🎶 CHAPTER 81🎶Permaisuri Johenah memejamkan mata berserahnya sebelum berkata. "Kisah ni dah lama...bukannya saya sengaja nak susahkan hati putera mahkota. Saya tolak permintaan dia untuk bersama dengan Liana, anak kepada bekas kawan baik saya dan juga lelaki yang pernah menjadi cinta pandang pertama saya. Disebabkan mereka berdua bersama tetapi bukan dengan saya.saya kecewa dan rasa tidak suka mengingatkan hal tu. Sebab itu saya bantah.."
Kening Raja Aryan berkerut-kerut bila dengar penjelasan Permaisuri Johenah.
Mulut Puteri Aria melopong membentuk 'o' saat dia mengangguk kepala.
Jeremiah dekat situ silih ganti memerhatikan keluarga diraja di depan mereka itu.
"Hanya disebabkan itu saja?Bukan ke ia lebih baik sekiranya putera mahkota sudah mempunyai pilihan dia...tak adalah kita susah diri mencari pasangan untuk putera mahkota hingga buatkan putera mahkota tunjuk antic negative kepada semua calon yang hadir hingga mencalit arang ke nama baik keluarga diraja kita ini Permaisuri Johenah?"Raja Aryan begitu tak percaya dengan sikap tidak munasabah Permaisuri Johenah.
Puteri Aria dalam diam menarik sengih berpuas hati. Dia topang bawah dagu pada tangan yang ditegakkan pada arm rest kerusi. "Jadi Inilah yang bonda beritahu kepada anakanda. Cinta tu tak boleh dipaksa. Kalau dipaksa perasaan suka boleh bertukar menjadi luka. Liana pernah beritahu anakanda perkara yang sama...sekarang baru anakanda faham kenapa."
Dengan wajah defeated dia, Permaisuri Johenah pandang ke lantai. Ya, dia sedar tindakannya ini kebudak-budakan. Tapi nak buat macam mana, dia seorang manusia yang ada banyak kelemahan dan kekurangnya. Tidak semua dia boleh suka dan terima begitu saja!
"Ianya bukan mudah tuanku...dinda banyak makan hati kerana perlu mengalah dan lepaskan persahabatan dinda dengan kawan baik dinda iaitu ibu Liana. .Kalau anakanda berhubungan dengan Liana, itu bermakna dinda perlu berhadapan dengan bekas kawan baik dan suami dia. Dinda tak yakin yang dinda boleh tangani mereka dengan baik..."sedih suara Permaisuri Johenah masa tu. "Dinda berasa serba salah dan malu nak berjumpa dengan mereka memandangkan dinda yang putuskan hubungan dengan mereka."
Lantas Raja Aryan menggeleng kepala. Dia bukannya marah pun. Dia cuma tak percaya yang semua ni dirahsiakan dari pengetahuannya dengan lama. Sepatutnya Permaisuri Johenah kongsikan semua ni kepada dia bukan simpan sendiri. Haih!!"Tuanku permaisuri..."panggilnya dengan lembut.
Perlahan-lahan Permaisuri Johenah mengangkat kepala. Serba salah memandang Raja Aryan.
"Maafkan dinda, tuanku."ucapnya serta merta.
"Tiada apa yang perlu tuanku permaisuri minta maaf. Tiada salahnya tuanku permaisuri hendak berasa begitu. Beta tidak terasa hati...cuma permaisuri. hal tu dah lama. Lepaskan la dendam tu. Tak ke mana kita marah dan dendam pada orang lain. Hm?"aju Raja Aryan dengan berhemah.
Mata Permaisuri Johenah mula kemerahan. Dia mengetap bibir dengan erat sewaktu memandang Raja Aryan.
"Izinkan saja Putera Mahkota bersama dengan pilihan hati dia. Dinda sendiri tahu betapa keras kepalanya putera mahkota tu untuk buat pilihan apatah lagi bersama dengan orang lain...sedangkan dengan keluarga sendiri dia pun jarang bersikap terbuka. Apa yang penting adalah kebahagiaan anak-anak.hal lain kita tolak ke tepi." tambah Raja Aryan lagi.
"Baik tuanku.."akur Permaisuri Johenah mahu tak mahu. Dia tidak nafikan kata-kata Raja Aryan tu kerana semuanya benar. Yalah...perkara dah lama kan. Nak di ungkit-ungkit bukannya boleh buat apa.
"Jadi bonda berkenan dengan hubungan kekanda Ares bersama Liana?"'tanya Puteri Aria tidak lama kemudian.
..Raja Aryan berdengus. "Kenapa?Anakanda bantah ke?"
