🎶Chapter 64 🎶
Kebingungan tidak tahu hendak buat apa, Liana bergegas ke arah pintu, dia tak boleh berada di situ semasa Ares dalam keadaan marah. Dia tak nak cakap apa-apa lagi! Selak pintu itu di pegang dengan cemas. Dalam keadaan tergesa-gesa dia selak kunci itu ke tepi lantas tombol pintu di pulas.
Baru sahaja pintu itu di tarik ke dalam, sepantas kilat tangan muncul dari tepi kepala Liana. Menutup pintu itu semula dengan cepat. Dan Liana merasakan tubuh dia dipusingkan sebelum belakang badannya bersandar pada pintu itu mili saat kemudian!
Suasana bilik itu begitu tegang. Senyap dan dingin.
Menambahkan betapa heningnya keadaan mereka berdua yang berdiri begitu rapat ke antara satu sama lain. Nafas masing-masing saling bertembung.
"Nak ke mana?"tanya Ares dengan kepala sondong ke depan Liana. Hujung bibirnya terjungkit sinis.
Lari la!Nak ke mana lagi!Pertama kali dia lihat karakter Ares begini. Ares yang dia kenal adalah seorang lelaki yang lemah lembut dan ceria. Sentiasa senyum dan tidak menakutkan seperti Ares di hadapannya ini.
"Kau takkan ke mana-mana selagi tak cakap apa yang aku nak dengar Liana.."bisik Ares di depan bibir Liana semasa dia dengan sengaja menyentuh tepi pipi Liana dengan hujung hidungnya.
Nafas Liana naik turun tidak menentu. Dia begitu cemas dan teruja pada masa yang sama. ya!Dia nak get back semula dengan Ares yang amat sangat!Tapi dia juga tahu betapa berisikonya dirinya nanti kalau hal itu tertangkap dengan Permaisuri Johenah.
"Kau tak nak cakap?"cabar Ares lagi.
Mata Liana tunduk memandang bibir Ares, dan tanpa sedar mulutnya terbuka sedikit saat menatapnya.
"Eyes on me, my love.."sebut Ares dengan sengih meleretnya saat perasaan Liana pandang bibirnya semacam.
Laju-laju Liana pandang ke mata Ares. Perasan ke!?Aduhai!Gugup sampai terketar-ketar tulang lutut!
Apa patut dia buat sekarang ni?Setuju atau cakap dia tidak cintakan Ares?Pilihan kedua tu sungguh kejam buat dia!Cinta pertama dia adalah Ares!Jadi mana mungkin dia nak beritahu perkara yang bukan benar! Jadi pilihan kedualah nampaknya!"Saya tak cintakan awak Ares.."Pandangannya tepat ke mata tu.
Jatuh riak wajah serius Ares lepas dengar. Mata itu berkedip tak percaya. "Apa kau cakap?"Ares berasa tergamam kerana Liana sanggup berkata begitu tanpa teragak-agak sama sekali!
"Awak dah dengar kan?Sekarang keluar dari bilik saya." arah Liana sedaya upaya cuba menahan air matanya dari tumpah waktu itu jugak. Dia terpaksa buat pilihan. Dia tidak mahu hanya disebabkan gadis biasa, Ares akan buat Permaisuri Johenah murka. Ianya tidak berbaloi!
"Kau tipu.."beritahu Ares sambil mengundur ke belakang. "Aku tahu kau tak maksudkannya.."
"Apa lagi awak nak...awak yang minta saya cakap macam tu kan..sekarang nak tak terima pulak. Cukup. Sekarang saya nak awak keluar dari sini sekarang.."arah Liana tanpa memandang Ares. Takut kalau dia pandangan Ares, Ares boleh baca perasaan dia!
Ares kemudiannya melepaskan dengusan kecil hendak ketawanya.
"Kau tak nak get back semula dengan aku??Kau sure Lia?"
"Keluar sekarang Ares."
"Fine...as you wish!"dengus Ares sebelum pegang tombol pintu tu. "Maybe aku patut buang kau terus dari senarai kelayakan tu!"getusnya saat membuka pintu.
Tercengang Liana bila dengar. Dia yang terkejut terus pegang lengan Ares. "Apa awak kata tadi?"tak mungkin Ares sanggup lakukan hal sebegitu pada dia!
Pintu itu di tutup Ares semula. Dia palingkan kepalanya lalu pandang tangan Liana di lengannya waktu itu sebelum mengangkat mata memandang wajah cemas Liana. "Ini adalah sikap sebenar aku Lia...terutama sekali pada orang yang aku tak suka. Memandangkan kau sendiri kata kau tak suka pada aku...itu maksudnya kau juga sebahagian dari senarai tu.."
