📜Jangan Benci📜

605 84 2
                                    

🎶 CHAPTER 52 🎶


Liana luangkan masanya di laman rahsia dia pernah bertemu dengan Ares beberapa minggu yang lalu sendirian tanpa Lana dan Mathias. Dua orang sahabatnya itu sibuk dengan persiapan peperikasaan mereka. Enggan mengangguk kosentrasi mereka, itu yang dia duduk sendirian di situ. Saja hendak luangkan masa petangnya. Oleh kerana Ares sibuk dengan lawatan luar negara lelaki itu, dia tidak dapat menemui Ares.

         "Seorang aje ke?"tegur suara dalam tiba-tiba dari arah laluan masuk ke laman itu.

Liana yang sedang duduk di tembok batu dengan buku nota muzik dan pen serta cebisan kertas yang koyak dia telah tampal semula di atas riba itu mengangkat kepala apabila mendengar suara Redd menegur.

          "Redd..."balasnya memerhatikan langkah lelaki lampai itu selangkah demi selangkah mendekatinya. Sudah lama dia tidak bertembung dengan Redd sejak lelaki itu menjadi teman lelaki Puteri Aria. "Apa yang awak buat dekat sini?"

Mata Redd mengerling ke riba Liana. Melihat cebisan kertas koyak ditampal dengan pita pelakat jernih tersusun kemas atas buku nota muzik gadis itu.

           "Jalan-jalan ambil angin...."Redd ambil tempat di sebelah Liana sebelum bersandar di dinding belakangnya. Mata dia di pejam seketika.

            "Macam mana awak temui tempat ni?"

           "Saya perasan awak sering ke sini kebelakangan ni. Tak lagi keluar ke hutan seperti biasa. Dan saya ambil keputusan untuk ke sini...memandangkan Puteri Aria tak henti-henti desak saya supaya serta pertandingan Muse Diraja tu.."

            Liana mencebik bibir kehairanan sambil berkerut kening memandang tepi wajah Redd. Stress sangat ke hadap Puteri Aria tu? "Awak tak apa-apa ke?Nak saya pergi dari sini supaya awak boleh sendirian?"

            "Stay."minta Redd dengan mata terpejam. Lelaki itu diam tidak bergerak sejak bersandar tadi.

Lantas Liana kembali tunduk menyambung coretannya pada buku nota muzik dia. Kalau bukan kerana tindakan Puteri Aria mengoyakkan helaian nota muzik dia, tak adanya dia susahkan diri menyalin semula semua note-note muzik ni.

Dan keadaan mereka di situ senyap untuk seketika sambil ditemani dengan bunyi hembusan angin di petang itu. Desiran daun saling bergesel menyanyi-nyanyi setiap kali angin bertiup. Menggugurkan daun kering yang layu dari tangkai pohon di situ sebelum mendarat atas kepala Liana tanpa gadis itu sedar.

        "Awak masih bencikan saya ke Liana?"Redd memecah kesunyian antara mereka.

          Tanpa memandang Redd. Lian di situ meneruskan coretannya sambil berkata. "Marah tu tak la..tapi masih kesal lagi...berterima kasih jugak pada Seth sebab bantu selesaikan masalah Lana dan Mathias..."beritahunya.

           Perlahan-lahan Redd membuka matanya lalu termenung memandang dedaunnan yang mempayungi atas mereka saat itu. "Maafkan saya Lia. Sebab letakkan awak dan rakan-rakan awak dalam situasi yang sulit. Kalau saya tahu Puteri Aria akan susahkan awak sampai begitu, saya takkan bersetuju..."

Tangan yang memegang pen itu akhirnya terhenti.

         "Jujur saya beritahu Liana. Saya memang sukakan awak. Untuk tu saya takkan lakukan perkara yang boleh susahkan awak...apa yang berlaku selama ni hanya salah faham. Saya tak pernah cuba nak berdengki pada awak...entah macam mana. Setiap kali saya cuba dekati awak...keadaan tak pernah mengizinkan saya untuk bersama dengan awak..."tambah Redd lagi.

Liana berpaling ke tepinya lalu memandang Redd. Dan disaat dia pandang wajah itu, air mata sedang mengalir turun dari tepi mata lelaki itu saat Redd mendongak memandang ke atas. Berkerut kening dia bila lihat.

Lah sudah.

         "Redd-"

         Redd kembali memejamkan mata semula. Dengan susah payah dia menahan sebak yang bertandang dalam dadanya. "Saya rindukan awak, Lia. Tapi tak boleh dekati awak kerana risau Puteri Aria akan sakiti awak. Saya terpaksa terima permintaan dia untuk jadi teman lelaki Puteri Aria demi melindungi awak..."

Terkedu Liana saat itu.

         "Yes. I'm probably sound pathetic right now. But I do really want to make you as my love."semakin serak suara Redd apabila lelaki itu mula menangis teresak-esak. "Being in love can make someone look like a loser right?"

Mulut Liana terbuka tutup kerana dia sendiri tercengang dengan keadaan itu. Tak tahu pulak yang Redd akan sebegini rupa sekali...

           Perlahan-lahan Redd tolak dirinya dari sandar lalu tunduk memegang kepala dengan kedua-dua belah tangan yang ditegakkan atas lutut. Badan itu terhinggut-hinggut kerana terlalu kesedihan. "Salah saya apa sampai saya dihukum macam ni sekali?"sedunya dengan hidung tersumbat gara-gara menangis terlalu banyak.

Dengan keadaan teragak-agak Liana ketepikan barang dari peha lalu di letakkan sebelahnya. Dia ngesot ke sisi Redd sebelum memegang kepala lelaki itu untuk di bawa ke dalam pelukannya. Tiada kata-kata yang dapat dia tuturkan saat itu kerana ianya tidak akan dapat mengurangkan sedih Redd waktu itu.

Yalah. Dia tidak dapat terima perasaan Redd kerana tiada perasaan suka pada lelaki itu. Lagipula dia suka pada Ares. Lagipun dia tak nak burukkan lagi hubungan Puteri Aria dengan dirinya demi Ares.

Redd menyembamkan wajahnya ke ceruk leher Liana dan tidak membalas pelukan itu kerana dia terlalu sedih hingga tidak berdaya hendak menggerakkan tubuh mahupun tangannya. Hanya membiarkan saja tangan Liana menepuk belakang badannya.

          "Jangan bencikan saya Liana. Saya tak kisah kalau awak tak dapat terima perasaan saya. Tapi jangan bencikan saya...kalau awak masih bencikan saya...saya tak tahu berapa lama saya boleh stay dalam akademi ni.."minta Redd bernada mengalah.

Sambil mengetap garis nipis di bibir, Liana mengangguk kepala perlahan. Masih tidak mengatakan apa-apa. Dia tepuk belakang badan tu hendak menenangkan Redd dari terus menangis.

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now