🎶 CHAPTER 40 🎶
Dua hari Liana mental breakdown gara-gara tindakan Puteri Aria. Lana jangan cerita, sahabatnya itu memang menangis tidak kesudah hingga bengkak mata. Dia cuba pujuk tapi berakhir dengan sama-sama menangis dengan Lana.
Siapa aje tak sedih kalau dapat tahu semua usaha dan latihan mereka selama berminggu-minggu tanpa rehat dan tidur dimusnahkan dengan tindakan penting diri Puteri Aria.
Dan akhirnya Liana dan Lana serentak diserang demam panas kerana terlalu tertekan. Seth dan Mathias masing-masing bergilir lawat mereka di infirmary akademi. Jururawat yang bertugas jugak yang perhatikan mereka berdua.
Setelah itu Liana menerima cebisan surat rahsia dari Putera Mahkota Ares melalui pengawas yang sama pernah ditemuinya awal hari tu. Yang mana meyakinkan Liana bahawa pengawas itu bekerja untuk lelaki bernama Ares Giovani ni!
Tanpa membuang masa Liana ambil keputusan untuk bertemu dengan lelaki yang digelar sebagai Guitar Boy.
Sejak Liana mengetahui identiti Guitar Boy kesayangannya itu, Liana jadi takut setiap kali teringat akan Puteri Aria dan baran gadis muda itu. Dia risau kalau dia bertemu dengan Ares, Liana tak dapat nak kawal perasaan dia untuk berhenti dari menyukai lelaki itu.
Dan memikirkan hal separah iaitu berpisah dengan Guitar Boy yang sudah dia minati selama dua tahun ini buatkan hatinya sedih dan gelisah.
Namun bila difikirkan semula perasaan sedih dan gelisah itu bertukar menjadi marah!
Marah kerana selama ini dirinya dikenakan!
Putera Mahkota Ares pandang wajah serius di depannya waktu itu dengan nafas tertahan di dada. Dia begitu terkejut selepas mendengar apa yang di tuturkan oleh orang di hadapannya sebentar tadi.
Dia tidak menyangka bahawa apa yang dia fikirkan benar-benar terjadi.
"Liana...aku-"
"Jangan cakap apa-apa." tenung Liana dengan serius akan Ares. Mereka berdua berada di dalam hutan waktu itu. Di tempat sama mereka sering luangkan masa bersama. "Saya tak nak dengar apa-apa lagi dari awak lepas ni Putera Ares."
Cepat-cepat Ares mendapatkan Liana. Dia pegang lengan itu hendak menenangkan gadis itu.
"Lia...aku ada alasan yang kukuh kenapa aku rahsiakan identiti aku dari kau."
Liana berdengus kecil. Dia pandang Ares dengan riak tak percaya. "Apa sebabnya kalau macam tu?Please jangan cakap awak rahsiakan identiti awak dari saya sebab fikir saya akan gunakan awak untuk kesenangan saya?Awak fikir saya adalah gadis seperti di luar sana?Ambil kesempatan dengan status awak tu?"
Lengan yang dipegang itu di cengkam kemas. Ares menggeleng kepalanya.
"Bukan itu Lia. Aku tak nak cakap apa-apa sebab aku nak hidup normal. Tanpa formaliti tanpa libatkan siapa aku sebenarnya. Aku nak kau perlakukan aku macam mana kau perlakukan orang lain dekat luar sana...bukan sebab aku seorang putera atau anak diraja." jelas Ares dengan bersungguh.
Untuk seketika Liana pandang wajah terdesak Putera Ares tanpa mengatakan apa-apa. Keningnya sahaja yang mencerun kerana sedang marah. Tidak puteri.. putera pun dua kali lima.
"Saya berkawan dengan awak sebab awak adalah awak Ares. Kalau awak jujur dengan saya dari awal, layanan saya tetap sama tiada beza. Tapi bila benda dah lama dan berlarutan macam ni...saya rasa seperti di perbodohkan pun ada..cuba letakkan diri awak di kedudukan saya. Apa yang awak rasa?Suka?Kecewa?Ha?"bebelnya lagi.