What the hell!Liana tercengang dekat situ. Lelaki depan dia ni serius ke? "Awak takkan lakukannya."beritahu dia.
"Tak percaya...kau tunggu..dan lagi satu...memandangkan kau tak nak get back dengan aku. Aku nak kau pulangkan semua pemberian yang aku bagi pada kau...."
Semakin tercengang Liana dibuatnya. Ini dah melampau sangat!"Pulangkan semula?" tanya Liana. Selain rantai dan gitar, itu sahaja yang Ares berikan kepada dia. Selain tu tiada. "Fine...awak nak..ambil la ni.." tangannya menyeluk kolar baju uniform. Mengeluarkan seutas rantai yang tergantung di lehernya.
Ares pandang tak percaya ke Liana bila nampak Liana tanggalkan rantai pemberiannya. Aduh!Liana ni pun kan!Dia bukan maksudkannya betul-betul. Dia cuma cakap macam tu sebab dia sakit hati aje!
"Ugh!Kenapa kau la kau ni tak faham-faham!Aku tak nak apa-apa!Kau faham tak!Aku nak kau sekarang ni!Kalau kau nak!Aku sanggup pilih kau dari kedudukan aku sekarang ni tau tak!!"
"Yang awak nak marahkan saya kenapa!Kan awak sendiri faham situasi kita macam mana?"
"Situasi apa?Kan aku cakap aku nak bersama dengan kau semula. Kau yang reject aku kan!"
"Ianya demi kebaikan awak Ares.."
"Demi aku?Atau demi kepentingan kau?Kau tak nak kena buang dari akademi ni!Sebab tu kau sanggup tinggalkan aku!"
Liana menggeleng kepala tak percaya. Dia begitu kesal dengan Ares waktu itu.
"Fine!Memang saya sukakan awak Ares. Tapi berbezaan darjat dan salah faham yang berlaku antara bonda awak serta parents kita takkan izinkan kita bersama. Bahagian mana yang awak tak faham sekarang ni?Takkan hanya disebabkan perasaan suka kita ni, awak nak rosakkan hubungan awak dengan bonda awak?Nak saya musnahkan harapan ibubapa saya lihat saya berjaya menjadi seorang violist?Macam tu?"
"Kalau macam tu bercinta dengan aku sampai habis semester kau dekat akademi ni!"aju Ares. Dia tak boleh nak fikir apa-apa dah!Fikiran dia cuma tentang Liana. Liana. Liana. Siang malam hanya Liana yang dia fikirkan. Selagi Liana tiada dalam tangan dia selagi tu dia takkan tenang. Gadis depannya ini adalah ketagihan yang tiada ubatnya. Dan dia sendiri tak boleh nak kawal!
"Apa dia?"
"Lepas habis semester ni kalau hal ni tak settle jugak aku akan lepaskan kau."
"Awak sedar tak awak cakap apa sekarang ni?"
Dengan ngerangan kejengkelannya, Ares memandang geram ke Liana."Apa susah sangat cakap dengan kau ni Lia! Aku tak boleh berpisah dengan kau, Liana..."geleng Ares. "Kau faham tak!?"
"Macam mana awak boleh buat cadangan begitu tanpa fikir kesannya terhadap kita berdua nanti?"
"Sebab tu aku mintak kau get back dengan aku!Aku nak bersama dengan kau!Aku tak nak orang lain yang miliki kau!"
Oh god!Tolong la dia nI!Frust betul bercakap dengan Ares ni! Putera Mahkota depan dia ni sedang berfikiran tidak rasional hanya kerana nafsu dan perasaan yang menguasai diri saat tu. "Baik awak balik. Lapangkan fikiran awak tu dulu. Saya rasa awak dah penat sangat sampai beri cadangan macam tu."
Sesiapa tolong dia!tolong fahamkan Liana ni!Tak nampak ke betapa terdesaknya dia saat ini. "Kau yang mintak semua ni Lia!Jangan salahkan aku untuk apa yang bakal berlaku lepas ni...aku beri kau masa untuk berjumpa dengan aku."
Dengan marah Ares buka pintu bilik Liana lalu keluar dari situ sebelum menghempas pintu bilik Liana kuat-kuat.
Terkedip mata Liana lepas itu. Dia cengkam rantai yang ditanggalnya tadi dekat pada dada kerana baru dapat bernafas dengan betul sebaik saja Ares keluar dari situ. Sumpah meremang bulu roma dia bila lihat sikap menakutkan Ares tadi. Dia tak tahu yang Ares boleh jadi begitu sekali!
🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...