📜Mengejut📜

684 88 2
                                    

🎶 CHAPTER 60 🎶

Duduk di meja mereka selalu berada setiap kali berkumpul, kali ini dengan kehadiran Seth, Lana dan Mathias penuhkan meja dengan empat makanan berbeza dan empat cawan minuman ikut citarasa masing-masing.

"Hari ni aku belanja...hahah."beritahu Lana semasa menyusun atur satu bekas salad, satu bekas buah campur, satu bekas berisi spaghetti dan dua buah potong kek berlainan perisa.

"Kau beli..aku yang bayar. Jangan nak mengada."beritahu Mathias sewaktu meletakkan cawan di depan Liana dan Lana. Air Seth dia biarkan sendu di tengah meja tu.

"Sama aje la tu...jemput la makan Seth. Jangan malu. Bukan selalu awak datang duduk lepak bersama kami.."pelawa Lana. Punca kenapa Mathias tarik muka masa tu.

"Banyaknya kau orang beli.."beritahu Liana sewaktu capai straw dari dulang makanan warna coklat di tepinya lalu ditanggalkan pembalutnya.

"Mana ada banyak. kita berempat makan pun belum tentu lagi kenyang."jawab Lana saat Mathias berikan dia garpu dan sudu plastik kepadanya.

"Terima kasih untuk makanannya. Mathias.."kata Seth sewaktu tarik sengih meleretnya kerana boleh rasakan aura cemburu dan iri hati dari tatapan Mathias sepanjang masa tu. Macam mana dia boleh tahu?Well...obviously sebab dia lelaki. Second sebab dia pun selalu buat macam tu kalau cemburu tengok Liana dengan lelaki lain.

Mathias buat muka tak Sukanya lalu mula menjamah makanan yang terhidang di situ. What ever je la!Dia buat sebab Lana yang nak. Bukan nak bagi Seth yang makan!

"Kau tak makan Lia?"tanya Lana bila perasan Liana sedang cucuk straw ke cawan minuman untuk diserahkan kepada Seth di sebelah.

Sambil menyerahkan sudu dan garpu kepada Seth, dia pandang ke Lana sambil mengangguk kepala. "Nak makan la ni. Kau makan je dulu.."beritahu Liana sambil memotong kek dari bekas paling dekat dengannya.

Tidak lama selepas itu suasana tenang dewan makan itu dengan tiba-tiba riuh apabila suara jeritan penuh keterujaan kedengaran.

Terkejut mereka yang tak tahu apa-apa.

"Ada apa tu?"

"Kenapa mereka menjerit?"

"Tengok tu!!!"

"Kyaaaa!Putera Mahkota!"teruja pelajar-pelajar perempuan terutamanya apabila melihat lelaki yang mengenakan kot biru, t-shirt putih tuck in kedalam seluar slack biru dan berkasut hitam berjalan menyusuri isle sepanjang deretan meja bulat yang tersusun di situ. Beberapa orang pengawal keselamatan berjalan di belakang lelaki itu.

Bersama riak wajah dingin seriusnya, Ares jalan berarak mendekati meja dimana Seth dan Liana sedang duduk sambil diperhatikan penuh minat dengan pelajar lain yang ada di dalam dewan itu.

Teriakan mereka di situ menyebabkan Liana segera mengangkat kepala. Memandang ke kanannya sebelum bertentang mata dengan sepasang masa tu.

"Oh my god!Itu ke putera mahkota?"bisik Lana dengan tergamam yang amat sangat.

"Wow.."gumam Mathias pula.

Sementara Seth hanya pandang tidak berminat. Dah kenapa sepupu dia munculkan diri dalam dewan makan ni?

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Liana mula berasa sesak di dalam dada apabila rasa bahang menjalar dari dada naik ke leher sebelum meledak ke sekitar wajah dan telinga dia. Ares!Kenapa lelaki tu munculkan diri dekat sini?Sudah tak apa-apa ke Ares tu?Apa dia nak buat?Lari ke?Stay?Macam mana ni!Membuak-buak di dada dia dengan rasa rindu bila lihat wajah tu.

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now