📜Curi Keluar📜

717 101 2
                                    

🎶 CHAPTER 8🎶

Setelah selesai kelas pianonya, Liana keluar dari bilik tidurnya dengan gitar hitam tersandang belakang badan. Penampilannya ringkas, blaus labuh lengan Panjang warna biru cair dan skinny jean hitam, rambut pendeknya di ikat kecil ke belakang. Kasut sneaker high cut untuk aktiviti curi keluarnya.

Sambil membongkok di bawah kaunter warden, Liana selinap terus ke pintu keluar tanpa ketahuan. Sebab sudah berpeluh kali dia buat begini, sekali pun tak pernah di tangkap.

Sampai sahaja di selekoh untuk membelok, Liana bertembung dengan seseorang dari arah bertentangan. Melihat siapakah orang itu, kakinya serta merta berhenti dan tegak berdiri memandang ke depan.

Tali gitar di dadanya di cengkam erat.

          Redd pandang ke depan tanpa berkedip melihat Liana di depannya. "Going somewhere?"tegurnya.

Mata Liana gerak kanan dan kirinya bila berasa ada yang tidak kena. Kenapa Redd ada dekat sini?Setahu dia student lelaki tak sepatunya berlegar di kawasan berdekatan dorm student perempuan?

          "Apa yang awak buat dekat kawasan ni?"

          "Jalan-jalan ambik angin...sesak duduk dalam studio tu .."jawab Redd saat mengatur langkahnya mendekati Liana.

Dalam diam Liana mengetap gigi kerana dia berasa tergugat dengan kehadiran musuhnya di situ. Tak jadi pelan dia nak keluar ke hutan kejap lagi. Lagipun dah kenapa dengan Redd ni?

          "Awak nak cuba curi-curi keluar dari sini lagi ke?"duga Redd sebaik sahaja berdiri di hadapan Liana.

           Oleh kerana ketinggian lelaki itu, Liana terpaksa dongak sedikit memandang wajah tu. Keningnya berkerut tidak suka. "Asal?Nak mengadu?"ujarnya sedikit jengkel.

           "Saya tanya aje...kenapa nak marah?"senyum Redd dengan meleret.

            "Awak tanya ke apa ke...bagi saya semua yang awak lakukan akan buat saya marah."cebik Liana semasa buat muka menyampah.

            Redd tersengih meleret. Dia menundukkan sedikit kepalanya ke bawah sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya. Dia tatap wajah Liana lama-lama lantas berkata. "Awak masih marahkan saya soal kes tahun lepas ke?Kan saya dah minta maaf, takkan la awak masih ambil hati mengenainya?"

Dengan riak kengeriannya, Liana kebelakangkan kepalanya untuk menjarakkan kedudukan rapat mereka waktu itu.

             "Please la...awak ingat maaf awak tu boleh ubah kenyataan yang awak main tipu untuk dapatkan ranking ke...tak rasanya. Sampai bila-bila saya takkan lupakan kejadian tu.."beritahu Liana kerana teringat perasaan suka dia pada Redd. Boleh dikatakan sebagai crush dia. Tapi lepas apa yang Redd lakukan, perasaan crush itu berubah menjadi trash!

Liana gerak ke tepi hendak pergi dari situ. Dia tidak mahu buang masa dia dengan manusia seperti Redd itu.

              "Saya minta maaf okay. Bukan niat saya hendak berikan awak smoothie tu. Ianya adalah pemberian dari peminat saya...saya tak tahu pula ianya menyebabkan awak sakit pada hari pertandingan tu..."Redd malahan anjak ke tepi. Menghadang Liana.

               Berhenti semula Liana bila Redd di situ begitu hampir dengannya. Matanya naik turun kejengkelan menilik lelaki lampai di depannya. Dah kenapa mamat sengal ni?Ya sudah la!Benda dah lama. Nak asyik di ungkit kenapa. "Boleh tak ke tepi.."arahnya semasa mahu ke kanan pula.

               Tawa kecil kedengaran Redd, dia hulur tangannya ke depan Liana. Menghadang gadis itu dari terus melangkah. "Awak tahu, kalau saya beritahu tentang aktiviti terlarang awak dengan keluar dari akademi tanpa kebenaran, awak boleh di band dari mengikuti sebarang aktiviti okestra sampai habis semester ni?"

Laju kepala Liana berpaling ke tepi. Matanya membulat marah apabila Redd mengugutnya begitu. Dia kejung kerana begitu kelu tidak terkata.

              "Awak ni dah kenapa?"soal Liana begitu baffle dengan sikap Redd yang sering mencari pasal dengan dirinya setiap kali mereka bertembung. Kadang-kadang dia hairan, kenapa bila dekat depan umum, bukan main lagi innocent. Tapi kalau di depan dia seorang, segala mak nenek setan keluar dari Redd ni!

              "Kenapa dengan saya?"senyum Redd lagi menampakkan lekukan halus di pipi kanannya. "Saya cuma beritahu awak...risau kalau awak lupa mengenai peraturan akademi ni.."

              "Dan kenapa saya kena dengar ugutan awak tu?"kening Liana mencerlung tajam.

               Secara mengejut, Redd mengangkat tangannya lalu gerak menyelak rambut Liana ke belakang telinga tu dengan gerakkan perlahan. "Better safe then never right?"beritahunya sambil tu.

What the hell!Liana mengecilkan matanya kerana begitu bingung dengan apa yang didengarnya.Keningnya berkerut-kerut. "Hah?"

              "Baik awak masuk semula ke bilik awak...nanti warden check kehadiran awak tiada..masalah pulak.."pesan Redd sebelum berjalan pergi dari situ meninggalkan Liana sendirian di koridor itu.

Masih kejung di situ, Liana pandang ke tempat dimana Redd berdiri lama-lama. Betapa berderaunya darah dia waktu itu. Memangnya dah kenapa!Hilang akal agaknya Redd tu?

🎶🎶🎶🎶🎶🎶

46.  The Guitar BoyWhere stories live. Discover now