🎶 CHAPTER 78 🎶
Terima kasih pada tindakan Putera Mahkota Ares itu, semua pelajar yang terlibat dalam persembahan untuk hari itu berjaya menghabiskan sesi masing-masing tanpa rasa gugup atau melakukan sebarang kesilapan. Sampailah giliran Liana orang terakhir untuk hari tersebut.
Seth orang kesembilan berjalan turun dari pentas tu sewaktu Liana bangun dari kerusi. Sambil di pimpin oleh Lana.
"Kau sure ke ni?Muka kau pucat sangat dah ni?"bisik Lana semasa pegang beg violin Liana.
Sambil mengangguk kepala Liana mengiakan. "Jangan risau...aku boleh tahan lagi. Demam aje pun. Dah duduk."bisiknya sebelum berjalan keluar dari barisan kerusi lantas berselisih dengan Seth.
Waktu itu Ares di kerusi juri perhatikan langkah Liana sehinggalah gadis itu tiba di atas pentas. Namun dari situ Ares mengesan ada yang tak kena bila pandang Liana atas pentas. Ada sesuatu tak kena! Berkerut kening dia waktu itu.
"Baiklah Liana, adakah kamu telah bersedia?"tanya emcee.
Liana beri anggukan saat bawa naik violin ke atas bahu kiri dan mengangkat bow di tangan kanannya bersedia hendak memulakan persembahannya. Dia tarik nafasnya dengan dalam sebelum dihela sedikit demi sedikit untuk hilangkan rasa letih demam yang dia rasakan waktu itu.
Sepanjang masa Liana membuat persembahan, Lana dekat kerusi tu dah macam nak apa dah! Kaki bergoyang tak tenang, kuku jari di gigit resah, dan dia langsung tak boleh duduk diam sebab risaukan Liana. Dalam hati sempat dia berdua supaya Liana tak apa-apa. Jangan pengsan sudah!
"Kau kenapa Lana?"tanya Seth bila perasan kaki Lana tak berhenti dari bergoncang.
"Huh?"dengan terkejut Lana palingkan kepala ke sebelahnya. "Apa?"
Mata Seth pandang kaki Lana lalu ke muka tu. "Nak ke tandas ke apa?Cuba la tenangkan sikit diri tu. Menggelupur sangat kenapa?"
Lana menarik muncungnya. "Mana saya tak menggelupur...awak tahu tak Lia tengah demam sekarang ni?"bisiknya dengan keras kepada Seth.
"Demam?"Seth pandang terkejut ke arah pentas sekejap. Bila dia pandang muka Liana baru dia sedar. "Kenapa kau baru nak cakap sekarang?"
"Mana la saya tahu...."Lana pandang tak percaya ke Seth sebelum menarik muncung rajuknya.
Enam minit kemudian persembahan Liana pun tamat hingga akhir note dia. Selepas dia beri tunduk hormat barulah tepukan tangan ke dengaran. Menyambut dirinya setelah itu.
Dengan sisa tenaga yang ada, Liana jalan dekat anak tangga untuk turun dari situ. Tapi baru aje sampai dekat anak tangga kedua masa tu jugaklah dia mula rasa hendak pitam.
Habislah!
Liana pejam mata saat tunduk hendak terjunam ke depan anak tangga di situ.
"Kyaaaa!LIA!!!!!!"jerit seseorang dari ramai-ramai di tempat penonton.
Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Sampaikan pelajar-pelajar dekat situ tak sempat nak tengok yang mana satu. Master yang ada pun belum berkedip satu kali masa lihat apa yang terjadi depan mereka.
Lana menjerit, Seth memanggil nama Liana.
Liana pengsan.
Kebetulan waktu Liana hendak terjatuh, Jeremiah ada dekat dengan anak tangga di situ. Lelaki itu tanpa berlengah langkau tiga anak tangga sekaligus lalu berdiri menyambut tubuh Liana dalam sekelip mata.
Ares pula masa tu nampak aje Liana nak jatuh dia terus lompat melangkau meja juri dekat situ sepantas kilat lalu berlari ke arah dimana Jeremiah sedang terduduk atas anak tangga sambil memangku Liana.
Buatkan pengawal diraja yang mengawasi Ares turut berlari ke tempat dimana Ares berada, bukan sebab Liana, tapi sebab Ares lari dalam keadaan cemas begitu, jadi mereka pun ikut gelabah la.
Dalam keadaan melutut di tepi Jeremiah, Ares tekup tepi pipi Liana dengan kening berkerut.
"Liana bangun..."panggil Ares. Panas sangat dia rasa lepas sentuh pipi pink Liana waktu tu. "Jeremiah sediakan kenderaan. Kita bertolak ke hospital sekarang."arahnya saat bawa lengan ke bawah tengkuk dan kaki Liana.
"Baik tuanku..."angguk Jeremiah semasa meletakkan kot dia pada bawah kaki Liana yang hanya mengenakan skirt sewaktu Ares angkat Liana gaya pengantin.
Dan semua itu telah diperhatikan oleh Puteri Aria di celah kesibukan di situ. Gadis itu pandang dengan mulut tercengang tak percaya.
Apabila mereka semua nampak Putera Mahkota Ares dukung Liana dan bawa gadis itu pergi dari situ, masing-masing tercengang. Sebab tak dapat nak proses apa yang baru mereka lihat tadi.
Redd yang ada paling hampir depan tangga tadi diam berdiri di situ melihat kelibat pengawal keselamatan yang mengekori belakang Putera Mahkota Ares tu.
Sementara itu Seth berdiri di situ dengan mula devastated dia. Sementara Lana sudah menggigit kuku jari keresahan. Habis la dia!Habis! Jangan kena marah pulak nanti sudah!
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
De TodoKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...