🎶 CHAPTER 74🎶
Ares tidak mempedulikan bebelan itu dia malahan capai tangan kiri Liana. Dengan hanya satu rentapan, tubuh Liana gerak terjatuh ke depan mahu menyembam Ares, tapi tidak. Lelaki itu dengan bersahaja menangkap badan Liana lalu menjatuhkan gadis itu di atas katil dan memposisikan diri di atas Liana sesaat kemudian.
Untuk seketika dia diam meneliti setiap inci wajah Liana. Hendak pastikan tiada yang kurang dari wajah tu.
Bersama nafas tertahannya Liana pandang tidak berkedip akan wajah Ares di atasnya. Begitu tergamam dengan pergerakkan sepantas kilat Ares.
"Sakit lagi ke?"soal Ares setelah memegang pergelangan tangan kanan Liana. "Kalau aku ada dekat situ, memang dah lama semua kepala tu jadi pengganti luka kau.."beritahunya menyentuh lembut kulit di pergelangan tangan Liana. Ingin memeriksa sama ada berbekas atau tidak.
Mata Liana pandang mata Ares yang berbulu mata lentik itu sebelum melepaskan dengusan tak percaya. Ares datang ke sini semata risaukan dirinya ke?
"Terima kasih kepada guard awak yang tahu nak buat kerja mereka kalau tidak pasti saya akan cedera lebih teruk dari kesan birat ni.."balas Liana berbaur sinis.
"Kau masih marahkan aku tentang apa yang berlaku ke?Dah seminggu berlalu my love...."ucap Ares sebelum mengucup lembut pergelangan tangan Liana yang dikatakan jadi mangsa cengkaman lelaki tak guna di diner awal siang tadi.
Menahan diri dari tersenyum Liana perhatikan sahaja bibir Ares menyentuh pergelangan tangannya.
"Tengok diri awak sendiri Ares. Sanggup lakukan hal yang sia-sia semata untuk orang tak penting macam saya ni..kemudian awak tanya saya marah ke tidak?"Liana cuba tarik tangannya apabila perasaan bibir Ares tidak berhenti di pergelangan tangannya saja. lelaki itu mula mengucup jari jemarinya pula. "Baik awak keluar sekarang. Dah lewat malam ni. Macam mana kalau Permaisuri Johenah tahu awak tiada di istana?"
Kepala Ares terangkat memandang Liana dalam-dalam. Ini la satu daripada sebab lain kenapa dia suka pada Liana. Gadis ini langsung tidak cuba pergunakan dirinya atau famous kan diri sendiri dengan pengaruhnya. Buatkan dia semakin degil hendak melepaskan Liana begitu saja.
Tangan Liana dalam cengkamannya dikemaskan lagi. "Jangan risau. Permaisuri Johenah dan Raja Aryan ke luar negara untuk lawatan mereka. Tiada siapa tahu aku luangkan masa aku dengan kau dekat sini..kalau itu yang kau risaukan."beritahunya saat turunkan tangan Liana ke tilam lalu di kunci pada tepi kepala.
"Lepaskan saya!Dan keluar dari sini."arah Liana lepas tu.
"Okay."Ares pandang Liana lalu menarik sengih meleretnya dengan renungan jahat. "Kalau kau nak aku maki hamun peserta pada hari isnin nanti macam yang aku buat sebelum ni...aku boleh keluar dari sini.."ugutnya.
Liana tergamam. Mana adil main ugut-ugut ni!Keningnya berkerut tak puas hati. "Awak tak boleh lakukan hal macam tu Ares! Takkan hanya sebab saya, awak nak susahkan hidup orang lain!"ketapnya kegeraman.
Ares ketawa sebelum dia tunduk mengucup pipi Liana dengan hidungnya. Dia menghidu bau kegemarannya pada kulit itu. Bau yang buat dia tenang. "Kau yang mintak bukan?Aku dah bagi warning awal..."beritahunya dengan sengih meleret.
Geez!Seksa betul la!Liana menjuling mata menyampahnya. Dia takkan menang berbalah dengan Ares ni. "Awak memang jenis yang takkan berhenti ya selagi saya tak get back semula dengan awak?"
"Itu aku..."angguk Ares. "Tapi sekarang ni aku tak peduli kau nak get back atau tak. Apa aku tahu sekarang atau kemudian, kau tetap akan bersama dengan aku. Bukan Seth atau sesiapa."
Confident betul. Liana buat muka sebelum melepaskan hela nafas Panjang sebab sesak di himpit dengan dada bidang Ares di atasnya waktu itu. .Hampir separuh badan lelaki tu ada dekat badan dia. Dah la berat!
"Berapa lama awak ada dalam bilik saya ni?"
Ares buka kakinya lalu melilit sekeliling kaki Liana ke dalam celah kakinya sebelum melingkarkan tangan ke sekeliling pinggang tu.
"Petang tadi lepas aku dapat berita kau dalam perjalanan balik hendak ke akademi...aku gerak dari majlis yang aku hadiri terus ke bilik kau.."jawabnya sebelum tunduk menyembamkan wajahnya ke ceruk leher tu.
Tidak terkutik mahupun bergerak dekat situ, Liana diam termenung memandang siling di atasnya. Dia tak tahu nak apakan lagi dengan Ares ni. Lelaki ni bukan jenis yang faham bahasa. Buatkan dia teringat pada Puteri Aria. Dua beradik ni tak jauh panggang dari apinya.
"Aku salah sebab tinggikan suara dekat kau...maafkan aku. Aku terima hukuman aku. Siang malam tak tenang sebab terfikirkan kau.."bisik Ares di balik leher Liana tidak lama selepas itu.
Liana berdecit kecil.
"Awak cabar saya untuk bencikan awak Ares...Awak patut faham kenapa saya tolak permintaan awak.."
"Jangan bencikan aku lagi kalau macam tu..."bisik Ares dengan perlahan kerana waktu itu dia sudahpun memejamkan mata. "Aku minta maaf Lia. Aku nak get back dengan kau sebab aku tak boleh terima kita putus macam tu aje. Tapi kalau kau tak nak terima aku sekarang, aku boleh tunggu..."
Senang aje bercakap! Liana mencebik menyampah.
"I miss you my love...."ucap Ares semasa mengemaskan pelukannya di badan itu.
Liana membiarkan saja Ares bernafas pada lehernya waktu itu. Tidak menolak mahupun bersuara sebab dia pun rindukan Ares. Rindu nak dengar celoteh Ares setiap kali lelaki ni berborak dengan dia. Rindu nak tengok senyuman di bibir cantik Ares. Sepanjang hari ni dia ingat pada Ares.
"Janji dengan saya awak akan minta maaf pada peserta yang awak marah-marahkan tempoh hari.."minta Liana sambil usap belakang tengkuk Ares dan bermain dengan rambut tu.
"Kalau kau janji kau izinkan aku temui kau...aku janji aku jadi budak baik.."Ares menarik sengih nakalnya dalam diam.
Itu aje la tahunya!Liana tak cakap apa-apa lepas tu sebab dia tahu kalau makin dia melayan makin menjadi-jadi perangai Ares nanti..
🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...