🎶 Chapter 47 🎶
Suasana di dalam ballroom istana itu tenang sambil diiringi dengan alunan lagu klasik yang perlahan. Para tetamu yang hadirkan pada sambutan hari kelahiran putera mahkota juga sudah memenuhi tempat itu. Sama ada yang muda mahupun berusia, masing-masing gah dengan pakaian serba mahal dan tailor made mereka. Putera Mahkota Ares sedang duduk di kerusi singahsana khas untuknya di pentas kecil sedang memandang bosan sekeliling.
"Mana Aria?"soal Ares kepada Jeremiah di samping kerusinya. Semua tetamu sudahpun bertemu dengan dia, tapi bukan orang yang dia hendak temui. Sudahlah majlis hendak bermula, tapi kelibat Liana tidak kelihatan sejak tadi.
Jeremiah tunduk memberi jawapan. "Puteri Aria sedang bersama dengan Encik Redd di laman istana."
Ares dongak memandang Jeremiah. Keningnya berkerut tidak faham. "Aria dengan Redd?"budak bertuah tu kan!Memang jenis tak makan saman betul la. Susah sungguh nak uruskan Aria tu. Budak tu ikut kepala anginnya je. Dah dipesan jangan, dibuat jugak.
Jeremiah kembali berdiri tegak apabila dari ekor matanya dia perasan ada orang berjalan ke arah pentas itu. Dan bila dia pandang akan lelaki lampai yang segak mengenakan suit dia terus tunduk semula ke tepi Ares.
"Tuanku, Marquise Seth Rudden datang menghadap."bisiknya.
Dengar nama itu serta merta Ares mengangkat matanya. Dan serta merta dia terarah pada orang yang berjalan sama dengan Seth saat itu. Menahan diri dari kelihatan teruja di situ, Ares sedaya upaya untuk tidak tersenyum lebar sebaik melihat Liana. Sambil membetulkan penampilannya Ares berdiri ingin menyambut mereka.
Berdiri sahaja mereka di hadapan Ares, Seth beri tundukkan dengan tangan di dada, sementara itu Liana kembangkan sedikit dressnya dan beri tundukkannya.
"Selamat menyambut hari lahir ke-20 tuanku.."ucap Seth. "Saya dari pihak keluarga Marquise Rudden kirimkan salam dari ibubapa saya."
Mata Ares tidak boleh berhenti dari melirik ke wajah cantik yang amat dirinduinya. Namun terpaksa jugak dia pandang ke Seth. "Mereka berdua tak datang ke hari ni?"tanya dia dengan bersahaja pada Seth.
"Maaf diatas ketidak hadiran mereka."ucap Seth semasa memandang tepat ke mata Ares.
"Tak apalah. Nak buat macam mana. Kau datang pun dah kira cukup. Kirim salam pada mereka berdua nanti ya. Ayahanda pun dalam lama tak jenguk mereka."tambah Ares yang tidak sabar hendak bercakap dengan Liana saat itu.
Liana di sebelah Seth silih ganti memandang dua orang di depannya. Pelik dengan cara Ares berbual dengan Seth. Ares berkelakuan seperti Seth kawan lelaki tu.
"Terima kasih."Seth kemudiannya memandang Liana di sampingnya. "Kenalkan ini Liana Florence. Sahabat baik saya dan juga pelajar akademi tempat kami belajar."ajunya.
Seperti pertama kali berjumpa Liana dengan segan memandang Ares saat gerak ke depan mahu menghulurkan kotak hadiahnya kepada lelaki bermahkota itu. "Selamat hari lahir tuanku. Semoga tahun ini tuanku dilimpah kesihatan dan kejayaan. Ini adalah pemberian saya kepada tuanku."ucapnya.
Ares hulur tangannya, dan pada masa dia mengambil hadiah itu curi-curi dia pegang tangan Liana lalu diramas sekejap. "Selamat datang. Terima kasih untuk hadiahnya."ucap dia.
