🎶 CHAPTER 31 🎶
Alunan piano yang dimainkan memenuhi ruang tamu Utama istana sejak beberapa minit yang lepas.
Di depan jendela, terletakkan sebuah piano di mana lelaki kacak dengan aura yang mana membuatkan sesiapa melihatnya akan terpikat hati hendak memandang dengan lama.
Selama dua tahun Puteri Aria belajar di Akademi Art and Music Genovia, kali pertama melihat Redd, hatinya telah terpaut. Dia tidak lagi memandang sesiapa lagi kecuali lelaki itu. Tak kisah la apa orang kata, apa dia tahu, kalau dia mahu. Itu yang dia dapat! Selagi dia tak dapat selagi tu dia tak berputus asa.
Tapi satu aje masalahnya sekarang,
Jika di mata dia hanya ada Redd Sterling,
Di mata lelaki itu pula hanya ada Liana Florence!
Dang it!
Lain yang diharap, lain pula yang jadi!
Kening Puteri Aria mencerun tidak puas hati ketika memerhatikan Liana berdiri di tepi Redd, membantu lelaki itu menyelak helaian not muzik untuk persembahan Redd pada malam tu.
Dah kenapa perempuan tu boleh bersama dengan Redd hari ni!?
Grrr!
"Kamu tak apa-apa ke?"tanya Permaisuri Johenah di sebelah Puteri Aria waktu itu.
Dengan renungan tidak sukanya Puteri Aria cengkam kuat akan cangkir minuman yang ada dalam tangan saat memandang ke arah Liana lalu akan Redd. "Ya anakanda tak apa-apa."jawabnya perlahan.
Permaisuri Johenah mencapai tangan Puteri Aria lalu dipegang dengan kasih. "Pelajar bernama Redd ini sangat berbakat ya. Selain mempunyai rupa paras yang menawan dia juga cekap bermain dengan lagu yang sukar untuk ditangani."bicaranya dengan senyuman lebar di bibir. "Tidak hairan la kenapa kamu minat sungguh padanya."
Dan waktu itu, Liana angkat kepala sebelum terpandang akan Puteri Aria. Renungan membunuh Puteri Aria buatkan dia cepat-cepat menundukkan pandangannya ke not muzik di atas piano semula.
"Bonda pernah beritahu bukan, bonda belajar di akademi yang sama?"Puteri Aria memalingkan kepalanya ke tepi. Memandang Permaisuri Johenah dengan renungan dalam. "Dan jatuh cinta dengan orang biasa?Kenapa bonda tak cuba dapatkan cinta bonda sedangkan waktu itu bonda seorang puteri mahkota?"
Soalan itu buatkan Permaisuri Johenah menarik senyuman lebarnya. "Memang benar."angguknya sambil menyelak anak rambut Puteri Aria ke belakang telinga tu dengan lembut. "Bercinta itu tidak semudah mengenal ABC, anakanda. Ianya sukar."untuk beberapa saat Permaisuri Johenah termenung menatap wajah bersih anakanda bongsunya itu. "Sekalipun bonda mempunyai kuasa untuk buatkan mana-mana lelaki yang bonda cintai bersama dengan bonda, bonda masih tidak boleh menentang perasaan suka seseorang tu atau paksa mereka menerima bonda...kamu kena tahu Puteri Aria...sebaiknya kita bersama dengan orang yang mencintai diri kita dibandingkan bersama dengan orang yang kita cintai tapi mereka tidak mencintai kita semula.."jelasnya.
Berkerut-kerut kening Puteri Aria mendengarnya. "Sebab itu bonda lepaskan cinta bonda dan kahwini ayahanda?"
Tawa kecil lepas dari Permaisuri Johenah bila melihat wajah cemberut tidak puas hati Puteri Aria yang mencuit hatinya. "Nampaknya begitulah. Dan kamu kena tahu, mencintai seseorang tidak seharusnya memiliki. Kamu masih kecil lagi. Bila dah besar baru kamu mengerti.."
Lantas Puteri Aria kembali memandang Redd di kerusi depan piano tu. Tepi wajah lelaki tu di pandang dengan perasaan berkobar-kobar marah. Tak kira!Dia sukakan seniornya itu. Kalau dia tidak dapat miliki Redd...maka Liana tak boleh tahu perasaan sebenar Redd terhadapnya!
🎶🎶🎶🎶🎶
Sejam kemudian persembahan dari Redd pun tamat. Yang mana mendapat tepukan dari Permaisuri Johenah dan Puteri Aria.
"Wah....senior. Memang tak dapat dinafikan. Senior sangat berbakat."puji Puteri Aria saat mendekat.
"Terima kasih tuanku."balas Redd saat tunduk dengan tangan menekap di dada tanda hormat.
Liana dekat situ tidak bergerak mahupun bersuara. Tak kuasa dia nak mendekat. Mahunya kena heret dan di kerat lapan dengan Puteri Aria pulak nanti.
"Kalau tak kisah marilah jemput makan malam bersama saya dan bonda."Puteri Aria merangkul lengan Redd dengan selamba. Dia memusingkan lelaki itu supaya membelakangkan Liana.
Redd toleh memandang ke belakangnya. Hendak mengajak Liana sama, tapi belum sempat dia hendak bersuara, dirinya sudah di tarik jauh dari situ.
"Jom..jom...saya ada sediakan hidangan kegemaran senior sekali.."ajak Puteri Aria waktu itu. Menjauhkan Redd dengan segera dari Liana tanpa beri peluang lelaki itu mengatakan apa-apa.
Pada masa Redd dan Puteri Aria menjauh, Liana yang ditinggalkan sempat memandang ke arah Permaisuri. Waktu itu dengan elegannya bangun dan beri tundukkan kecil kepadanya sebelum berpaling ke arah pintu keluar.
Liana balas dengan tundukan kecil.
Tsk!
Jadi itulah Permaisuri Johenah yang pernah menjadi sahabat lama mama dia. Dan orang yang menyukai papa dia suatu masa dahulu.
Kecil betul dunia ni.Siapa sangka Permaisuri secantik itu mempunyai seorang anak perempuan yang begitu hipokrit dan seorang anak lelaki yang telah memperdayakan dia dalam diam.
Apa agaknya reaksi Permaisuri sekiranya wanita itu tahu diri dia ni siapa?
Dan kenyataan bahawasanya dia berhubungan secara rahsia dengan Putera Mahkota Ares?
Itu belum lagi sekiranya Puteri Aria sedar yang abang gadis tu berkawan dengan dirinya, musuh ketat Puteri Aria? Mesti gempar!
Ugh!Apa dia nak buat ni!
Liana batang hidung dengan kening berkerut.
Apapun urusannya nanti, dia kena jauhkan diri dari orang-orang yang mungkin akan beri dia masalah di masa depan nanti!
Terutama sekali Redd dan Gui-Putera Mahkota Ares! Ya! Itu dia. Jauhkan diri dari mereka!
Liana tunduk mengemas buku not muzik dari piano di situ. Dan saat dia ingin berbuat begitu matanya terarah pada piano tu. Memandangkan Puteri Aria tidak suka dengan kehadirannya di situ, tak salah kan kalau dia stay sekejap sebelum keluar dari tempat ni?
🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
De TodoKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...