Hujung bibir Puteri Aria terjungkit sinis. Hmm!Memandangkan dia tahu bahawa Liana adalah kelemahan kekanda sulungnya, dan Liana pula jenis yang suka mengalah terhadap dia, tidak kira apa dia buat pada Liana, rasanya ia bukan pilihan yang buruk untuk terima! "Why not! I like her...even though I hate her. But if that make Ares happy and not grumpy. Sure. Go for it."dia lebih suka Ares jadi manusia dari kayu sepanjang masa. Dia tak sanggup hadap sikap kayu dan grumpy Ares lagi. Mental dia tak kuat untuk tahan diri dari mencarut depan muka tu. Puteri Aria senyum selepas itu.
Jeremiah menahan nafas dalam diam lepas sedar apa yang Puteri Aria cuba lakukan dekat situ. Wah!Budak kecik ni boleh tahan jugak geliganya ya! You see...semua orang tahu kenyataan yang tiada siapa dalam istana ni boleh lawan Puteri Aria sebab sikap persistent gadis tu. Lagi-lagi Raja Aryan yang memang sayangkan Puteri Aria ibarat menatang minyak yang penuh. Jadi Puteri Aria sengaja lepas cakap tentang kebenaran Permaisuri Johenah dan Putera Mahkota Ares depan Raja Aryan. Supaya Raja Aryan dapat tundukkan Permaisuri Johenah pada masa yang sama bantu Putera Mahkota Ares. Yang mana pelan Puteri Aria berjalan dengan lancar.
"Kalau begitu di lain masa, tuanku permaisuri aturkan la pertemuan antara keluarga Liana. Pelawa mereka untuk datang ke istana makan bersama kita sekeluarga."maklum Raja Aryan.
"Baik tuanku."tunduk Permaisuri Johenah dengan akur.
Puteri Aria menarik senyuman manis dia semasa memandang gentle akan Raja Aryan. "Ayahanda...ayahanda tak kisah ke bertemu semula dengan cinta pertama bonda?"sakat dia sengaja nak cari pasal dekat situ sebab bukan selalu dia dapat berborak dengan ayahanda dia ni. Orang tua dia sering sibuk dengan urusan negara hinga selalu ke sana sini untuk jangka masa yang panjang.
Raja Aryan menarik sengih meleretnya semasa kerling ke arah Puteri Aria. "Sudah tentu tidak. Malah ayahanda hendak berterima kasih kepada beliau. Kalau bukan kerana beliau patahkan hati Permaisuri Johenah...ayahanda takkan dapat mengahwini bonda kamu.."
Ternganga Permaisuri Johenah bila dengar. "Tuanku.."panggilnya berasa tak percaya dengan apa yang didengarnya.
"Kenapa?Betul kan?Beta ingat lagi pada hari perkahwinan kita, hari pertama kita bersua muka selepas dinda menerima lamaran keluarga kanda serta merta...tidak sampai sehari lamaran tu diberi, dinda serta merta menerimanya tanpa sebarang pertimbangan."Raja Aryan pandang menyakat ke Permaisuri Johenah. "Kalau dinda nak tahu, itu kali pertama kanda jatuh cinta pandang pertama pada dinda.."
Blushing teruk Permaisuri Johenah dibuatnya. Dia terus berdehem sambil membawa tangan di depan mulut sebab nak cover senyum. "Jangan la cerita...malu la saya depan anak tu.."ujarnya perlahan.
Raja Aryan meledak ketawa. "Puteri Aria sudah biasa dengan drama kita Johenah."
Puteri Aria mengerutkan hidung dia sewaktu mendengar perbualan orang tuanya itu, dia hanya berasa lucu melihat Raja Aryan menyakat Permaisuri Johenah.
"Tak kuasa anakanda nak menengoknya. Ayahanda dan bonda berborak lah. Anakanda beransur ke bilik dulu."beritahu Puteri Aria semasa bangun dari situ.
Permaisuri Johenah menghalang. "Bonda belum habis bercakap dengan anakanda Aria...."
"Biarkan saja la anakanda Aria tu, bukan salah dia menceritakan hal sebenar yang dinda rahsiakan dari beta.."
"Tapi-"
"Dah...sini duduk sebelah beta. Temankan beta baca buku sekali.."
Permaisuri Johenah yang tidak mampu lakukan apa-apa hanya perhatikan langkah Puteri Aria keluar dari situ. Siapa sangka ya perangai Puteri Aria saling tidak tumpah seperti dirinya!
Sambil lambai tangan, sambil tu Puteri Aria berjalan ke arah pintu. Alasan kenapa dia jadikan Permaisuri Johenah role model dia. Sebab dia suka tengok jalan kehidupan bonda dia. Keras kepala tetapi mudah lentur. Karakter Puteri Aria adalah cerminan dari Permaisuri Johenah sendiri. Dan sikap gentle Putera Mahkota Ares adalah cerminan dari Raja Aryan.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
Ngẫu nhiênKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...