Dengan senyuman lebar di bibir, Liana mengangguk kecil lalu kembali berdiri di sisi Seth. Blushing sendiri kerana tindakan rahsia Ares tadi.
"Kalau begitu saya minta undurkan diri dulu untuk sertai mereka yang bakal adakan persembahan nanti."pamit Seth saat hulur tangan pada Liana untuk di sambut.
Melirik mata Ares waktu itu. Cemburu sebab Seth dengan selamba dapat pegang tangan Liana. Tak apa. Dia sabarkan aje sampai majlis pembukaan dimulakan.
Beberapa minit kemudian, tibalah waktu yang dinantikan. Ketibaan Raja Aryan dan Permaisuri Johenah turun ke dewan itu dengan majestic royal vibe mereka. Sama cantik sama padan. Lalu diikuti oleh Puteri Aria dan pasangan dia Redd Sterling turut membuat kemunculan gilang gemilang mereka. Yang terakhir barulah Putera Mahkota Ares.
Majlis dimulakan dengan ucapan pembuka dari Raja Aryan, lalu diikuti dengan Permaisuri Johenah. Memang berseri sangat waktu itu ketika para tetamu menerima ucapan selamat dari kedua-dua pasangan diraja tersebut.
Diikuti dengan giliran Putera Mahkota Ares buat ucapan. Terus penuh ruangan ballroom itu dengan tepukan gemuruh dari para tetamu sebaik sahaja putera segak itu ambil tempat di belakang mikrofon. Seperti yang dia rehearsal tempoh hari, Putera Mahkota Ares dengan jayanya memberi ucapan.
Setelah itu diikuti dengan sesi memotong kek, makan-makan lalu sesi bertegur sapa dengan para tetamu yang ada. Tidak lepas juga Permaisuri dan Raja mengenalkan putera mereka dengan gadis-gadis dari keluarga noble yang hadir pada masa itu.
Seperti biasa la, Putera Mahkota hanya layan acuh tak acuh akan setiap mereka di situ kerana dia tidak berminat untuk lama-lama berbual dengan gadis yang ada di situ. Fikiran dia lebih terarah pada seorang sahaja waktu itu.
"Ayahanda..."panggil Putera Mahkota Ares setelah mereka jauh dari para tetamu di situ.
"Ya.."Raja Aryan palingkan kepalanya ke putera sulungnya itu.
"Ada seseorang yang anakanda hendak kenalkan.."beritahu Putera Mahkota Ares."Siapakah orang itu?"tanya Permaisuri Johenah dari tepi. Dia pandang Putera Mahkota Ares dengan senyuman cerianya.
Baru sahaja Putera Ares hendak bersuara, tiba-tiba muncul Puteri Aria dari tepi. Dengan girang menarik Redd bersama di hadapan mereka. "Bonda...ayahanda. Kenalkan. Ini kekasih anakanda. Redd Sterling. Mulai hari ini kami berdua rasmi."
Terus jatuh senyuman Putera Ares lepas dengar.
Raja Aryan dan Permaisuri Johenah melirik akan Redd di sisi Puteri Aria. Disebabkan mereka berdua kenal perangai Puteri Aria bagaimana mereka langsung tidak dapat menidakkan permintaan anak kecil mereka itu.
"Wah...Puteri Aria sudah mempunyai pilihan hatinya?"
"Taniah kami ucapkan. .Segak sekali ya orangnya."
"Tidak disangka ya."
"Putera mahkota bila lagi?"
Para tetamu di situ dengar akan Puteri Aria jadi mereka dengan ceria beri ucapan taniah. Buatkan perhatian tetamu di situ semua teralih pada Puteri Aria.
Sementara itu, Putera Mahkota Ares dekat situ terbatal niatnya kerana tahu tindakan dia hanya akan buatkan ayahanda dan bondannya semakin runsing gara-gara sikap ceroboh Puteri Aria itu.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...