📜Puteri Sassy!📜

687 96 0
                                    

🎶 CHAPTER 12🎶

Sambil bernyanyi riang, Liana menggilap permukaan violin yang ditegakan atas pehanya. Kain lap bersih di sental dengan cermat pada permukaan kayu perkusi kesayangannya. Hari itu Liana bersama dengan rakan quadruplet bakal menjalani latihan bersama. Menurut master mereka, mereka perlu jalani latihan untuk penilaian persembahan secara berkumpulan. Disebabkan Liana dan ahli kumpulan telah dipasangkan sejak awal semester lagi, mereka sentiasa digunakan dalam kumpulan orchestra senior. Nak tak nak kena la perform dengan baik supaya tidak memalukan nama baik master mereka.

Itu bermakna, Liana terpaksa menghadap satu-satunya student yang dia mahu elak dari bertemu!

Bukan apa....

Mulut dia ni kan kadang-kadang tak ada insuransnya, jadi risau pulak karang...sedap memaki dia terlupa yang orang dia berdepan saat itu adalah kerabat diraja.

         "So...kau ada bercakap dengan Senior Redd masa aku tak ada tak?"tanya Puteri Aria di kerusi depan Liana. Gadis itu telah tiba awal dari Liana beri side eye sejak tadi.
Memang dari awal kenal sampai ke hari ini, Puteri Aria anti pada Liana. Semuanya gara-gara perasaan crush dia pada Redd Sterling. Lagi-lagi bertambah bencinya dia pada Liana adalah kerana Puteri Aria marah bila minuman pemberian dia untuk Redd di ambil oleh Liana. Tapi Liana tidak tahu mengenai hal tu, Puteri Aria hanya diamkan saja hal itu kerana enggan nampak sangat diri dia pathetic!

Liana buat muka tak peduli dengan soalan itu.. Dia hanya fokus pada violin di tangan. Bukan sekali dua dia menghadap sikap sassy Puteri Aria ni, Mathias dan Lana sendiri pun tidak berapa suka sangat dengan puteri bongsu Kerabat Diraja Genovia ni.

              "Hei!Jangan nak buat pekak eh...aku cakap dengan kau kan sekarang ni?"kaki Puteri Aria naik lalu menyepak kaki Liana di depannya waktu itu.

Sabar aje la!

              Liana hempas kain lapnya dengan marah ke lantai. "Kau kenapa?Celik aje nak cari pasal dengan aku?Hamak sangat dengan si Redd tu..kau hadap la dia. Sibuk tanya aku pasal dia kenapa?"marah dia sedikit jengkel dengan sikap obses Puteri Aria terhadap Redd. Muak tau tak!

              "Yalah...selain kau, tak ada perempuan lain dalam akademi ni yang Redd akan berborak.."bidas Puteri Aria sambil menyilang tangan ke dada memandang benci akan Liana.

Halah!Halah!

Kecik besor kecik besor dia menengokkan budak 16 tahun depannya ini. Bukan main lagi bercakap tu tak pandang-pandang.

Liana serta merta menggeleng tak percaya dengan kenyataan Puteri Aria. Dia tak tahu la apa yang buatkan Puteri Aria fikir hanya dia aje yang Redd akan bercakap. Perempuan ni tak sedar ke selama ni ramai peminat perempuan ke hulu hilir dengan Redd?Kenapa dia aje yang kena aim, bukan mereka tu?

              "Kau ingat ya Lia...aku sukakan Redd. Jauhkan diri kau dia. Jangan cuba-cuba tarik perhatian dia dengan perangai scumbitch kau tu!"cebik Puteri Aria menunjuk satu jari memberi amaran ke Liana.

             Serius!Masa itu Liana teringin sangat mahu mencarut di depan muka Puteri Aria. Tapi dia sabarkan aje kerana mengenang akan siapa diri Puteri Aria. "Boleh tak kau berhenti marahkan aku macam aku yang berkepit dengan Redd selama ni. Ramai kut perempuan dekat luar sana...yang siap bagi hadiah dengan surat cinta dekat Redd...asal aku yang kau marahkan?"

Puteri Aria pandang judging akan Liana atas bawah. Dia cuba nak pastikan Liana ni betul-betul tak tahu ke buat-buat tak tahu?Atau dah rabun sangat sampai tak Nampak? Memang betul ramai perempuan dekat luar sana terkejar-kejarkan Redd. But little did they know, Redd selama ini minat pada Liana! Bukan orang lain bukan dirinya. Puteri Aria tahu mengenai kenyataan itu tapi dia tidak mengatakan apa-apa pada sesiapa.

          "Sebab kau buat aku jengkel setiap kali pandang muka kau tu!"getusnya dengan jijik.

Dan...dan Mathias dan Lana berjalan masuk ke bilik latihan tersebut. Dua orang itu sarat membawa perkusi masing-masing.

           "Sorry lambat...ada kelas seni tadi."beritahu Mathias.

           "Sama jugak.."ujar Lana memandang Liana dulu sebelum sedar akan reaksi keruh di wajah Puteri Aria. "selamat siang tuan puteri.."sapa dia terpaksa kerana adab.

            Mathias tidak susah-susah hendak menyapa sebab dia tidak pernah berkenan dengan perangai puteri itu. "Kau orang okay tak ni?Asal lain macam je suasana bilik ni?"soalnya saat tarik kerusi lalu di bawa hampir dengan Liana.

            "Kau rasa?"balas Liana dengan marah memandang Puteri Aria.

            Dengan sassy Puteri Aria menjuling mata menyampahnya. "Dah la cepat praktis...lagi cepat kita habis..cepat aku berhambus."sentapnya selepas itu.

             Lana di sebelah Liana lagi satu pandang pelik. Dia menyondong ke tepi lalu berbisik di tepi telinga rakannya itu. "Asal?Kau orang gaduh pasal Redd tu lagi ke?"

            Liana berdengus jengkel lalu pandang Lana dengan kening berkerut keletihan. "Biar la. Keluarkan note muzik kau orang. Kita akan mulakan dengan verse kedua, minor g.." beritahu dia malas hendak memanjang situasi kekok mereka di situ.

             "Dan sejak bila kau jadi ketua kumpulan ni?Seingat aku tak ada pulak master lantik kau sebagai ketua?"sampuk Puteri Aria selepas itu.

             Mathias yang dengar buat muka tidak Sukanya saat lirik akan gadis cantik di depannya itu. Rasa tak percaya pun ada bila dapat tahu perangai tuan puteri cantik depannya tidak seindah rupa! "Kalau ya pun tak boleh ke cakap elok-elok sikit?"soal dia tidak lama kemudian.

             Puteri Aria memalingkan kepala, dia buat muka 'Duhh' kepada Mathias. "Ada nampak aku kisah?Tak ada kan?So diam.."

              Menggeleng tak percaya Mathias lepas tu. "Ingat sikit ya kami ni senior kamu tau...cakap tu biar ada respect sikit tak boleh ke?"

              "Respect?Kau yang patut respect dengan aku sebab aku ni tuan puteri kerajaan ni. And ingat sikit...akademi ni milik kerabat diraja aku. Sekali petik aje aku boleh buat kau orang dibuang dari akademi ni.."

Liana tidak mengatakan apa-apa. Dia sudah terbiasa dengan sikap Puteri Aria di depannya itu. Biasalah budak-budak lagi kan.

Lana dekat situ sudah kengerian dengan sikap berlagak Puteri Aria memang tak cakap apa-apa la sebab terkejut yang tak boleh blah!

Mathias jangan cakap la, lelaki tu dah buat muka terus!

🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now