🎶 CHAPTER 56 🎶"Apa yang dah berlaku Lia?"Seth melutut di depan kaki Liana memandang wajah merah dan sembab Tangannya berada di atas lutut gadis tu.
Bersama sisa air mata masih bertakung di tubir kelopak, Liana termenung memandang wajah risau Seth. Dia sedang berfikir, apa salah Seth dikurniakan seorang kawan seperti dirinya yang tidak boleh membalas rasa suka Seth terhadap dirinya?
"Siapa yang buat kau sedih macam ni?"Seth bertanya lagi. "Puteri Aria ke?"betapa menyesalnya dia meninggalkan Liana seorang diri selama tiga hari ini. Patut la sewaktu di sana dia berasa tidak sedap hati. Rupa-rupanya ada sesuatu telah terjadi di akademi.
Liana menggeleng.
"Dah tu?Kenapa kau menangis sampai bengkak mata macam ni?"
Setitis air jatuh dari mata kanan Liana sewaktu dia mengedipkan mata dan tertunduk menjatuhkan kepala ke bahu Seth. "Maafkan aku Seth...aku dah berahsia dari kau selama ni.."nangisnya.
Mata Seth kaku memandang ke depan tanpa berkedip apabila dahi Liana jatuh ke bahunya.
"Apa maksud kau?"tanya Seth dengan nafas tertahan.
"Aku sebenarnya dah berkenalan dengan Putera Mahkota Ares sejak 2 tahun yang lepas. Dan tiga hari lepas hubungan kita orang diputuskan dengan Permaisuri Johenah..."sedu Liana saat bahunya terhinggut-hinggut kuat akibat kesedihan yang amat sangat. "Aku dan Ares dah putus."
Apa dia?Seth berkerut kening kecewa dan terkejutnya waktu itu. Dia keliru dengan apa yang disampaikan oleh Liana sebentar tadi. "Apa kau cakapkan ni Liana?"tangannya naik memegang bahu Liana. Dia tolak tubuh itu supaya tegak semula. "Beritahu aku betul-betul?"tanya dia depan muka Liana.
Susah payah Liana kedipkan mata mahu menjelaskan pandangan mata dia. "Aku patut beritahu kau dari awal hal ni.aku berkawan dengan putera mahkota Ares sejak 2 tahun lepas tapi kami berdua baru rasmi beberapa bulan yang lepas. Kau tahu kan sejarah Permaisuri Johenah dengan parents aku?"
Seth mengangguk.
"Disebabkan hal tu Permaisuri Johenah bantah dan arahkan aku lupakan Ares atau aku dibuang dari akademi ni sepenuhnya."jelas Liana saat dia menyedut hingus yang menyumbatkan hidung dia.
Ibarat dicarik-carik dada dia waktu itu, Seth pandang Liana dengan mata berkacanya. Dia ketap gigi dengan erat menahan perasaan kecewa yang bertandang selepas dengar berita tersebut. Rasa sebu mula berombak-ombak dalam dada. Niat dia mahu meluahkan perasaan suka dia pada Liana hanya berakhir dengan berita buruk untuk dia!
"Maafkan aku Seth...aku tak patut rahsiakan hal ni pada kau..."Liana pandang Seth dengan kening mencerlung sedihnya.
Lantas Seth bangun dari melututnya dan ambil tempat di sebelah Liana. Dia tekap tepi muka Liana dengan kedua-dua tangan sebelum menyeka air mata dari tepi pipi tu berulang kali. "Tak apa Lia. Bukan salah kau. Aku faham. Jadi berhenti la menangis.."pujuknya dengan suara bergetar hendak menangis. Tiada apa-apa lagi dia boleh lakukan. Hendak luahkan perasaan waktu begini bukan keputusan yang tepat.
Dalam keadaan tersedu-sedunya Liana sandar pada tangan Seth. Sekarang baru dia faham perasaan Redd. Baru dia tahu betapa sakitnya bila tak dapat bersama dengan orang yang disukai. "Sakit Seth.."rintihnya.
"Aku tahu...bertabah la Lia. Kau kuat."angguk Seth sebelum mengucup dahi tu dan membawa kepala Liana ke dalam pelukannya. Dia lingkarkan tangan ke sekeliling badan tu dengan perasaan sebu dan kecewanya. Dia fikir, dapatlah dia luahkan perasaan dia kepada Liana. Tanpa di duga, hati Liana sudahpun berpunya.
Tangan Liana terkulai di atas ribanya tidak membalas pelukan itu kerana tidak berdaya. Dia hanya memejamkan matanya saat menangis di dada Seth. Fikiran dia teringat akan Ares. Agaknya apa reaksi Ares? Nangis ke?Marah ke?
Sendu suasana kawasan bangku di laluan pejalan kaki menghadap pemandangan jalan bertar akademi tu dengan suara esak tanggis Liana pada petang tersebut.
Duduknya dua orang itu tenggelam dengan perasaan kecewa masing-masing. Yang mana kedua-duanya turut alami patah hati dalam masa yang sama.
"Aku ada dekat dengan kau Liana....jadi jangan menangis macam ni. Kau buat aku susah hati.."pujuk Seth menepuk belakang badan Liana yang begitu hangat kerana telah banyak menangis sejak tadi.
Liana menggeleng kepala. "Aku betul-betul minta maaf pada kau, Seth...aku salah sebab aku buat tak tahu walaupun aku tahu apa perasaan kau terhadap aku selama ni"dan sekarang dirinya dihukum kerana telah menyakiti hati yang tidak bersalah. Mungkin sebab dia tamak, jadi Tuhan nak sedarkan dia, bukan semua perkara dalam dunia ni dia boleh miliki termasuklah cinta.
Air mata yang bergenang di kelopak mata Seth akhirnya jatuh turun ke tepi mata sebelum hinggap di atas kepala Liana sewaktu lelaki itu merehatkan dagu dia atas mahkota kepala Liana. Seth sebak sebab Liana sedar selama ini tapi berpura-pura seakan tiada apa-apa. Semua itu saja dah cukup untuk beritahu dia apa jawapan Liana terhadap perasaan dia.
"Tak apa Liana. Aku tak apa-apa.."ucap Seth dengan sebak sebelum memejamkan mata. Tak apalah. Bukan rezeki dia untuk bercinta dengan Liana di hayat ini. Selagi dia masih berkawan dengan Liana, dia tak kisah apa-apa lagi.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
De TodoKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...