kunci piano di situ.

          "Senior dah makan ke?Kalau belum senior tak payah turun ke dewan makan hari ni ya. Saya ada bawakan bekal khas untuk senior. Awal pagi tadi saya sediakannya.."beritahu Puteri Aria sambil meletakkan beg bekal yang dibawanya atas piano di depan Redd.

Mata Redd tidak berganjak dari meneliti tulisan yang ada pada note muzik semasa jari jemarinya lancar menekan-nekan kekunci. Alunan muzik yang berentak indah sekejap-sekejap menenggelamkan suara Puteri Aria.

Dan layanan dingin dari Redd itu sudahpun terbiasa dengan Puteri Aria. Ianya bukan kali pertama buat gadis itu menghadap sikap acuh tak acuh dari Redd. Dari awal sampai la ke sudah, Redd sedikit pun tidak tunjuk sebarang minat terhadapnya. Memang la dia ynag paksa, tapi at least tunjuk la sikit reaksi, ini tidak pasang muka kayu tak ada perasaan sepanjang masa.

         "Senior Redd...dengar tak apa saya cakap?" lengan Redd Puteri Aria. Dia goncang lengan tu cuba hendak tarik perhatian lelaki tersebut.

Namun tindakan Puteri Aria telah menyebabkan tangan Redd teralih dari papan kekunci piano dan note lagu turut lari dari intonasinya yang betul.

DIIINNGGGGG!

Terhenti terus Redd dari mengetik papan kekunci di situ. Dalam diam dia mengetap gigi lalu memalingkan muka ke Puteri Aria. Jelas air muka dia waktu itu, dia tiada mood hendak menghadap antic Puteri Aria masa tu. Sebab dia tengah fokus dengan latihannya. Semua orang dalam akademi tahu dia punya style kalau dalam studio latihan. Selain dirinya tiada siapa dibenarkan untuk masuk atau menganggu session dia selagi tidak selesai. Dan Puteri Aria dengan beraninya lakukan hal yang tak pernah di buat orang.

         "Tak nampak ke apa saya tengah buat?"tanya Redd lepas tu.

Puteri Aria menarik sengih menampakkan barisan giginya. Dia langsung tidak mempedulikan wajah bengang Redd. Langsung tidak mengerti apa itu privacy boundary. Bagi Puteri Aria, kalau dia nak dia dapat!

         "Hehehe...sekarang senior dah berhenti kan?Apa kata rehat sekejap?Boleh minum dan makan bekal yang saya bawa ni.."bekal tadi dia turunkan dari atas piano lalu diletakkan atas ribanya.

Bersama riak muka kesal dan menahan sabarnya, Redd sempat mengerling ke dinding kaca yang mana sedang dikerumuni dengan student lain. Ramainya la yang menonton. Dia tahu kalau dia buat perkara yang tak sepatutnya, khabar angin yang tak baik dengan mudah bakal tersebar. Nak tak nak terpaksa la dia diamkan diri dan perhatikan sahaja Puteri Aria mengeluarkan makanan dari bekas tu lalu di sua ke depan mulutnya.

        "Apa tuan puteri sedang lakukan?"soal Redd dari balik ketapan gigi menahan sabarnya.

        Puteri Aria menganga."Ahhh...makan ni .Saya suapkan."ujarnya sebelum tersenyum manis.

MAta Redd memandang garpu yang ditusuk dengan daging bakar sebelum naik memandang muka Puteri Aria. Bosannya dia menghadap semua ni hari-hari. Bukannya Puteri Aria ni tak cantik. Cantik sebenarnya. Tapi disebabkan sikap memaksa Puteri Aria ni buat dia muak. Yalah dah orang tak suka, nak dipaksa-paksa buat apa. Macam la hati dia ni boleh berubah dalam masa sehari dua dari menyukai Liana?

Tapi tak apa...sabar kan aje la. Nanti bila dia berhenti dan keluar dari akademi ni, dia akan bebas dari kekangan Puteri Aria.

         "Maaf tuan puteri. Saya tak ada lapar."tolak Redd semasa memegang garpu tersebut kemudian di turunkan dari muka dia.

         Air muka ceria Puteri Aria terus berubah. "Kenapa?Tak suka daging?Saya ada sediakan buah?Tak pun ada salad kalau awak tak makan daging.."ajunya masih tidak berputus asa.

Lantas Redd tersenyum handsome. Memandangkan Puteri Aria cakap dengan cara baik tak jalan, terpaksa jugaklah dia lakukan cara ni!

         "Perkataan apa yang tuan puteri tak tahu sampai apa yang saya katakan tuan puteri tak boleh nak faham?"

Mulut Puteri Aria terbuka. Dia nak bersuara, tapi tak sempat.

         "Kalau saya kata tak nak. Maknanya saya tak nak.."tanya Redd sambil tersenyum lalu mengangkat tangan kanannya sebelum menyelak anak rambut Puteri Aria ke belakang telinga. "Ingat...saya terima permintaan menjadi teman lelaki tuan puteri sebab saya dah bosan hadap dengan perangai bratty tuan puteri yang asyik memaksa saya."bicaranya dengan nada ceria. Dia nak orang yang berada dalam luar bilik di dinding kaca bilik tu Nampak dia dan Puteri Aria mesra. Nak tak nak dia kena berlakon.

         "Tapi saya cuma-"

          "Tolong berhenti buat perangai menggedik ni...saya dah sedia jengkel...jadi jangan tambah rasa muak saya terhadap tuan puteri lagi."beritahunya sebelum tersenyum manja.

Puteri Aria yang duduk membelakang dinding kaca itu tidak dapat dilihat oleh pelajar-pelajar yang ada di luar itu membuat muka bungkamnya. Dia terkejut sebab tak sangka yang Redd boleh cakap perkataan tu dengan muka tersenyum.

            "Senior Redd...jangan la ma-"

             "Sebelum saya malukan tuan puteri lebih lagi, baiknya tuan puteri keluar dari sini."arah Redd tanpa berkedip sekalipun sejak tadi.

              Puteri Aria mengatup bibirnya dengan perlahan. Lantas keningnya mencerlung tidak puas hati. Dia kehairanan. Kenapa dengan Redd ni?Selama ni okay je?Hari ni lain pulak layanannya. Ayat yang diluahkan pun semacam. Ini mesti ada kaitan dengan Liana ni! "Senior jumpa dengan Liana lagi ya?"

              Redd menjuling mata kejengkelan saat pandang Puteri Aria dekat sebelah. "Kenapa ya...tuan puteri mesti nak kaitkan dengan Liana sedangkan dia tak ada kaitan pun?Boleh tak berhenti dengki kan dia??Kalau tuan puteri tak nak saya putuskan hubungan ni. Baik tuan puteri berhenti sebut nama Liana depan saya!"disebabkan Redd tak boleh nak sabar, dia terus merenggus kasar dan kembali menekan papan kekunci pianonya. Saat itu dia memulaukan kehadiran Puteri Aria.

              Kembang kempis hidung Puteri Aria waktu itu. Dia pandang bengis ke tepi muka Redd ssebelum mengangguk perlahan."Sorry ganggu."ucap dia sebelum bangun dari situ dengan muka blushing menahan marah.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now