Ares berkerut kening susah hati dan memandang penuh konflik akan Liana waktu itu. Macam mana la hal ni boleh jadi rumit begini.
"Maafkan aku Lia...jujur aku beritahu. Aku sukakan kau. Aku nak bersama dengan kau lebih lama. Tapi aku tak berani nak beritahu hal sebenar takut kau jauhkan diri dari aku..."
Suka!
Suka!
Suka!
Balik-balik lelaki yang ada kaitan dengan Puteri Aria jugak yang sukakan dia!
Fed up betul dia rasakan saat itu.
Entah kenapa dia perlu ada kaitan dengan Puteri Aria yang menjengkelkan dan bratty tu!
"Beritahu saya Ares. Adakah benar khabar angin mengenai awak selama ni?Yang awak seorang putera mahkota yang sering menyakiti hati setiap calon yang menemui awak sebagai bakal pasangan awak tu?"
Ares buat muka serba salahnya, dia pandang Liana untuk seketika sebelum mengangguk kepala.
"Semua khabar angin tu betul. Aku reject setiap seorang dengan kejam supaya tak ada siapa berani dekati aku semula..."beritahunya.
Huh!?Kening Liana terangkat tinggi. "Kenapa awak buat macam tu?"
Tatapan dalam Ares terarah pada mata Liana saat itu. Dia bawa tangannya naik menekap tepi wajah tu lalu mengucup dahi tu dengan kasih.
Terkedu Liana untuk beberapa saat. Dia diam memandang leher bersih Ares di depan matanya waktu itu kerana tidak tahu hendak pandang ke mana lagi.
"Sebab siapa lagi....kalau bukan kerana kau."senyum Ares sambil mengusap tepi wajah Liana. Di matanya hanya ada Liana. Selama dua tahun ini hanya Liana sahaja dia fikirkan. Berkenalan dengan Liana adalah pengalaman terindah yang pernah dia miliki.
Sakit. Itu yang Liana rasakan bila dengan pengakuan itu. Dia tak boleh nak rasa happy bila mengenangkan semula apa yang Puteri Aria telah lakukan kepadanya. Sekalipun ianya bukan salah Putera Mahkota Ares, tapi lelaki depannya ini mempunyai kaitan dengan budak bertuah tu!
Grrr!
"Maafkan aku Liana. Bukan niat aku hendak merahsiakan ni dari kau. Boleh kau bagi peluang dekat aku untuk menebusnya?"aju Ares saat pegang dagu Liana lalu didongakkan supaya memandangnya.
Mata Liana bergerak-gerak apabila dia bertentang mata dengan Ares. Waktu itu dadanya berasa hangat. Ibarat ada bunga yang berkembang mekar setiap kali pandang wajah kacak itu. Susah betul kalau lama-lama macam ni!
"Memangnya saya ada pilihan ke untuk reject putera mahkota depan saya ni?"tanya Liana dengan nada mengalah.
Tersenyum senang mendengarnya, Ares kucup tepi kening Liana satu kali sebelum berkata. "Ulang tahun kelahiran aku tiba tak lama lagi. Sebelum pertandingan Muse Diraja di langsungkan. Aku akan berikan kad jemputan kepada kau untuk hadiri ke istana. Nanti hari tu aku nak kenalkan kau kepada bonda dan ayahanda."
"Hah!?"membulat mata Liana lepas dengar. Mujur la waktu itu Ares masih memeluk dirinya. Kalau tidak sudah terjelepok jatuh dia dekat situ!
Serius la!
Rasa macam nak terjun bangunan pun ada.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
Itu dia chapter untuk hari ni.
Terima kasih sebab baca!
Nak update buku sebelah pulak kejap.
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
De TodoKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...