🎶 CHAPTER 85 🎶
Lana pandang tidak berkedip akan empat orang pelajar perempuan yang sedang memagari dirinya di dinding tu. Seperti kambing biri-biri diperangkap dengan serigala. Itu perasaan yang Lana sedang rasakan. Beg cello dia di peluk rapat ke dada hendak mencari perlindung.
"Baik kau beritahu aku!Liana memang goda Putera Mahkota Ares kan!"
Lana menggeleng kepala.
"Tipu!Aku tahu Liana lakukan sesuatu yang buatkan Putera Mahkota dekati dia macam tu!"
"Semua orang tahu betapa liciknya Liana....tak Redd..tak Seth...pelajar lelaki lain dalam akademi ni semuanya dia dekati dengan lakonan acah-acah innocent dia tu."
Lana mencebik bibir kerana ketakutan. Sumpah dia tak tahu apa yang sedang berlaku saat itu. Awalnya tadi Lana dalam perjalanan pulang dari kelas untuk ke latihan dia. Sekali tu mereka datang kemudian heret dia ke satu penjuru semata untuk bertanya akan itu dan ini dengan reaksi menakutkan di wajah mereka waktu itu.
"Cakap la!Dah bisu terus ke?"bentak seorang dari mereka dengan lantang.
Melompat terkejut Lana dibuatnya, dia pandang mereka dengan mata terbutang luas kerana tidak percaya yang dirinya di tengking oleh pelajar junior beza dua tahun dengan dia. Memangnya budak muda ni semuanya berdarah panas ke apa?
"HEI!"tengking satu suara dari hujung koridor dengan mengejut.
Tersentak semua yang ada di situ termasuk Lana.
Dan bila mereka semua memalingkan kepala ke arah kanan, lima orang pelajar lelaki dari tahun senior iaitu tahun yang sama dengan Lana, berarak mendekati tempat itu. Dan salah seorangnya ialah Mathias.
"Apa kau orang buat hah!"marah Mathias dengan muka garang dia saat menunding jari memberi amaran. "Kecik-kecik lagi dah pandai nak membuli!"
Rakan-rakan sekelas Mathias yang mengikuti Mathias gerak mendapatkan keempat-empat orang pelajar perempuan yang mengerumuni Lana tadi. Mereka tarik pelajar-pelajar perempuan tu pergi tanpa mengatakan apa-apa lagi kerana enggan membuat kecoh di situ.
"Hei!Apa ni!Lepaskan la!"
"Jangan sentuh saya!Saya laporkan pada badan disiplin nanti ya!""ArggghhH!Beritahu aku la apa yang Liana dah buat sampai putera mahkota lakukan semua tu!!"
"Apa ni!Lepaskan la!Jangan pegang!"
Waktu itu Lana hanya mampu tengokkan saja sebab dia sendiri tercengang akan situasi yang menimpa dirinya sebentar tadi. Menakutkan betul. Tak terbayang dia kalau Liana yang hadapi semua ni nanti.
"Kau tak apa-apa Lana?Dia orang sakiti kau ke?"Mathias pegang kedua-dua belah bahu Lana lantas matanya naik turun meneliti keadaannya. "Apa yang dah berlaku?Kenapa dia orang tangkap kau?"
Perlahan-lahan Lana gerakkan matanya ke Mathias sebelum mencubit kecil blazer lelaki tu. "Mathias...dia orang tuduh Lia goda putera mahkota lepas video dekat dewan semalam tersebar. Dia orang tanya aku sebab aku kawan Lia..."
"Hah?Dah kenapa dia cakap macam tu?"
Lana menggeleng kepala. "Aku tak tahu..sumpah aku takut Mathias...macam mana kalau dia orang apa-apakan Liana pulak.."
Mathias tarik Lana ke dalam pelukan, belakang badan itu digosok-gosoknya dengan perlahan. Mujur la ada pelajar yang datang beritahu dia mengenai kejadian ini. Kalau dia tak tahu entah apa yang akan menimpa pada Lana nanti.
"Patut la Liana nak semua ni dirahsiakan...sebab Liana tahu betapa besarnya masalah akan timbul kalau semua orang dalam akademi tahu hubungan rahsia Lia dengan putera mahkota tu...Mathias...kau kena lindungi Lia. Jangan sampai ada yang sakiti dia.."minta Lana memegang lengan Mathias dengan terdesak.
Keluhan lepas dari Mathias. Keningnya mencerun tajam kerana berasa marah. Masakan dia tidak marah, hanya gara-gara khabar angin putera mahkota bersama Liana tersebar satu akademi, Lana jadi mangsanya.
"Jangan risau. Tiada apa-apa akan berlaku pada Liana...dia ada Seth dan penjaga dia sendiri dekat sini. Tiada siapa boleh berani cuba dekati Lia apalagi sakiti dia nanti.."
Lana cepat-cepat mendongak. Dia pandang cemas ke Mathias. "Hah?Serius?Kau pasti tu?Ada yang akan jaga Liana nanti?"
Mathias tunduk memandang wajah Lana sebelum mengetap garis nipis di bibir. "Ya...jangan risau. Kau patut risaukan diri kau sendiri sebab kau paling rapat dengan Lia. apa-apa hal orang lain akan cari kau memandangkan dia orang tak boleh nak dekati Liana..."
"Aish!Itu aku tak kisah, kau kan ada nak jaga aku. Yang aku risau Lia. Sebab bukan selalunya Seth ada dengan Liana, entah ada entah tidak penjaga Liana tu akan ada di sisi dia sepanjang masa..."beritahu Lana memukul tepi lengan Mathias saat pandang muka itu dengan kening berkerut.
Lantas Mathias ketawa, dia lurutkan kerutan di kening Lana dengan jari telunjuknya perlahan-lahan. "Yalah la Cik Lana..perintah awak saya turutkan..."
Barulah Lana tersenyum senang.
🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶
YOU ARE READING
46. The Guitar Boy
RandomKalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. *********************************** Cliche right... Expected the Unexpected! Bermula dari pertemuan yang tidak jan...